The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ



Hari tu ada pergi The Parenthood yg kat Sunway Pyramid tu. Ceritanya beli tiket dah lama sejak dari tahun lepas, ni kes beli peram!. dah nak dekat expired baru mengelabah nak guna.. Masa beli ada promosi kat 11street, harga masuk untuk 2 tiket kanak-kanak RM59.40 include GST.. 1 kanak-kanak dapat 1 tiket free dewasa, extra dewasa yg nak masuk charge RM5. Stokin wajib pakai, kalau tak bawak stokin silalah beli stokin dia RM7/pax. so, kat sini aku beli 2 tiket mak apak masuk free la, ne ne nee ganu kita !!

Kalau walk in mahal sikit la. ade promosi akan grab cepat2.. nak gi bila tu fikir kendian. Janji tiket de kat tangan. Itu satu hal, yg jadi masalah besar, tak perasan tiket yg aku beli hanya valid WEEKDAY SAHAJA. Not valid weekend/public holiday/school holiday. gila aje!! tak ke haru Azeq tahun ni dah start sekolah. Kalau preschool aku pontengkan. so, di hari kejadian terponteng secara diam-diam 'shuuttttt jangan bagi tahu atok, nanti atok marah tak pergi sekolah petang' ngeee

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

The Parenthood ni ade dua tempat, 1 kat Sunway Putra Mall, KL.. Satu lagi Sunway Pyramid, PJ. Tapi bagi aku yg best kat Sunway Pyramid sebab playland dia besar sikit. Harga pun berbeza kalau kat Sunway Pyramid mahal sikit. Parenthood kat Sunway Pyramid terletak kat dalam Padini dan ke belakang sikit, landmark dia cari Padini. 

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
Gambar kat bus ni wajib.. Walaupun tak sampai kat Landon.. Dapat bergambo dengan bus London pun jadik laaa.

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
syurga bagi kanak-kanak

kat sini tak payah risau, safety kanak-kanak sangat terjaga, ada staf yg jaga dan diorang akan berdiri kat sini tengok kanak-kanak main, playland dia pun safety ada jaring2

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
aku main gak kat sini, apabila 'gajah' tak dapat balance kan badan asyik termasuk je kaki kat lobang2 ni, sampai sakit celah kangkang aku terjerumus ke lembah beringin, sampai sudah tak hingin aku nak lalu jejantas ni.

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

paling best main slide ni, zaman kecik2 dulu tekde benda macam ni. takde hal nak main banyak kali, nama pun THE PARENTHOOD so parent boleh join, nak kurang malu ajak anak main sekali kan.. time weekday tak ramai orang, so takde la malu sangat kalau 'gajah' ni nak join. Bila dah banyak kali main terasa sakit pulak vontot ni, maklum la vontot dah kertu isi pun dah nipis tak sesuai owang tua main bendalah niiiiiiiiii

oh! by the way, banyak berjasa stokin minion ni.. TQ cikarocomel !! kat mesia takde jual ni.. ngeeee

sedang mengajah syok main, sekali aku dengar sayup-sayup seperti katak memanggil hujan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

dia bantai membuta hoi!!!

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

aku suruh tengokkan bag, dengan orang yg tukang jaga bag melayang tah mana.. tak boleh percaya betol la, dalam beg tu ada dekat RM4k baru bawak keluar dividen asb, kitorang jarang bawak cash money banyak2, biasa kalau beli apa2 pakai kad @ debit, kebetulan hari tu tak sempat nak bank in, Alhamduliilah Allah masih sayang, tak ke haruk kalau jadi apa2.. lepas bangun tido aku cakap dalam bag ada cash money banyak, terus dia amik peluk bag tu hahaha kelakar weh orang mamai bangun tido peluk bag... eloknya sebelom tido khabor siap2 biar dia tido berpelukkan bag.. bahahaa

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
me & Fina pinot

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
 dia dah jumpa geng

A post shared by zie azi (@suzie_khai) on

klic for view, minatang ni la aku dok main banyak kali, syiokkk weh jadi kanak-kanak riang

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
muka orang bangun tido, pleeze bang jangan buat muka stim sangat.. kang tetiba TERcheck in sini ..

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
senang betul budak2 ni berkawan. nampak gayanya lama lagi nak balik, diorang dah jumpa geng.

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

sambung main kat trampoline.
main lompat2 sampai terlondeh seluar dalam aku, budak-budak ni punya keje lahh di paksanya mak engkorang main sekali, sikit lagi nak ternampak sependerrrrrrr. agak2 kalau lama lagi mau semua tertanggal, sepender, bra, dengan tudung2 tercabut.

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
OK.. SEMPURNA. nasib semua elok melekat bahahaha

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ

ni kitorang nak gi makan dulu, dah terloncat2 tadi, perut tetiba jadi lapar, nak keluar kena pusing dan terpaksa lalu kedai mainan diorang, kat sini aku rasa macam bengkek je bebudak ni jalan sejengkal, berhenti, tak kuasa nak layan, memang datang sini nak gi Parenthood je, beli toys lain musim, kat rumah tu bertong2 mainan, sat gi balik aku nak tonggeng kan depan diorang, bagi tengok banyak mana mainan diorang.

lepas makan boleh masuk semula main kat Parenthood janji tag kat tangan tak hilang.

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
runcing tak dagu i.. tau dah Fina tu menurun ikut sape bahahahaa

The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ
ni harga tiket yg kat Sunway Pyramid

*bapak mahal tiket... kalau walk in tak beli kot. better cari alternatif lain yg murah, kadang2 kat online Groupon, 11street ada promosi.. pandai cari dapat yg murah,  tapi kena berkorban sikit la ada syarat tertentu.. tak kisah! anak happy kita as parent pun happy tengok anak happy, itu je kebahagian utama.

Nak cerita sikit, kalau beli kat 11 street. before nak masuk Parenthood korang kena download aplikasi 11street kat handphone, sampai kat kaunter bagi je hp kat staff, staff kena masukkan kod diorang, then, settle dengan masukkan wifi sekali.. maksudnya pe kalau wifi free.. sikit2 update insta story, tu pashal la terkantoi atok dia tahu cucu dia tak sekolah... negegeeee idea sape ni..!!



The Parenthood, Sunway Pyramid West
Sunway Pyramid Shopping Mall
Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-5650 5122
email : enquiry@theparenthood.com.my



-gee-
12 Komentar untuk "The Parenthood playland Sunway Pyramid, PJ"

selamat pagi
singgah pagi selasa
syoknya nak bawak jugak budak2 ke sini

Tak sampai sini lagi. Amboi siap boleh tido bapaknya. Haha. Seronok anak2 ye zie dpt ke sini.

Wow jutawan rupanya acik Suzie kita ni, duit berkepok dlm handbag bio gitu je :p mujoq selamat kalau tak konfem 'Abg guard' yg membuta tu kena fired haha...

Seronok juga nampaknya tempat ni ye. Tapi tengok harga ticket tu terus rasa tak syok hikhik...

Wow jutawan rupanya acik Suzie kita ni, duit berkepok dlm handbag bio gitu je :p mujoq selamat kalau tak konfem 'Abg guard' yg membuta tu kena fired haha...

Seronok juga nampaknya tempat ni ye. Tapi tengok harga ticket tu terus rasa tak syok hikhik...

wahh, menarik! tapi kalau nak pergi weekday, susah sket. hahaha! cuti utk raya jer..huhu

ekeek..sampai tertido dia ehh..penat lah tu..adeh!! RM4k dlm tu...alhamdulillah masih rezeki

kan.. dia bantai tido.. kita mak2 yg over excited naik macam2 hahaha

gila aje kak klu lesap.. tu la kita ni kena beringat kan tak boleh suka sangat.. hahah alhamdulillah ada kat situ..

tu la IQ akk terbeli time weekday.. gila kannnnn

tempat dingin macm tu mata cepat mengantuk, pantang letak kepala terus lena

Berbaloi la harga tu. Kalau dah masuk memang kena main puas2. Haip mumi dedi jangan anja lebih2 dalam tu bebudak ramai kang jadi viral. Hahaha

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top