Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm



Dari Lavender Garden turun ke Kea Farm..
aku ingat natang benda la Kea Farm, maklum la mokcik dah lama tak naik Cameron.. 8 tahun baru nak jejak ke Cameron. dulu masa baru2 kawen pernah naik sekali, paling tinggi pun sampai Brinchang lepas tu turun balik.. sengal gila time tu punya benci dengan Cameron Highland reason benci adalah jalan zigzag. itu jeeee penyebabnya.. mana taknya jalan sikit mabuk.. memang tak happy la jalan sikit terwuekkk wuekkk macam orang mabuk todi.

Now dah bijak sikit, before nak menjelajah Cameron telah ubat tahan muntah. baru ok.
Happy dapat naik Cameron tanpa gangguan mental hahahaa

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
gila jakun tak pernah tengok carrot yg ada jambul.. selalu beli yg dah siap packing. tiba2 teringat kartun bug bunny

Kea Farm ni pasar yg jual sayur & buah-buahan segar.. aku ingat farm menda la.. aku bayangkan farm macam cactus, strawberries tu.. pasar ni bukak siang.. malam tutup.. kat sini macam2 sayur korang boleh jumpa, semua segar & murah. kalau pandai cari dapat borong yg murah. Diorang kat sini main harga je laaaa. Pandai2 cari yg murah. 

kat Kea Farm pun ada Kea Garden guest house.. jalan masuk dia lalu kat pasar jalan terus ke belakang pastu ada guest parking.. cantik la bukak2 pintu terus nampak garden.

from google

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
berlambak-lambak strawberies jual kat sini, 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
hasil tangkapan di Kea Farm.. jagung wajib beli.. aku pengemar jagung.. kadang2 aku suka buat cekodok jagung.. kalau rebus gitu pun sedap. letak majerin tabur garam sikit.. sedap kou!!

Next.. pegi Strawberry Farm

rata-rata kat Cameron Highland ni memang banyak strawberry farm. Hari tu pegi Big Red Stawberry Farm kat Brinchang.. dikatakan strawberry farm yg terbesar dan selesa di Cameron Highland. kalau betul.. betul la info yg aku cakap tu, kalau salah jangan mara daaaaaa.. bahahaha 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

punya laaa beratur panjang orang nak makan desert kat sini.. kat sini takde nasi lauk pauk ikan bakar der. mee goreng mamak ke.. uihhh sedap pulak sebut mee goreng mamak yg sedap kat Taqwa, Gombak sana tu.

menu kat sini semua dessert.. ala-ala minum tea macam kat negara omputeh tu

desert kat sini kebanyakan semua fresh strawberry yg diorang petik dari farm sendiri. part yg tak best nya.. sistem diorang tak sistematik langsung.. dah tahu orang ramai beratur panjang.. bukak la dua kaunter.. ini sampai ke sudah 1 kaunter tu yg bukak. satu hal lagi, order kaunter lain, pickup kaunter lain.. ehhh ni boleh datangkan amarahh, ko dah beratur belah sini.. nak beratur lagi belah sana..  dua-dua kaunter mengemut.. mulut pon mengemut jugak segala natang kat zoo keluar wahahahaaa

ape boleh buat.. nak makan kan.. nak kan.. sila la beratur dengan sabariaaaaaa

again!! avoid pegi time weekend/school holiday, gila hazab.. huh
tapi nak pegi time bila pulakkkkk.. anak dah start sekolah. susah sikit nak bejalan

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

geram aku nengok strawberry ni.. gerammmm tengok warna merah dia.. gerammm tengok bentuk dia, gerammmm tengok dia terjuntai kat pasu.. yg paling gerammmm sebab rasa dia masam.. takde maknanya rasanya manisss. ada manis pun masam-masam manis. pasal tu orang makan dia dengan honey or chocolate

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

anak dara tu teringin sangat nak petik strawberry sendiri.. 
per basket RM25 deposit RM25 total 50 hengget kasi.. after petik bila timbang lebih dari 1/2kg nanti deduct from deposit tadi..

jangan nak curi-curi makan ehhh..
nampak situ 'strictly not allowed to eat strawberries while picking or before paying' kalau makan jugak berdosa makan benda yg kita tak bayar.. kira apa?? apa?? kira mencurikkkkk..
haaa takut tak??

tapi nengok ada je orang yg petik. makan.. tu biarla dia buat.. kita buat jangan..!!

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

mulakan mengunting...  

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
strawberry pertama.. yeyyyyyyy mision complete

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
hampir penuh sebakul strawberries dia petik..
syokkk sangat memetik sampai lupa daratan. gerammmm nengok buah strawberry ni terjuntai... asal merah je aku petik. sekali timbang 35 hengget kena... haaaaaa kou makan sampai terbuntang seetrowberrries ni.. kalau tak habes mau aku goreng buat sambal.. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
puas hati dia dapat petik sendiri. kalau tak asyik bising je 'mama, bila nak petik strawberries' duapolohpat jam bising

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
cheese cake strawberies dia sedap, letak pulak jem strawberies kat atas tu.. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
aku suruh dia rasa strawberries yg dia petik tadi.. 
bagi sebijik.. sekali gigit terus taknak.. aku tanya rasa pe..
'rasa strawberiesssssss'
krik.. krik..

pastu aku tanya lagi.. rasa manis ke masam?
MASAM.. pastu dia geleng2 kepala taknak makan dah
hahahaha 
saje mandajal.. patutnya aku celup coklat bagi dia rasa. baru sedap strawberry celup chocolate.
dia bukan nak makan sangat pun, saje syiok nak memetik.. makan sebiji yg aku bagi tu.. sampai rumah heran pun tidak.

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
Sundae Strawberry .. sedap wehhhhh

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
waffle with jem strawberry .. pon sedap..
semua sedap la.. 
tapi aku lapar nasi .. nasi mana? help.. help..

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
dia saje penuh gambar dalam hp.. Fina ni dah la kecik halus.. kalau gi tempat ramai2 orang aku suruh adek dukung hahaha.. aku nak dukung memang tak larat la. sakit pinggang dulu masa opperate sampai sekarang still terasa. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
segar-segar sawi kat sini.. gemok-gemok pulak tu. tapi i tak makan sawi hahah (eksen)

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
salad makan.. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
 dapat bergambar dengan atok.. atok layankan je cucu dia nak bergambar kat papan ni.. sanggup la atok terbongkok2.. cucu.. cucu..

nak turun dari strawberry farm tibe-tibe jem melekat.. semua kereta stop.. sebab dengar cerita ada orang mati kat bawah..'innalillahiwainnailaihirojiunnn'.. dammmm gilaaaaa takut!!
jalan nak turun dari strawberry farm ni memang curam gila.. punya mengelabah sebab ada satu jalan je yg boleh turun..

after di siasat bukan orang mati.. KERETA MATI sebab rosak.. sengal !!
yg bagi info orang kedah lak tu.. dengar hujung2 je mati.. hahaha macam main telefon rosak.. yg sampai-sampai maklumat sampai kat orang last jadi lain.. 
dah satu hal orang kena tolak kereta sampai bawah, tak ke susah orang nak jaga jalan lagi, kena tahan kereta nak bagi laluan kat kereta yg rosak tadi, kabut jadinya.. jalan memang jem teruk.. 

Finally, around 4.30 petang baru dapat turun dari strawberry farm.. gila aje nak turun Tapah lagi 2 jam sebab shoot nak singgah rumah mak mertua kejap.. dah dekat kan.. kalau tak singgah rasa ralat pulak, harapan orang tuwe kena amik kira juga. Opah (MIL) menunggu kitorang datang dari petang. Makanan dah siap terhidang atas meja, bapak (FIL) sanggup tak makan sebab nak makan sama-sama dengan besan dia.. touching.. 

sebab tu kalau kitorang nak balik kampong tak bagi tahu, sebab taknak susahkan mereka.. dah gerak-otw baru tepon. Dibuatnya bagi tahu siang-siang, tiba2 kang cancel tak jadi balik kampong.. siannnn harapan diorang kan.

sampai Sungkai around 7.30 pm.. solat. pastu rest kejap.. penatttttttt nya hazad sampai kematu vontot layan jem. group abah sampai lewat dalam 9 malam. diorang sampai je terus ajak makan. 

aku gan amir dah melahap dulu.. mak mertua aku masak memang sedap.. hari tu mak masak rebung lemak putih (elok rebung dia tak bau pun.. memang baru amik dari kebun), ayam masak kurma, ikan goreng, sambal buat sampai 3 jenis. sambal tempoyak. sambal kuini. sambal belacan.. haaaa pilih nak makan yg mana.. makan puas2!!

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
yg baju hijau bapak mertua.. ni diorang baru sampai dari Cameron.. sian menempuh jem dalam kelaparan.. hehehee

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
kat belakang laki aku tengah belah durian.. durian kampong fresh dari kebun.. pak mertua tahu je besan dia nak datang subuh-subuh pagi dia dah tunggu kat kebun amik durian.. kalau lambat orang lain kebas.. hari tu rezeki dapat la sebakul dalam 6-8 biji. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm
sambung makan durian, memang puas la diorang datang kompong

pukul 10 malam gerak dari Sungkai, nak sampai KL lagi 2 jam. memang keje gila hari tu sampai rumah 12.30 malam, esoknya nak keje..
naik keje kepala tintong.. 

Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm

esoknya, bawak strawberries bagi kawan opis rasa.. celop dengan coklat memang terbaikkkkk..
rupanya, strawberries yg Fina petik kalau di peram lagi sehari-dua warna dia jadi merah pekat.. makan macam tu pon boleh.. dia manis, masa otw nak pegi opis.. dalam kereta aku dah bedal 2-3 biji strawberries sambil drive.. manissssss.



-gee-
5 Komentar untuk "Cameron Highland : Dari Kea Farm ke Big Red Strawberry Farm"

sedapnya dessert tu..meleleh ailio..pegi CH mmg best tengok sayur2nya, segar bugar..

lame dah tak singgah cameron ni.
dalam 3 tahun dah kot
kea farm tu pun dah beza
sedapnya makan strabery fresh kat cameron.
haiihhh, kena buat trip ni nampaknya.

Kea garden guest house tu serius nampak cun giler. Tenang kot keluar pintu dah nampak taman warna warni .

cameron ni yang tak tahan jam jelah. Betul lah tu Fina, strawberry takkan rasa durian. hahaha, apalah mama ni. hepi nampak dapat petik sendiri. gambar atuk tu win

Tak pernah makan dessert kat situ Azie..... mcm sedap je pulak tengok gambo waffle tu. Lama tak ke CH. Rindu nak makan jejemput keledek kat pasar mlm walaupun cina yg buat hahaha....

Wahhhh seronoknya dapat jumpa besan, makan masakan besan kan.... sure balik KL dengan senyum puas ek

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top