Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup #jangankedekut



Baru-baru ni tak memasal mendobi sampai ke Slim River, semua kedai dobi kat area KL ni full house, so bincang dengan suami jom la balik kampung Sungkai balik 2 hari 1 malam, hangkut semua kain yg lembab2 dalam perjalanan tu singgah kedai dobi untuk dryer sahaja. Rupanya kedai dobi kat sana lagi dasyat, sampai ke depan pintu bersusun kain. abis cemana, hadap jugak la, nasib turn kitorang tak ramai, lepas kitorang masuk je terus tampal notis 'harap maaf, tidak menerima pakaian lagi, penuh' kwangg kwanggg

selesai mendobi terus balik rumah opah. masuk kawasan kampong ada pintu gerbang, 
kat kampong korang ada lagi tak pintu gerbang..!! ke dah roboh 
Sampai kat pintu gerbang, Azeq pun baca 'SELAMAT DATANG KE FELDA TRALOK UTARA'
'Trolak Utara tu apa abah'
'Kampong abah, rumah opah'
'Azeq agak opah tu mesti mak abah kan'
krik krikkk 

Dah confrim opah tu mak Amir, tak memasal tergelak kan dia, terus dia marah merajuk berdengus2 macam kerbau yg ditayang kain merah. agak kalau ada tanduk mau di sondolnya kitorang 'taknak kawan abah dengan mama'.. kelakor weh! mau tak gelak bahahahah
alaaaaaah merajuk kejap je tu, sampai rumah opah dia tak ingat dah, dah jumpa sepupu dia hilangggggg lesap main atas, bawah (rumah kampung). Nampak muka kat dapur time haus & lapar, lepas tu sambung main lagi.

Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup

So, kitorang yg pompuan ni duduk dapur asik memasak je la kejenya. Laki aku mana? dia jangan di tanya.. dah kampung dia kejap kang ter prenggg prenggg moto Rxjek, lepas tu bukak bonet kereta tah hape dia repair, kejap kang basuh kereta walaupun hari hujan eh..

Hari tu kat kampung buat ayam goreng KFC yg ranggup. Cara buat ayam goreng KFC yg ranggup ni kakak ipar yg ajor. Sebenarnya dia tak ajar pon, aku sendiri yg curi2 snap picture, lepas tu dia tergelak nengok gelagat aku hahaha syok la masak kat kampong, nak masak apepun zappppppp amek kat laman, fe-felling macam from the garden to the kitchen. gitewwww

tengok je la resepi ayam goreng KFC yg ranggup di abad ni versi kakak ipar yg pandai masak.

Bahan perap :
lada sulah
lada hitam
serbuk kari (tak kisah kari ayam/daging)
serbuk cili *tak payah letak kalau taknak pedas
garam

Bahan tambahan :
tepung Bestari
telur ayam sebiji
air sejuk (air cowey sejuk)

Cara masak :
gaulkan ayam dengan bahan perap dan telur ayam sebiji, celupkan ayam kat tepung Bestari (SIL buat tak payah bancuh tepung) lepas tu celup kejap kat air sejuk kemudian celup balik kat tepung yg sama. pastu goreng. 

Cara goreng: make sure minyak betul2 panas dan tenggelamkan ayam dalam periuk yg berisi minyak. Kemudian toskan minyak. 

Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup

Tengok, banyak mana minyak my SIL pakai minyak, selama ni cara aku buat salah. nak ranggup macam ayam KFC kena pakai minyak banyak #jangankedekut, kena tenggelamkan ayam tu dalam minyak yg banyak. selama ni aku goreng ayam minyak takat buku lali, terkemut2 nak pakai minyak banyak, minyak kan mahal, dah goreng belah sini, terbalikkan other side pulak. Nak makan sedap kena la bekorban sikit, ni nak makan sedap tapi kedek bahahaha

Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup
ayam goreng original

Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup
ayam goreng spicy

hoi!!! memang sedap ayam goreng KFC buatan sendiri, ratah gitu pon sedap. Diorang makan panas2 cicah dengan sos cili, aku punya tekak versi lain sikit ari tu cicah dengan sambal belacan, Amir cakap tekak orang jawa memang gitu. Kalau ayam KFC dah sejuk tak sedap, kalau yg ini sejuk pun sedap, apatah lagi yg panas2 dah compom sedap 




-gee-
Tag : Resipi
12 Komentar untuk "Cara buat ayam goreng KFC yang ranggup #jangankedekut"

wahhhhhhh tips rahsia ni, hehehee. terima kasih sharing ^_^

mau tiap² hari anak mintak ayam KFC ni

Tips dia nak masak sedap jangan kedekut kan 😂

bestnyaa..ayam goreng rangup..

nak ayam macam kfc mmg kena deep fry, kalau tak, memang tak jadi. IQ pun kadang kedek, tapi bior la, minyak sendiri beli maaa..ahhahaha

wajib try nii...memang tak boleh tahan tgk ayam2 ghupa kfc ni hehe

Memang kena guna minyak banyak zie. Tp kita ni biasalah jimat lah kononnya guna minyak sikit. Tp rangup tu xde lah rangup mana sebeb kedek minyak kan. Haha

menarik nmpknye..bole bygkan kerangupan ayam tu

Patutlah #jangan kedekut 😬

Sedapnya zie...meleleh air liur. Yumm

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top