Shopping Baju Raya, sampai kasut pun tercabut



Hadoii !! Lama giler duduk kat draf. Buat hamper punya pasal la ni.

Sempat lagi ke nak tempah baju raya ni. Tawakal je la. Tak tahulah tukang jahit aku tu nak ambik lagi ke tak tempahan. Tailor aku duduk jauh, sekali hantar sampai 5-10pasang. Macam jauh sangat, padahal kat Tg. Karang je dalam Selangor gak. Segala baju mak, abah, adek semua tempah kat Cik Yan.

Tanya mak dah hantar ke baju raya kat Cik Yan. Diorang dah hantar lama dah. Rupanya depa lupakan aku, heh tanak tawan.

Jumaat hari tu gigih kan jugak gi cari baju raya. Tapi sebelum nak memulakan misi, perut kena isi dulu. Kang lapor tengah jalan. Takmo takmo spoil. Semua sepakat nak makan Dapur Penyet kat Maju Juntion. So pe lagi jom serbuuu !!

ayam penyet sedap
Ayam madu penyet

ayam penyet sedap

ayam penyet sedap
Air bandung aku punya, air Apple Asam Boi Sarina punya

ayam penyet sedap 
Aku punya ayam penyet last sekali sampai, lupa ke hape  Sikit lagi nak jadi incredible Hulk tau.
Macam biasa kalau makan Ayam Penyet aku mesti order Chicken Wing Penyet. 

Dah makan kenyang2, sekarang kita memulakan misi mencari baju raya. Kitorang berpecah, Sarina dengan Nana Nurgaya gi Sogo. Aku dengan Kak Yus gi jalan tar. Pusing2 area jalan tar je, malas nak gi Jakel. Kat sini pun ada macam2 pilihan kan. Macam2 gedung ada, Gulati's Silk House, Kamdar, Euro Moda, Globe, Nagoya, pasaraya hari2. Jalan la sampai seret2 kaki. Ada masa 2jam 30 minit, so pe lagi ai yo mat gesset gooo !!

tudung murah kat jalan tar
Jalan TAR

tudung murah kat jalan tar 
Cari kat Gulati's Silk House dulu.

 
Kain plain beli kat Gulati's Silk House, hajat di hati tahun ni nak warna merah meyala mak ngah. Tapi tiba2 ter OREN lak jadik. hihii semeter RM29.90 ada sale jadi RM15.90 semeter. Yang corak ala2 songket tu RM40 semeter. Tepuk dahi tengok harga. huyai kopak mak. Nak amik dalam 6 meter, cer kira barapa tolal. Tu lom masuk upah jahit lagi. Tak pe kita jalan lagi, ada banyak pilihan kan.

 
Ini kat KAMDAR, ada banyak level. Kain plain pun murah dan ada sale.

Sempat singgah Sarah Globe, naik level 7. Masa gi tu ada sale, Kak Moon dah mention dalam blog kalau nak jumpa dia hari Sabtu dan ahad je. Lepas tu kalau nak dapat murah cakaplah 'saya follow blog K.Moon.' Mesti dapat harga kasih sayang punya la. Cincai mancai !!

KAMDAR lagi.

Finally, jumpa kain corak batik Sarawak kat KAMDAR RM10.90 semeter. 
Tapi ada SALE 10% so jadi RM9.80 semeter. Macam2 corak ada terus tiba2 jadi rambang mata. 

Nak buat cengini la, dah ada design, yeyy. Tailor aku tu macam2 dia boleh buat, jahitan kemas sangat. Cakap je nak design macam mana, harga pun tak kejam sangat. Family aku kan regular customer, berani cik yan cas lebih hahha

g
Inilah hasilnya kalau tawaf satu jalan tar. 

Lepas tu jalan2 masuk Muaz's, tengah naik tangga tiba cepuk2. aihhh sudah cabut tapak lagi. Nasib gi berdua dengan Kak Yus, ada gak kawan nak bahan gelak. Tergelak2 sampai keluar ayaq mata. Kebetulan nampak pulak kedai kasut Juke Box kat seberang jalan. 

Kedek2 kitorang melintas jalan nak cari selipar. Sampai kedai kasut je, terus kaki ayam, fedulik haper. Malu aku tercepuk2 bunyi ye. Nak cari selipar yang paling murah, paling kurang RM10 je. ceitt takde yang RM10. Paling murah pun RM13.90. Terpaksa la beli jugak, takkan nak balik berkaki ayam.. Kan dah rugi RM13.90. K bai





-zie-
Tag : Hari Raya, Puasa
6 Komentar untuk "Shopping Baju Raya, sampai kasut pun tercabut"

dah beli baju raya, cantik tu fesyen yang nak dibuat tu, sampai tercabut kasut berjalan tu

cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kalau pergi jalan banyak macam ni elok pakai sport shoes. Lagi lama berjalab tak sakit kaki dan akhirnya lagi banyak dibelanjakan. Ikut pengalaman.

cantiknyeeeee baju raya ko dik...sian...bole pulak nak tanggal time tuan dia shoping2 camtu ek...kikiki

isk2..jauh sagt pusing2 tu, sampai tercabut kasut, nasiblah kasut je tercabuk kaki okey kan? kan?

Ya Allah rajinnya tawaf jalan tar.. jue tak sanggup jalan dah.. mau terberanak nanti.. hehehe

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top