Cuti sekolah dan kenduri kahwin



Yahoo!! Cuti sekolah sudah bermula.
Siapa yang tak suka cuti kan, tapi bila cuti sekolah banyaklah undangan kahwin. Berduyun-duyun list kenduri kahwin dalam kalender. Tapi ini cerita kenduri kahwin anak mak itam pengasuh Fina & Azreeq. Lepas makan kenyang terus pergi pesta buku karangkraf

Kami sekeluarga rapat dengan keluarga mak itam, sampaikan adik-beradik, sedara-sepapat pun boleh kenal. macam ni, ucu (adik mak) punya husband abang kepada mak itam, pening kan. Senang cerita mak itam tu adik ipar ucu lah. Tapi disebabkan mak itam dah mengasuh anak ucu sampailah ke anak aku kira kami rapat sangat. Bila keluarga kami ada buat makan-makan mesti jemput mak itam sekeluarga. Anak-anak mak itam pun sayang Azreeq & Fina macam anak sendiri. Sampaikan mainan, baju tak usah ceritalah mesti mak itam ingat kat Azreeq & Fina. Panggillan manjanya 'adek' itu yang bertambah-tambah manjanya lah hai..

Baju untuk Fina jadi flower girl pun mak itam belikan. Tinggal sarung kat Fina je. Tapi di hari kenduri kahwin Fina tak nak pakai, tapi paksa juga pakaikan. Itu yang muka monyok duduk kat stoller je. Ini kenduri kahwin pertama anak mak itam, ramai juga yang datang. Tempat ok boleh lepak bawah pokok, cuaca pun tak panas sangat.

aktiviti cuti sekolah
Family potret. Semua senyum kecuali si kecik Fina, susah betul nak senyum.

aktiviti cuti sekolah
Nenek pun ada, yoyot Fina & Azreq. Moga diberi kesihatan yang baik kepada nenek, umur nenek ni hampir 85 tahun tapi masih kuat angkat pasu sana sini, kalau rasa tak berkenan kat mata, alih pulak belah sana.

kenduri kahwin cuti sekolah
Kami

kenduri kahwin cuti sekolah
Azreeq with favorite untie - adek demok

kenduri kahwin cuti sekolah
Fina and mama, sibuk nak main bunga telur.

kenduri kahwin cuti sekolah
Fina and apak dia, anak bapak ni. Kalau Amir balik kerja sibuk nak berkepit bawah ketiak, bau masam2 itu sedap sangat la kot. Tapi Fina still muka serius ok.

kenduri kahwin cuti sekolah
Kami adik-beradik, nampak aku lagi muda kan.

kek kahwin kreatif
Kek tergantung.
Bila aku post kat facebook semua cakap ehhh macam mana kek tu boleh tergantung. Nampak tak besi hitam yang bentuk S. Nampak macam tergantung kan. Gambar pengantin nampak sipi2 je, jadilah.






-zie-
................................
Tag : Lifestyle
10 Komentar untuk "Cuti sekolah dan kenduri kahwin"

kek tu cantik lahh :D

Seronoknya dapat jalan-jalan :-)

Syok dpt mkn nasik minyak kenduri...leh gantung kuali kan hehehe

gantung kuali utk beberapa hari..hiihi

cuti sekolah + gantung kuali haha

ya betul.. time cuti ni penuh kenduri.. ehehe diri sendiri tah bila nak kenduri ni =D

bila akk nak merasa ns minyak siti pulak ..hihii

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top