Lifestyle | Parenting | Food Lover. Loves to bring my kiddo's to travel even though just a local trip with small budget.

Mood Republik KL Raya Fest, Mood raya dah mai !

Zie Azi | 19 June 2017,09:00 |
Mood Republik KL Raya Fest

Sape sempat pergi Mood Republik KL raya fest kat PWTC tu, bukak booth sampai 72 jam tanpa henti. Non stop festival. Disebabkan kuasa marketing Mood Republik memanggil2 suruh gi, aku pun terjebak jugak. Nak rasa apa yg best sangat kat Mood Republik ni. Budak2 tinggal dengan apak dia kat rumah, memang tak hingin nak bawak diorang pon, sebelom mak ko bertukar jadi hijo, better anak2 duduk rumah diam2. Inilah first time pergi. Pukul 3-4 pagi pun jalan sesak macam siang. Jalan nak ke Jalan Tar usah cerita la, ketat-seketatnya. Kitorang gerak dari rumah pukul 12 malam, sampai Mood Republik pukul 1.30 pagi. Itu pun menyusup2 masuk ikut jalan belakang, parking keta jew sekali masuk 10 hengget, mahaiii betul.

Mood Republik KL Raya Fest

Sebenarnya, takde pe nak cari sangat, saja nak jalan, nak tengok gelagat manusia macam mana. Semua complete dah untuk raya ni, yg penting baju budak2 settle, baju mak apak pakai yg recycle pun takperrrr. Mak pun baru meninggal tak sampai setahun, tak tahu nak gayakan macam mana. Mana kuih raya, nak masak pe, nak start dari mana pun taktahu, just follow the step. Tahun ni first sambut raya tanpa mak, tak bersemangat pun ada. Baju pun recycle tahun lepas. Tak kisah ponnnnn !

Aku bajet tak ramai orang, sebab pukul 2-3 pagi kan, Sekaliiiii ramai hokey, serupa macam siang, tak reti tido ke depa ni, dengan bawak anak kecik, bawak stroller gedabak besar, sampai tergilis kaki pon ada, apa boleh buat, senyum je laaaaa. Mata anak2 kuyu je, tahan mengantuk, Kesian hokey, udah2 la gi la balik, anak nak tido tu. Ada yg kendong baby lagi. I cannot ya, bawak anak kat tempat macam ni, better gi shopping complex biasa dari nak kejar yg sale gempak sangattttt tu.

Mood Republik KL Raya Fest
adik aku si Mira minat bebenor tudung Ruffle ni. Tudung yg ada bulus2 tepi, dapat beli 2 helai sukahati sgt dia. Aku cakap kat dia, kalu dapat kat fina, mau di gunting bulus2 tu, menangisssss 

Mood Republik KL Raya Fest
link - Tudung Ruffle Bulus2 macam ni haaaa. idok la teman nak memakai yorr. Ada pulak bulus2 ni masuk kat mulut, dgn nak dukung anak lagi. NO !

Jumpa ARTIS !!

Mood Republik KL Raya Fest

Semua mata eyebag sekilo, pukul 3 pagi kou, patut time macam ni sedap peluk bantal bucuk. Jumpa Yaya Maembong dengan anak dia, comeiiii sgt anak dia. Dah la tak reti duk diam, bila cuit2 rambut dia, dia tepis2 tangan kita. Lagi la buat untie bertambah gerammmm. Cubit2 pipi dia, haaaaa gewam sgt. Dah la rambut lawa, kenting2, jalezzz

Mood Republik KL Raya Fest
Jumpa HairulAzreen, bagusnya dia. Tak jemu layan peminat walaupun time ni pukul 3 pagi. Ni dia yg selfie sendiri, banyak gila shoot dia amik. Tak sombong, cool je. Bila tanya mana Hairul Junior, ada kat rumah tido dengan mama dia (Hanis Zalikha)

Mood Republik KL Raya Fest
 Jumpa Fame Cosmetics, dah lama pakai produk Fame ni. Memang serasi dengan kulit lagi2 Fame Matte Cream dia. Lepas tu dapat free baucer 10 henggit, pandai betol marketing pak Radie sampai kitorang ter rembat 'make-up bag' satu. see seeeee

Mood Republik KL Raya Fest
time ni Peej dengan Pak Radie (husb k.Filla) jaga booth. Aku cakap dgn Peej nak bergambar boleh, Peej cakap muka berminyak2, sembab tak tido semalaman. Sama la kita Peej, tah hape aku buat kat Mood Republik ni pon taktahu bahaha

Bagi aku, best jugak la Mood Republik ni. Segala founder yg jual online kat media sosial kebanyakkan semua ada kat sini. Retis pun ramai ada, ada yg friendly walaupun muka diorang nampak penat. Malam tu artis Ifa Raziah tengah pot pet atas pentas, dia pun dah penat tak larat nak berdiri. Cakap sambil duduk.

Bab isu baling duit masa opening Mood Republik, ini hakak tak setuju. Nak bagi duit, bagi la elok2 kan. Ini semua teknik marketing. Dalam marketing tak salah pun, cuma kurang manis. Ini strategy dia nak trace ramai orang datang. crowded kasi pecah. Bila dengar opening dengan terbangkan duit RM50k (tah cukup 50k ke tak-Who's care) ramailah orang datang. Kalau tak suka, jangan buat. Simple. Sape kita untuk pergi viralkan, silap2 tuding balik kat diri balik.

Lepas tu, pukul 3.30 pagi, laki call Fina mengamuk2 nangis nak mama. Dah tak keruan haku dengar suara anak melalak kat fon. Rasa nak lompat terus sampai rumah, nak peluk Fina jam tu jugakkkk. Tu la gatai lagi nak ikut.

Mood Republik KL Raya Fest

Sampai rumah gam2 sahur, 4.30 pagi. Kitorang punggah barang shopping tadi. Kecoh la bila pompuan2 sembang pasal barang shopping. Ini aku punya, ini kou punya, aku nak ini laaa, padahal masing2 dah de sendiri punya, sibuk mengacou orang punya. Free gift pun dapat banyak, tu yg kecoh kejapppp. Sekali dapat wassap dari abah, 2 perkataan je dah buat kitorang takuitttt

'bangun sahur'

Terus turun bawah siapkan makanan untuk sahur ehahaa

k.bye



-zie-
15 Komen untuk "Mood Republik KL Raya Fest, Mood raya dah mai !"

Macam best je. Pegi dgn gang pompuan semua lagilah happening kan...

syoknya..mesti rambang mata pegi sana kan..dapat fame pun oklah jugak kan..ada jugak hasil pergi sana..hahaha..

seronok sangat kalau ada event begitu..

Nak pergi tapi badan dah tak mampu

tak best sgt anum..hahaa

rami org bersesak2 kak, pening pala

beli lecetik je, jaln2 cuci mata je

bgus jugak utk bisness online trun padang, lagi senang nak beli kan

klu bawak ank kecik, kesian jugak kat dia dgn tempat rami orang, nk jalan pun berlaga2 bahu..connot lama2, magrain terus hahaa

klu bawak ank kecik, kesian jugak kat dia dgn tempat rami orang, nk jalan pun berlaga2 bahu..connot lama2, magrain terus hahaa

Memang kuat semangat zie dan geng pi mood republik...mmg kena pi gan geng pompuan je baru senang nak membeli...kalau bawa anak2 kesian la kt diorang orang ramai kan...suka baca tang adik dapat tudung ruffle tu hehehe jgn gunting tudung dia tau sian dia nak beraya haha!

tu la kesian jugak tgok budak2 yg mak apak heret gi tempat sesak mcm ni, tp nak tinggal pun gan sape pulak kan anak2 tu..senang gi org dewasa je..
bab tudung ruffle ni, adik zie minat tahap smpi terbawak mimpi..haha

haha..dah bersesak macam tu berbaloilah kalau beli banyak.Sal jenis tak minat tempat ramai orang.sebab tu baju raya takde lagi ni.nak beli online cerewet, takut tak sedap pakai.tak join segmen tabur duit ke zie?hehe

samalaaa, tah cemana tah boleh terhikutttt...
segmen tabur duit tu gimik marketing diorang je, sebenarnya bg zie pun macam tak manis kan tabur2, nak bagi la elok2, mcm bagi duit raya tu kan..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top