Kartun Tobot di Astro Ceria



TOBOT, siapa ada anak kecil macam aku ni mesti tahu Tobot itu apa. Kartun yang tengah meletop2 popular kat Astro Ceria sekarang ni. TOBOT ni kereta boleh tukar jadi robot, konon macam ala2 transformer la.. So last weekend hari tu, apak dia dah janji nak belikan mainan untuk Azreq. Apak dia dah 'terjanji' so bila dah berjanji kenalah tunaikan. Memori kanak2 ni sungguh tajam, dia akan ingat apa yang apak dia janji. Apak dia plan pergi tempat mainan yang murah, dalam kepala hotak ni ting Aeon Big(Carefour) Wangsa Maju. Masuk satu kedai, Azreq jalan2 cari mainan yang berkenan di hati, sekali dia capai satu mainan. Kalau itu yang dia dah pegang, itu lah yang dia nak. Apak dia umpan mainan yang lain yang murah sikit. Ends up apak dia tewas, apak dia ikutkan je la, bcoz apak dia dah janji kan. 

Aku pandang harga mainan tu RM49.90, kecik besor kecik besor je aku tengok apak dia. Bagi aku mahal kot mainan tu, sebab apa, meh sini aku senaraikan sebab apa mahal :

1. Tobot tu tak boleh ex-change jadi kereta, boleh gerak kaki tangan je hokey.
2.  Part tangan dan kaki tak boleh bengkok2 kan.
3.  Besar saiz A4 je mainan dia.
Cuma kelebihannya ada lampu warna biru & bila tekan button keluar suara macam Tobot.

Ni lah Tobot Azreq, nasib ada less 10%, jadi la harga RM44.90 tapi still mahal hokey. 

Bestnya kartun Tobot ni menunjukkan nilai kekeluargaan antara adik beradik, Tobot akan jadi lebih kuat dan berkuasa kalau Tobot ni bergabung menjadi satu Tobot yang besar, ada 3 Tobot iaitu Biru, Kuning dan merah. Tobot ni bagus untuk tontonan kanak2 bagi menunjukkan nilai kasih sayang antara adik-beradik. Sekiranya adik-beradik ni bergaduh, Tobot akan jadi lemah dan tidak kuat untuk melawan penjahat.

tobot murah
 Dak demok yang mengeramkan, rasa nak cubit2 je pipi tembam dia tu. Tapi bila time dia tidur, waduh luluh hati ni nak marah tak jadi marah. Usap2 rambut dia yang tegak macam lalang ni sambil baca surah Al-Insyirah. Bila ditiupkan ayat ini di ubun2 anak, maka anak tu akan lembut hatinya & menjadi anak yang  mendengar kata... InsyaAllah....

tobot murah
Azreq with his Tobot

tobot murah

tobot murah
Petang balik rumah main Kinetic Sand, pasir pentipu. Apa la mainan sekarang ni, pasir pun ada pentipu. Dulu mak ko ni siap masuk longkang cari berudu tau, lompat sana, lepas. Lompat sini, lepas. nak balas lompat sana balik, gedebuss tak lepas. udah masuk longkang. Balik rumah mak suruh mandi dah bau longkang kan.. pakai sabun 3 buku pun tak hilang lagi bau longkang..*ergrkkk yekkk busuk mainan mak ko ni.





-zie-
 .....................................................................................................................................................................
 Kelebihan / kehebatan Surah Al- Insyirah. 




1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.


3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.


4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.


6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.


7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.


8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.


:: Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:


1. Sembahyang sunat dua rakaat.


2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)


3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.


4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.


:: Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.


:: Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.


:: Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.


Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk jadikan sempadan..


:: SELAMAT BER'AMAL ::








-zie-
..................................
Tag : Azreeq
8 Komentar untuk "Kartun Tobot di Astro Ceria"

Alololo...excited muka ye...terima kasih perkongsian surah Insyiraah tu ye..

excited dpt mainan kak hahah..

hehehe comel nyaa.. macam-macam kan permainan sekarang ni.. dulu-dulu main guli, dah kira cool la tu. haha

hahaha...budak2 bab ini cepat saje...apa keluar kat tv...semua nak beli..☺️☺️

zaman gadget tak hirau dah main guli mcm kita dulu2

Hi zie! Slmt berkernalan :)
CN dtg singgah sini. CN tertarik dgn perkongsian tntg surah al-insyirah ni :)

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top