Homemade sushi yang sangat mudah



Assalamualaikum

Dah masuk ramadhan ke-7, puasa ke korang hari ni, cepat je rasanya.
Sape kat sini suka makan sushi, angkattttt tangan ✋✋
Ok kita geng, sep sikit 👏. yahooo..

Biasa masak masakan melayu je kan, kali ni try buat sushi pulak. kita buat sushi versi melayu. Nak makan kat kedai tu belum tentu isi dalam masak. Tapi bila homemade sushi kita buat yg kita makan, ikan salmon, telor ikan takde derrrr, tak menuntut ilmu sampai tahap tu. Kita buat yg simple yg budak2 pun boleh makan.

Budak dua orang tu, Azeq Fina pun suka makan sushi, kalau makan kat sushi king, kemain sedap amik plate itu ini, sekali bayar pengsan, diorang makan takpe, jangan amik2 tak makan, nanti kena babab montot. Bapak dia je tekak melayu, sushi tak makan, tapi segala mak ti makan pulak, speghetti makan pulak, takde la teka melayu sangat. bahaha

Homemade sushi yang sangat mudah
bahan2 buat sushi ni beli kat Giant je, seaweed, wasabi pun ada jual kat mana mall kot. Wasabi ni kalu taknak pun takpe. 

Homemade sushi yang sangat mudah
 disebabkan anak2 makan sushi kita buat inti yg semua orang suka, telur dadar tengah masak kat pan, nanti potong layer panjang. Timun pakai timun jepun, part biji tu buang, nanti berair2. Bahan semua rebus dulu yaaaa, sosej, udang kecik, isi ketam.

Homemade sushi yang sangat mudah
 Ikut step cara buat sushi, senang je pon, belasah je buat. Penyek-penyak, tekan bagi padat dah jadi bulat macam lemang. 

Beras pulak pakai beras jepun, lupa pulak nak snap gambar beras jepun ni. beli je kat Giant pun ada jual. Beras jepun macam pulut sikit, dah masak letak garam sikit dan gaulkan dengan minyak olive oil, kalau takde pe, tak payah letak.

Homemade sushi yang sangat mudah
buat inti udang pulak, buat sendiri kannn, belasah nak inti apa, buhh la banyak sesedap sukahati hahaa

Homemade sushi yang sangat mudah
 wowww, gilaaaa arrr i boleh buat sushi

Masa potong tu, semua cakap 'wowwwww' Hebat la dapat potong sushi buat sendiri ehahaa
Potong je boleh, nak makan tak boleh, puasa kannnn. Tengokkan je budak dua orang tu kunyah masuk mulut, sikit2 cakap 'sedapppp' lepas tu amik lagi 'sedappp, mama'
Ada gak haku makan curi2, gila perr lagi 30 minit nak buka, jangan buat pasallll *rolling eyes

Masa potong sushi tu, akan melekat2 sikit, sebab beras jepun macam pulut, kalau melekat culupkan pisau dengan air, lepas tu potong lagi, sticky lagi, letak air je.

Homemade sushi yang sangat mudah
time buka, terus cicah dengan wasabi..rasa dia 'urmmmmm sedapppp wehhhhh' Sedap gilos dari kat kedai tu, kira i boleh challenge bukak kedai sushi *ngegege

Tapi kannnn, kalau dah tekak melayu tak lari ke mana, cicah dengan kuah ni lagi sedap, lagi bertambah2 makan, inilah namanya sushi versi melayu. 
v
v
v
v
v
v
v

Homemade sushi yang sangat mudah

cicah sushi dengan kuah lemak kuning dengan sambal udang petai..huwaaaa lagi menjadi2 sedap yerr, makan sushi sambil pejam2 mata. Lempang karang, boleh la bukak kedai sushi cicah kuah masakan melayu. takde lagi kan menu ni kat Malaysia hahaha

ok, itu je nak cerita, sekian.



-zie-
Tag : Afrina, Azreeq, Resipi
19 Komentar untuk "Homemade sushi yang sangat mudah"

perggggggggggggggg sedapnya

alahai...kita nak try jugak buat sushi sendiri..tapi bab nak beli barang-barang dia tu payah ya amat...hahaha....kalau beli siap aci tak...

beli online je, beli kat lazada kahkahhhh

woah..sesuai dengan nama blog. Ini memang jepun mari,tekak melayu..haha

Dulu rajin lah buat sushi sebab boleh bawa ke opis makan dgn kwn2. Skrg kalau setakat nak makan sorang beli je senang. Hehe. Suami ana tak makan semua ni.

Fuhhh.. Menarik inti dia... Kalau bukak kedai, rugi tu.. XD

kalau org jepun makan cicah dgn sambal mau bepinau mata depa..kihkih..

Terror ar buat Sushi...Mummy ni tau makan ja...hhehe

Hahahaha epic betul, cicah sushi dengan kuah masak lemak and sambal petai! :)

wahhh, sedapnye..tapi IQ tak pernah makan sushi seumur hidup IQ. hahaha! sesuai la akak dengan nama blog, memang peminat jepun betul!

saya mimpi jumpa akak semalam, epic sangat sampai mimpi2 ni. XD

mkn sushi pun benda yg kita makn..klu yg mentah2 tu idok laaa.
dah kenapa smpi termimpi2 ni..hahaa nati one day kita mengeteh yoo

tu la, tekak owang kampong hahha

main hentam jah mummy, tu yg jadi sushi versi melayu hahaa

depa muka comei lote, tak reti makan lemak2 ni hhahaa

tak tallent nak bukk kedai hahaa, kedai untk makn sendiri boleh, yg dtg pun sedara mara semua hahaa

kannnn, kalu nak mkn sendiri beli je, sumai kita pun tak mkan jugek

kannnn, tak lari kuah lemak tu, apa2 mesti nasi 1st hahaa

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top