Assalamualaikum semua!!
Lama tak bersiaran masak memasak ni, tiap2 hari memang masak cuma hari minggu masak sedap sikit, kalau working day masak yg simple dan cepat, masak goreng, tumis2.. ceng cengggg dah siap, kalau nak masak santan menyantan ni hari minggu baru syok sikit, so hari minggu hari tu abah cakap 'dah lama tak makan masak lemak ikan masin kurau dengan nenas' Kebetulan mak cik yg duduk Manjung, Perak datang KL, kirim ikan masin kurau dari Lumut. aku ni pantang dengar kalau abah nak makan pe, kalau boleh sekarang jugak pergi cari. Kalau dulu arwah mak ada, mak la yg masak, sekarang anak2 take over. Bila Allah 'ambil' orang kita sayang, Allah gantikan dengan kelebihan yg lain supaya lebih beringat & bersyukur. Dulu aku tak pandai masak, masak biasa2 boleh la, sekarang 'terpaksa' gurgle sendiri sebab sampai bila kita nak mengharapkan orang kalau tak berusaha dengan sendiri. Sekarang ter rindu-rindu masakan mak, ni pun menumpang kasih masakan mak orang lain. Mak mertua ada lagi, hari tu mak mertua citer umur dia dah 65 tahun, aku diammmmmmm tak cakap pe, dalam hati aku doa biar la mak mertua aku sihat, kat hati tu sebak!! sebab rindu kat mak aku meninggal di usia muda. Mak mertua masak memang sedap, tapi kadang tu tak kena citarasa, yela walau macamana pun masakan mak sendiri always no ONE..
Ni nak share resepi masak lemak cili padi ikan masin kurau dengan nenas. Dulu arwah mak rajin masak lemak cili padi, asal nak salin resepi je dah siap masak, aaaaaarrr cemana
Resepi masak lemak cili padi ikan masin kurau dengan nenas
Bahan-bahan :
cili padi *ditumbuk
kunyit hidup *ditumbuk
serai
ikan masin kurau
nenas
santan
sedikit garam
Cara masak :
Tumbuk cili padi dengan kunyit, titik serai, letak air sedikit dan masakkan cili atas dapur bersama ikan masin kurau. Masak sekejap sehingga mendidih. Masukkan santan, kemudian nenas. Masakkan seketika, tutup api dan siap dihidang.
* garam ni terpulang nak letak ke tak.. sebab ikan masin ni dah masin, bagi orang yg kuat masin boleh la letak garam, seeloknya kurangkan masin dalam masakan, kuat masin pun tak elok untuk kesihatan kan. nenas tu sendiri pun dah masam2 manis, bila bercampur dengan ikan masin kurau lagi la melawan rasa dia.
itu sahaja, simple kan
Makan dengan nasi putih panas2 memang sedap. Aku tak berapa suka sangat, abah yg suka masak lemak cili padi ni, kalau abah makan dia kutip semua nenas yg ada, kalau apa2 berkaitan dengan nenas suka sangat dia. Sape yg nak cuba silakan la, masak ni tak boleh selalu, kang tiba2 darah tinggi naik, sebab masak lemak ni letak ikan masin.
-gee-
Tag :
Resipi
7 Komentar untuk "Masak lemak cili padi ikan masin kurau dengan nenas"
wah sedap nih..sama la kita terindu2 masakan arwah mak, mujur mak mertua akak ni masakannya lebih kurang je dgn arwah mak, jadi sedaplah menantu makan
kecur ailio..masam2 manis masin..lapor..
Lauk berhantu ni org kata. Tak sah kalau tak bertambah nasi dalam pinggan.
sedap nih..tp santan dengan masin2 ni x leh makan selalu..nnt meter naik..ekeke tp mmg sedappp hehehe
sedapnyaaaa nampak menu ni :)) kena cari ikan masin kat pasar nampaknya ni :) hehehe
jemput singgah blog, ada entri tips hamil : susu kambing + kurma :)
http://zaza96.blogspot.com/2018/01/tips-hamil-susu-kambing-dan-kurma.html
Ada org bagi perua..nk kurangkan rasa masin ikan masun tu rendam dgn air garam..pernah dgr x
Kalau dengan Mak, kita nak tanya resepi mesti dia cakap "ala campak-campak je". Huhuhu
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.