Bed storage box Ikea #Dekobiliktiduranak



First day hari persekolahan ikut planing asal aku sorang yg amik cuti. ntah cemana boleh tersasar dua2 amik cuti. sibuk je mengikut bini nak cuti sama. jangan cari passhal bang dua-dua cuti ni, line clear pulak tu, anak dua-dua kat sekolah, kang dua-dua kebasahan dalam hujan bahahaaa

OK.ENOUGH

sebelum 'apa-apa' berlaku, aku suruh laki pasang bed storage box yg beli kat Ikea ari tu. Deko bilik tidur anak tak habes-habes, beli dah lama sampai sekarang tak berpasang, kalau tak push sampai ke tahun depun pun still cantik berbalut dalam kotak. fuhhhh nasib baik ada alasan yg kukuh kalau tak tersasul derhaka miahhh miahhh 

Bed storage box Ikea

pukul 12pm amik si anak dara tu balik dari tadika, balik dari sekolah tersangat happy, time nak pergi sekolah macam2 drama boleh tercipta. kalah filem 'bisik pada langit'... sampai rumah sibuk suruh bukak beg sekolah dia sebab ada hadiah untuk mama, dia pun very excited ni nak tunjuk something kat aku niiiiii. sekali dia bawak keluar 'spender' dia. aku jerit Finaaaaaaaaaaaa. dia cakap dia kincin kat sekolah, lepas kincin terus tak pakai sampai balik. elok sangat togel terkibai2. Aku pesan kat dia, lepas kincin, basuh & lap kering2, pastu pakai kundut balik, jangan tak pakai.. nanti semut gigit hahahaa

Bed storage box Ikea
sibuk nak buat, bapak dia bagi spana acah2 buat keje

Bed storage box Ikea
ni budak yg tak pakai sekundut tadi

Bed storage box Ikea
Beli bed storage untuk letak kat bawah katil Azeq, actually aku tak suka bawah katil yg kosong sebab kat situlaa akan terkumpul barang2 yg tak sepatutnya contoh, kang tiba2 sepender bawah katil, sorok buku, yg paling tak menahan tu bra aku pun boleh tersasar kat sini, ni mesti kes angkat kain, longgok sekali dengan baju anak. satu hal lagi, habuk tebal seinci, i is tak suka !!

Bed storage box Ikea
ni gambar before aku pindahkan katil ke sebelah sana.

Bed storage box Ikea

alihkan katil ke sebelah sini pulak, agak2 tak berkenan kat mata aku ni, semedang aku alihkan ikut sukahati, yg buat spoil kat situ nampak tak ruang kosong bawah katil tu, bila dah siap pasang, aku letak storage ni bawah katil i jadi seram. tak muat kou!! bed storage yg aku beli ni sama panjang dengan katil, kou ghase... 1 box lagi nak sumbat mana?. sebelum beli memang dah ukur siap-siap, rupanya aku ukur panjang katil termasuk kaki katil, ngek!! 
OK.I M NOT EXPERT ABOUT THIS...

tapi takpe box satu lagi boleh sumbat bawah katil Fina, settle masalah.  

Bed storage box Ikea

Bilik yg tak berapa besar, nak jimat ruang better pakai storage yg sesuai, bawah katil boleh digunakan untuk simpan barang, aku simpan beg sekolah budak ni

Bed storage box Ikea
Nampak tak ruang kosong bawah katil ni, tak comel macam tak lengkap. takpe nanti nak cari storage yg sesuai letak sini.
Bed storage box Ikea
storage macam ni ke.

Bed storage box Ikea

ni la bed storage box yg tak muat tu bahahaha..
bawah ada roda senang nak tarik keluar, aku ada cerita kat entry yg lepas kalau nak beli storage box ni dia takde display, snap shoot picture then tunjuk kat staff, nanti dia keluarkan invois bayar kat cashier, once dah bayar tuntut item kat merchandise. 

itu je nak sembang hari ni, tengahari rehat lama moh la kita lunch sedap sikit.. ni dah naik kematu tekak ni tiap2 hari makan lauk cafe UKM, setakat ni yg paling ter sedap cafe UKM la. harapkan cafe atas lagi la.. masak ikut mood, kalau datang angin period asyik-asyik telor, telor masak merah, telor kicap, telor kari.. ehhhh pehal ntah takde telor kah !! hahahaaa



-gee-
11 Komentar untuk "Bed storage box Ikea #Dekobiliktiduranak"

adoi la Fina...gelak pagi-pagi baca kisah sekundut. Entah-entah mama dia pernah buat dulu kot. eh..hihi

Adoi kelakar hai budak Fina nasib baik comel.. Innocent jer dia tak pakai kundut.. Siap boleh posing dalam tu.. hehehe

Lawaklah Fina...siap cakap hadiah utk mama haha...

Lawa bilik azeq hehe :p

Celah Kafe UKM mama ko makan? Zaman blaja aku pergi makan kat Muhibbah. Sebab tu paling sedap dan.. mahal tutup mata. Tataula sekarang kafe mana sedap..

ada storage bwh katil..mmg jimat ruang..

Hahaha hadiah utk mama tu memang rare. Fina oh fina.

Memang jimat ruang tu zie. Ana dah lama nak beli tp xterbeli2. Padahal ke okea byk kali dah.

finaaaa! ape hadiah macam tuuu?

bed storage yg plastik jadi pilihan IQ sebab ringan, wiwiwiwiw

Idea tu... rasanya nak ganti dengan plastic box jer... hihihih

kalau tengok deko ikea untuk bilik anak² rasa geram..semua nak beli..Nasib baik pulus mahpus tak berapa nak ada..tunggulah dia dah pandai tido sendiri.

Cafe ukm fakulti pergigian dlm hkl bound jg anis.. idok la smpi ke bNgi lunch mak sikundut ni ha poie pun.. hehehe

nak carik jglah satu..leh simpan barang n lebih kemas..x display? ok2..boleh survey nanti

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top