Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Begedil Ayam Yang Sedap

Zie Azi | 25 July 2016,07:30 |
Dah lama tak share resepi kat sini, tiap2 minggu jalan raya rumah orang. Rumah sendiri bila nak buat open house tettttt. Soklan cepu emas, mcm tikam2 dada. InsyaAllah ada rezki kita open se open yer. Rumah sentiasa open, datang je la bila2 masa, tapi takde la gaya open house yg pasang khemah bagai. Ada rezeki di kongsi bersama..cewahhh hahahaaa

Begedil ni memang makanan kegemaran family kitorang, tengah duduk tengok tv tiba2 je tekak tu teringin nak makan begedil. Berdesup gi dapur buat begedil. Senang je buat Begedil ni.

Begedil Ayam Yang Sedap 

Begedil Ayam 

Bahan2 adalah : 
5 biji Kentang 
Ayam (dipotong dadu)
Daun sup
2 batang Cili besar merah (di hiris halus)
Lada Hitam
Bawang goreng
Garam 
2 biji Telor 
Tepung Gandum sikit

Begedil Ayam Yang Sedap
Goreng kentang dan ayam dadu tadi. Kemudian tumbuk bagi hancur.
Ikut selera masing2 ada yang suka rebus kentang, kemudian lenyek. Tapi saya suka goreng dan tumbok. 

Begedil Ayam Yang Sedap
Masukkan daun sup, bawang goreng dan cili potong tadi. Kemudian letakkan sedikit lada hitam dan garam sebagai bahan perasa. Letak tepung gandum sikit supaya senang nak di bentuk. Letak sikit je tepung tu, kang keras kejung Begedil kita. Baling ke dinding retak seribu.

Begedil Ayam Yang Sedap
Gentel bulat leper macam ni.

Begedil Ayam Yang Sedap
Celupkan begedil tadi ke dalam telor. Kemudian goreng dengan api yang sederhana, sebab isi dalam semua dah masak cuma nak masakkan telor je.

Begedil Ayam Yang Sedap
Siap dah. Kejap lagi licin la nih. 
Jangan di pandang buruk, belum cuba belum tahu. Sekali makan meletop2 isi kentang ayam dalam mulut. Makan sekali nak berkali2. heh

soto ayam yang mudahBiasa makan Soto mesti kawankan dengan Begedil. Tak sah makan SOTO kalau takde begedil.
Boleh tengok SINI RESEPI SOTO pulak

Selamat mencuba





-zie-
Tag : Resepi
3 Komen untuk "Begedil Ayam Yang Sedap"

yeletteewww rumah open se-opennyaa lah sgt!!!
hahhahaha.. org nak datang kemain mengelak2... kan sarina kan?? :p

alamakkk ada pulak batu bersurat msuk line,ini bikin panaz
hahaha tggu la i sambut menantu
kah kah kah (gelak setan nirrojimmmmmm)

tah ada umur ke tak i time tu zie.. sob2.. *wat cete sedih*.
so ahad ni lah buat k... :p

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top