Buka puasa di Kampung



Cuti Nuzul Quran dapat jugak balik kampung, kampung ibu mertua ku la. Dapatla berbuka puasa dengan opah/atok kat kampung. Kalau kampong aku bukan jauh nou, flash jamban sebelah2 pon boleh dengar. Tiap2 minggu balik Gombak. Ada cuti panjang sikit boleh la spend time balik kampong buka puasa dengan pak mertua pulak. Suka lahai budak2 ni dapat main kat kampung, serupa anak rimau jumpa hutan. Tak duduk dalam rumah, mainnnn kat tanah je. Tah hape depa ni main. Masuk dalam rumah just nak minum air je, berpeluh2, berdaki2, lepas tu sambung main lagi. Mandi tah berapa kali. Balik kali ni, best la Azeq Fina ada geng, sepupu2 dia ramai yang balik. Kalau jumpa geng alamattttnya mama/abah dia tak heran. cissss

Buka puasa di Kampung

bangun pagi, celik mata, terus sambung bina kubu yang dah runtuh semalam. Legend tol main susun kusyen ni, masa kecik dulu pun pernah main. 

Buka puasa di Kampung

Buka puasa di Kampung
dah penat bina, runtuhhhhh pulak, lepasss tu bina balik, mengekeh2 gelak budak2 ni.

Lepas tu, aku cari mana budak2 ni. Suara ada, orang takdak. Sembang sesama diorang, sembang kanak-kanak, kalau dengar kelakor pun hader. Rupanya diorang lepak kat satu sudut ni, sambil makan biskut. kongsi ramai2. Habessss 1 balang biskut opah.

Buka puasa di Kampung
 Aku jalan senyap2, lepas tu terjah diorang..menjerit terkejut bahaha

Diorang ni kalau balik kampong, aku memang tak larang diorang nak main pe. Nak tangkap ayam, main tanah cari cacing ke, biar kan je diorang nak main apa. sebab dulu kecik2 aku pernah main kotor semua tu ehaha Tapi still under monitoring laa. Kasik learn and explore, giteww. Ada hari tu, diorang siram itik opah dengan air, lari kedek2 itik tu nak meyalamat diri, lepas tu esoknya itik tu lumpuh bahaha aiyok sape punya kerja! Balik kali ni, ikan opah pulak dia kerjakan. ikan keli opah besar gedabak, penuh batu dalam kolam ikan, nasib tak mati ikan tu kena rejam. negegee

Buka puasa di Kampung

Dari kolam besar, opah masukkan ikan keli ni dalam tong kecik. senang budak2 ni tengok lagi dekat. Tah akal sape, pergi tonggengkan tong, konon nak buang air. Ingat ikan tu boleh hidup tanpa air! Terkeluar ikan tu dengan air sekali. Mengeletek2 la ikan tu, kecoh bebudak tak pernah jumpa ikan hidup. Kesiannnn!!

Buka puasa di Kampung
tengok ada batu seketul, sape punya krojer nih..

macam S. Jibeng dalam lagu 'di mana kasihku'

Petang singgah Econsave kat Slim River. Mengila kejap, semua barang murah. Rasa nak duduk sini terus, kah2. Tapi hati i ada kat Gombak, tak jadi la duduk sini. kat Slim River ada kedai ECO, kedai semua barang RM2 hengget tu, sekarang plus gst jadik 2.12 sen. jibby la nih. Spec mata budak2 ni pon beli kat ECO, 2 hengget jew. Kemahen seronok mengambil barang semua harga 2 hengget kan. Tah bila kedai ECO ni wujud kat Slim pun taktau. Baru perasan, siap pesan kat Amir, nanti balik kampong singgah sini lagi tau. Jeling2 je dia pandang bini dia bahahaa (sebab dia yang bayor)


-zie-
8 Komentar untuk "Buka puasa di Kampung"

fuuhhh, rindu habis zman kanak2 tengok anak2 ni semua. serius rindu!

akk pun rindu sangat dgn kampung..now, kalau balik pun x dapat la nk buat aktiviti kubang2 mcm dulu... abis kuat kang, mampu lepak bawah pokok moktan(rambutan) je... snap2 pic.tu je kejenya.. atuk nenek pun dah tadek. pcik mcik smua dah bermenantu bercucu.. mana la close sgt dgn kita lagi.. untung dpt tumpang kampung mertua.. cerrrr tgk 'kampong' mertua i??? depan ada galaxy siap ada panggung wayang lagi! urban tak urban MIL i? hahaha

anum pun ada kampong kan...syok la hihii

kannnn, diorng ni kalu balik kmpong mcm ni la..tak ingt makn minum..ingt mainnnn je

huntong la MIL owang K.eLLLLLL hahaa...
ada lebihnya sini, ada kurangnya sana, sama je. Ni pon menumpang kasih kampong mertua, sama je..semua tinggal memories je, turun ke anak pulak baru nak kenal kampong, hahaa

haha..biarkan je zie.time ni memang tak ingat gadget mahupun TV.legend la main susun-susun kusyen tu.masa kecik pun selalu buat.aduh..kesian itik ngan ikan tu ye.hehe

kan sal, zaman kita pon main susun kusyen tu, teringt zaman kecik2 best je rasa.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top