Doa ketika anak demam panas, doakan Fina cepat sembuh




Assalamualaikum

'Beginilah nasib Diriku yg malang. oh Tuhan' lagu P.Ramlee. Cer nyanyi, cer nyanyi. Sesuai sangat nyanyi lagu ni akhir tahun. Orang cuti sekolah jalan2 holiday sana, menyelam sini. Akhir tahun tak boleh nak bersenang lenang, dah keje makan gaji gitu la gaya ye. Nak cuti pun tertangguh, account closing by 8th ni. Selagi belom closing hadap la payment yang bertimbun ni, janji tak balik malam sudehhh. After 8th apa lagi hakak nak bercuti balik kampung nak rest. Penat gila kepala otak ni dengan payment yg tak settle. Nak berak kencing pun simpan dulu.

Fina pulak tak sihat, demam tinggi sangat. Anak tak sihat pun terpaksa datang keje jugak. Pagi pergi klinik dulu, lepas tu masuk keje balik. Kejap2 aku call mak itam tanya 'fina macam mana' Dah bagi PCM, tapi demam tetap tinggi, 38-39. Viral fever. Malam tak tido, merengek nak berpangku, dengan mama sekali pun boleh demam. Masuk ubat bontot, elok sejuk kejap. Kang naik panas balik. Dia panas time nak ke subuh, 3-4 pagi, doktor cakap time tu la kuman aktif, time tengah tido. Hati pun tak senang asyik teringat anak tak sihat. Sampai office mengantuk sangat, ingat boleh tido dengan lena bila anak tak sihat. Sampai opis, benda pertama yg aku nak buat >> Cari port baik untuk aku TIDUR. 😴😴😪😪 hik hik2 Dapat lelap mata 15 minit pun jadi lah.


Pegang kaki Fina sejuk. Demam keteguran ke? biasa kalau budak2 ni demam aku pergi jumpa Nenek Midah. Serasi budak2 ni dengan nenek midah. nenek midah guna telur, limau nipis, air dan kunyit hidup, nanti nenek midah alirkan telur ke kepala tarik panas dari badan. Orang jawa cakap 'alir', tak ramai yg pandai cara ubat macam tu dan tak semua orang diberi keistimewaan yg Allah bagi. Sepanjang berubat dengan nenek midah Alhamdulillah sihat, bukan cakap ubat hospital tak bagus. win win situation, ubat hospital kita cuba, perubatan islam pun kita cuba. Lepas tu aku call nenek midah, nenek midah kat Perak, duduk dengan anak dia kat Perak. alaaaa nape nenek duduk Perak, nak berubat dengan sapa nihhhh? 

Nenek Midah gelak je bila aku tanya 'bila nenek nak balik KL' 
Nenek suruh baca ayat al-fatihah (3x), ayat kursi (1x), selawat dengan doa nabi ibrahim. Air tadi tu buat minum dan mandi sikit. Aku pun google doa nabi ibrahim sehingga membawa aku satu blog saudara ini https://murabbiy.wordpress.com/2010/12/23/doa-bagi-merawat-demam-panas-2/

Langkah 1 : Sediakan bahan berikut :
1. air mineral
2. besen kecil
3. limau nipis untuk mandi

Langkah 2 : bacakan rangkaian doa berikut

1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)

Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)

Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)


Baca ayat al-quran tadi kat air mineral yg tutup terbuka. Aku mintak amir bacakan, aku sekarang tengah bendera jepun. Aku cakap kat amir, kalau bapak yg jampi mujarab sikit, hik hik Alhamdulillah dengan izin Allah demam Fina kebah. Pagi tadi boleh say hai hai kat mama, mama pandang Fina, eh dia ni mengigau ke hape, lepas tu dia jalan pergi amik lion dia.

Doakan kesihatan anak2 dibawah lindungan Nya. Doakan fina cepat sembuh, rindu celoteh orang tua dia tu.😋



-zie-

13 Komentar untuk "Doa ketika anak demam panas, doakan Fina cepat sembuh"

speedy recovery fina...
Jumaat nnti mama cuti nooo..
mama..sila cuti lamaaa sikit..
sakit jikmata i tgk whiteboard cuti tu haaaa.. :p

assalamualaikum
singgah pagi rabu

semoga cepat sembuh ya

Semoga usaha yg dibuat boleh sembuhkan Fina dgn segera ye.

tips dan perkongsian mengenai anak demam panas yang baik....

Alhamdulillah.
Semoga cepat sembuh.

Semoga fina cepat sembuh dengan izin-Nya..;p

nanti saya forwardkan blog ni.

InshaAllah..kalau Amir baca entah-entah lagi mujarab.Sebab dia kanak-kanak takde dosa.Apa pun, semoga Fina cepat sembuh

sian lahaiii Fina.. anak kita si naily tu pun hari tu dmm tanak baik2..tapi kita asik jelum2..lama2 ok..sampai 3x tukar antibiotik..risau kalau anak sakit ni..moga cepat sembuh ye Finaa..

Semoga cepat sembuh.. In Sha Allah dengan. Izin Allah

Musim demam kan sekarang ni.. In sya Allah.. Semoga Fina cepat sembuh..

Fina dah sembuh ke? Hope fina cepat sembuh ye..

Anak saya pun hari tu pun demam. Deman Viral. Saya lak baru kena demam campak

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top