Jubin lantai meletup dan pecah.



Assalamualaikum uolls!

Sebenarnya dah lama pendam bab jubin lantai meletup dan pecah ni. Bila fikir balik benggang, marah, sakit hati semua ada laa. Duduk baru 4 tahun lantai dah meletup. Nak marah kat sapa? Nak marah kontraktor yg buat rumah dulu? Renovate rumah ni dulu pun just panggil indon yg buat. Nak sedapkan hati, positifkan minda anggap je la dah sampai masanya dia nak ganti baru. 

Gittew konsep! tak payah pening2 fikir sape salah. 

Cerita bab lantai pecah ni lama juga kitorang bertahan duduk di dalam rumah yg lantai pecah. Part yg pecah tu aku just tutup dengan karpet. Anak aku tak boleh main lari-lari, tak boleh lompat, jalan pun kena slow. Penat kan? Sangat bahaya for use and especially for kids. Memang nak repair, tapi bajet takde. Sebab kalau nak repair kena pecah satu ruang tamu ni. Kos, faham-faham je la. Katakan nak repiar sikit je pon paling kurang cecah ribu juga. Aku start menabung, cabut bulu sipi-sipi yg ada. Akhirnya, tahun 2020 ada rezeki nak repair lantai yg pecah ni. 



Bunyi macam mercun cina

Nak repair not easy.
Kalau nak repair tak boleh repair yg pecah tu. Kena punggah satu living hall. Menyampah giler dengan habuk dia tak boleh bawak bincang. Masa lantai ni pecah bunyi dia macam mercun cina yg panjang tu. 'poop. pop. pooppppp' kuat giler. 
Aku dah berdiri nak lari. aku fikir sape pulak pendajal campak mercun cina dalam rumah aku. Aku pun keluar pegi check. Tengok kat luar takde orang pun lalu. 
Pijak lantai macam terjongkit sikit, tak lama tu sambung meletup. Tengok-tengok dah sampi hujung dia meletup. sengal giler!!

Time pkp ni ada rezeki nak repair tiles yg pecah. Dalam beberapa bulan aku boleh kumpul 5k untuk repair tiles. Memamg target nak repair sebelum aku besalin & before budak2 start sekolah. Time pkp ada rezeki yg Allah selitkan untuk kami..Rezeki repair tiles. Rezeki baby.. Dari situ aku save untuk target benda lain.

Cari orang yg mahir

Nak cari orang yg mahir repair tiles pun satu masalah jugak tu. Nak kualiti tapi murah. Caner tu??? Kadang bukan sebab tiles jubin meletup. Reason lain is cara pembuatan. Sebab ada udara trap kat bawah, tak cukup simen, tak pakai gam simen. Jenis tiles pun part of reason. Kadang memang ada jual tiles yg murah tapi kualiti takde. Nak tahan lama better beli tiles yg mahal sikit jenis gred one.

 start pecah lantai.. bermula juga la bermain dengan habuk

aku mintak pecah dinding sebab nak buat pintu belah tepi. Belakang dinding tu ada kabinet. Kabinet tu aku runtuh pastu buat tersorok sikit. Boleh buat tempat laundry kat situ. 

aku tunjuk gambar ni kat Ajid.. 
happy pulak budak duo orang tu sebab dapat sorang satu pintu.
Satu pintu Ajid. Satu pintu Fina.
Kahhh kahhh kahh

balik keje begini kejadian rumah aku. Cepat diorang buat keje. satu hari dah siap buang tiles, pecah dinding & buang kabinet. wak tu cakap kena buat hari ni jugak sebab habuk. Esok boleh pasang simen, tiles & naik dinding.

Before Renovate



Ada yg cakap jubin 2x2 risk meletup dari jubin yg kecik. Tapi rumah bapak aku tiles kecik puuuun meletop. Haahh pe citer??

Jarang tiles 1x1 meletup biasa tiles yg besar je ada kisah sedih ni. Aku tetap pasang tiles 2x2 selepas pecah sebab cantik. Kalau pecah lagi itu risk yg perlu aku tanggung. That why aku cari tukang buat tiles yg meyakinkan. Tak mampu nak hire kontraktor cina sebab compom harga letak tripple. Kos quote utk living je 8k above. Tu tak masuk pecah dinding. Makkk mati!! Aku upah indon total kos dalam 5k. Wak yg buat ni pun aku kenal sebab dia yg repair tiles rumah abah kat Gombak. Maka dengan itu, jangan takut nak pakai tiles 2x2. Pakai jeee. Kalau pecah buat la lagi. kattttaaa kaya (gurau eh) bahaha.. Tapi kali ni inshaallah tahan lama sebab wak ni buat pakai simen, gam simen dan silicon mozek. Before buat pun dia lobongkan lantai letak gam. Sepanjang progress aku turun padang tengok hasil. Aku taknak lepas tangan nanti ada jeee yg tak kenan kat mata aku. Wak ni janji paling lama siap dalam seminggu, paling cepat 4 hari. In 4days dah settle. Dia pun tak berani nak janji 4 hari sebab aku ni kalau tak siap 4 hari aku mengamuk. Hahaaa

Psstttt: tak berani nak rekemen tapi kalau korang nak contact no aku boleh bagi. Ini base my experiance. If ada yg tak puas hati itu your risk lahhh kan. Takde kena mengena dengan aku sebab rumah aku cantik jerr. bahahaa. Biasa dia datang rumah tengok dulu baru boleh deal harga. In time korang boleh survey harga lain.


After renovate



biar lapang macam ni. sebab nanti senang nak main kejar-kejar dengan Amir. ehhhhhhhh bahahahaha
Biar senang budak2 nak main. Takde la tersadung.

Nanti nak tambah sofa panjang satu. Itu kendiannnn la kan. Not now!! Sekarang fokus untuk orang baru yg bakal lahir. Doakan yee


Banyak lagi nak kena deco. Tapi nanti la dulu. Dah dapat buat tiles pun dah syukur Alhamdulillah. Itu yg lebih utama. Nanti ada duit boleh deco sikit-sikit. Rak tv putih tu aku nak jual. Ada yg bekenan ke? Macam tak sesuai pulak cemetot kat situ.


-gee-
10 Komentar untuk "Jubin lantai meletup dan pecah. "

itulah dulu rumah member pernah jugak jubin dia meletup... itu sebab dia cuci rumah, sekali meletup ada lah dalam 6 jubin yang meletup... nasib lepastu setel dah buatnya, jenis kontraktor buat nak cepat, lebih kurang je kan

moga dipermudahkan bersalin ya

Pernah dengar juga kontraktor kitorg bgtau kalau tak property pasang tikes boleh pecah/terangkat. Akk pun pakai tiles 2x2 gak. So far alhamdulillah takde letup2 lagi hihi...

Take care zie 🤗

Selamat bersalin dengan tenang.

ok dah tv cabinet tu zie.. cuma tv kamu hang on wall... wall blkg tv letak 1 pic besar gambar koang pun nice dah..sekiannnn.. bak uweettt sbb bagi consultancy hahahha.

Masalah rumah zaman sekarang ni beberapa tahun dah pecah tiles nya kan.
Rumah masa dulu2 jarang begini.

semoga dipermudahkan segala urusan awak =))

Aah kalau simen x cukup pun boleh pecah tile tu

Tak pernah lagi mengalami jubin pecah. Apa puncanya ye? Takpelah yang penting semua selamat. Cantik dah tu. Harap x pecah dah sempena kehadiran baby baru

Menarik. Boleh share contact number tukang tu x Puan?

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top