Tauhu begedil viral style Mis Suzie



hai hai.. orang kampong tiba2 nak up tauhu begedil viral style Miss Suzie. Dah lama viral tauhu begedil nim dan banyak kali jugak buat.. bila kemalasan yg amat nak menulis, peram gambar kat draf.. ni agak kalau peram cempedak dah bau. Ni peram tauhu!! So, hari ni terlebih rajin nak share tauhu begedil viral yg aku buat ni style aku sendiri, aku buat macam masak inti karipap. tauhu bergedil ni sedap makan time panas-panas, kalau dah sejuk kureng sikit. Lepas tu cicah dengan sambal kicap, lebih kurang macam makan tempe goreng cicah dengan sambal kicap.  

Tauhu begedil viral style Mis Suzie


bahan-bahan 
tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar @ tauhu kering yg selalu masuk dalam mee kari *belah sedikit atas tauhu
10 tauhu kering
7-8 biji kentang (potong dadu)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji telur ayam
garam
lada hitam
perasa

tambahan :
ayam/daging kisar (prefer ayam kisar)
lobak (dipotong dadu)
cili padi

Cara masak inti bergedil
tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan kentang yg di potong dadu bersama lobak, masak seketika, masukkan ayam kisar, kemudian isi tauhu, letak lada hitam, garam dan perasa, dah masak sejukkan seketika sebab inti ni nak sumbat dalam tauhu.

Cara goreng tauhu begedil
Masukkan inti yg siap dimasak ke dalam tauhu kering, pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam. Celup dan salutkan satu persatu tauhu bergedil yg siap di isi dengan inti, kemudian goreng. Kecikkan api supaya tauhu kita tak hangus, kemudian toskan. then Siap!!

Tauhu begedil viral style Mis Suzie

basuh tangan bersih2 sumbat inti pakai tangan lagi senang, masa mula-mula tu masukkan inti pakai sudu, lagi banyak tumpah dari masuk, last-last pakai tangan lagi senang, cepat sikit buat keje.

Tauhu begedil viral style Mis Suzie
tauhu begedil yg dah siap di sumbat inti. Lepas tu celup dengan telur kemudian goreng.


 part last, celupkan dengan telur. Kemudian goreng. Kalau goreng better pakai kuali yg lurah dalam. bukan lurah dendam.. makna kata pakai periuk la senang.. sebab bila goreng tauhu ni better tennggelam dan jangan goreng lama2.. cuma masakkan telur tadi je.. inti dalam semua dah masak.. bila color dah brown sikit boleh angkat & toskan minyak.. kemudian siap !!

Tauhu begedil viral style Mis Suzie

tu je citer tauhu begedil viral style Miss Suzie ni.. kalau sekali sekala teringin boleh buat. Tapi bagi aku yg tekak orang kampung ni lagi sedap begedil jawa kut (sukati je panggil begedil jawa) senang citer begedil yg biasa makan dengan soto tu, lagi sedap yg tu kot, sebab fully kentang, di adun dengan daging/ayam, kemudian di penyek-penyek bentuk leper, nak goreng salut dengan telur. perggggghhhhh sedap gila begedil bodo (compius kejap begedil jawa.. kejap begedil bodo) ahhhh tak kisah janji i/c dia BEGEDIL.

sebelum ending story, nak teaser sikit di hari jumaat yg indah ni. nah !!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tauhu begedil viral style Mis Suzie
terhangus sikit.. eh ni bukan hangus.. ni namanya 'garing' bahahaa

sedap hbak ang !!

nak resepi begedil ayam, kat SINI.. silakan cuba, kalau begedil yg ini tah berapa bijik masuk kat mulut pun tak ingat, selagi tak habes kat pinggan tu selagi tu perhadap. 

Tag : Resipi
8 Komentar untuk "Tauhu begedil viral style Mis Suzie"

Wah, sedapnya tauhu bergedil viral ni kak. Hihi. Ada resepi bolehlah GV try wat nanti. :)

amboi..sedapnya...tahu tu memang kecik² ke cane

adoiii laaaaaaaaaaaaa tergoda plak tgk dedua version pegedil tuu..tp mmg lg fav pegedil yg soto tuu..yummyyyyyyyyy

suka begedil jawa, rasa puas makan..tauhu begedil dah prnah rasa (my sis beli), sbb guna tauhu kering, kurang suka ..

wuuuuu..lapornya tengok begedil pagi2

Tak pernah cuba lagi tauhu bergedil nie.. macam menarik je.. tapi begedil kentang juga win..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top