Expecting for number 3



Mashaaa Allah.. lama giler blog ini tak berhapdate!
Mana menghilang?
ada je ni haaaa.. tengah melayan mabuk todi yg amat dasssyatt..
Expecting for number 3
takdirnya rezeki aku Allah izinkan untuk aku mengandung lagi... Alhamdulillah.
untuk sekian kalinya after last 7 years beranakkan Fina. kali ni Allah beri peluang untuk mengandung semula di tahun 2020.
seram woooo nak besalin nanti. tak ingat dah nak teran dulu ke push dulu kahhh kahhhhh

seriusss!!. morning sickness kali-3 ni memang terok dari previous pregnancy.
pregnancy 1&2 pun morning sickness jugak. tapi dah lama sangat tak mengandung lupa dah morning sickness dia terok setahap mana.
baby yg no.3 ni memang aku tunggu. target nak 3 orang anak tapi tak plan nak time bila. ada rezeki ada. tapi muncul yg no.3 time umur dah tua. tua keee? wakakaka. 

bila dapat tahu je pregnant.. dengan automatik badan ni terus flat.. selera makan yillek. tak boleh bau-bauan. bau makanan tak boleh, orang menumis tak boleh, tengok gambar makanan kat hp nak muntah. tengok hp lama2 nak muntah.
tengok durian nak muntah. punya sadisss mengandung kali ni TAK BOLEH makan durian. 
gosok gigi nak muntah.
tengok ayam nak muntah.
yg pelik makan ayam mcd/kfc elok tak muntah. kemain demand nak ayam yg branded je. biasssssshhheeeeeee dia!
mandi pun malas. 
rasa nak baring jeeeee seharian. 
bangun pun hanya solat. pastu melepekkkkkkkk balik.
nasib tengok muka laki tak muntah. masih boleh lagi tido sebelah2..

pregnant kali ni memang menduga betol dengan muntah memanjang/selera makan takde/tekak kembang semacam.
aku tido je sepanjang hari. kat tangan sentiasa pegang minyak angin.
agak aku nak muntah aku cium bau vicks/minyak kapak.
hilang sikit rasa loya. tapi tak lama tu muntah jugakkkkkkkk. pastu melepek tepi mangkuk tandas. punya terok kali ni muntah sampai terkencing2.
mana nak tadah yg atas. Bawah pun nak 'cover' jangan bagi terkucil. caner tu!!

keluar segala isi perut sampai takde menda yg nak dimuntahkan. sakittttttttttttt nyaaa muntah air dari muntah benda. dia tarik segala urat perut sampai senak ulu hati.
tekak ni boleh makan buah-buahan je.
Amir tengok aku terok macam tu dia pun tak sanggup.

ini terbukti berat badan aku boleh lost almost 4kg gara-gara 1st trimester gandung.

husb cakap 'cukup la ma ini yg last, sian nengok'
aku cakap 'memanggggggggg pun ini last. pasni tutup kilangggggg' huwaaaaaaa


time ni baru 11 minggu. mama can see u baby! nampak 'my bumblebee' dalam kantung dengan heart beat dia terus ghase nak nangis. berbaloi hadap muntah yg berbulan2. 

Happy tak Azeq & Fina nak dapat adik?

diorang happy je nak dapat baby. siap sondol2 perut aku ni bila baby nak keluar. yg sorang nak baby boy, sorang nak baby girl.
nasib la time PKP ni duduk kat rumah parent kat Gombak. 
anak2 aku adik aku yg uruskan. makan/minum pun suami yg banyak tolong.
budak2 ni pun dah besar. 
nanti anak2 yg care mama dia. 
si Fina lagi, nanti dia amikkan blanket selimutkan aku.
tiap2 malam nanti dia pakaikan aku stokin. boleh harap dah anak dara tu. 

Aku bersyukur mengandung di saat ini. anak dah besar & penyayang. dah pandai urus diri. mandi sendiri, pakai baju sendiri. kencing/berak cebuk sendiri. nak air milo boleh bancuh sendiri. Boleh di suruh amikkan barang.
aku relax la sikit..
Allah tu tahu aku ni kalau mengandung mabuk terok sebab tu Dia jarakkan jauh.
dulu Azeq & Fina jarak 2 tahun stress tetap ada. 
mana nak layan muntah lagi dengan Azeq yg masih lasak memanjat2 lagi.
sejujurnya aku tak suka part of pregnancy. aku suka time dapat baby.
aku pernah cakap kat laki. 
kalau boleh kan 'awak mengandung 9 bulan time nak beranak awak bagi kat saya'
aku tahu ada orang seronok melalui proses mengandung. tak mabuk langsung, makan berselera, takde muntah2. untung sangat orang yg mengandung tak mabuk. tak semua merasa mabuk hamil.
bukan kata kita tak kuat nak lawan tapi perubahan horman mengandung tu tinggi. takpelah, penerimaan orang terhadap sesuatu perkara berbeza-beza. ini bahagian masing2 Allah nak bagi mudah part lain.
Parenting is hard.
Walaupun tahu proses tu tak mudah, banyak sengsara yg perlu hadapi tapi percayalah nikmat tu akan datang selepas melalui kesusahan.

doktor cakap mabuk hamil ni perkara biasa. aku mabuk sampai minggu ke-17 tapi nak memyampaikan ke-17 minggu ni hazabnya Tuhan je tahu. ada yg mabuk sampai minggu ke-20 pun hadeeeeer. kalau aku tak tahu la rupa apa. jumpa2 dah jadi zombie kot.
lepas tu sikit-sikit hilang muntah. muntah ada lagi tapi tak sekerap dulu. makan pun mula nak berselera.
dah masuk 2nd trimester lain pulak ragamnya. macam2 benda teringin nak makan.
sekarang ni tengah suka makan kgariii. jangan aku mintak kgaariii nasi kandar kat Penang tu udahhhh!


doakan aku sepanjang proses mengandung dan besalin dipermudahkan oleh-Nya
harap-harap dengan mabuk yg teruk ni Allah balas dengan besalin yg mudah.
doakan juga kesihatan aku dan baby dalam keadaan sihat.
sebut yg baik-baik dan doa yg baik-baik kerana kata-kata yg baik adalah doa yg melantun.

Aku doakan juga untuk korang yg masih menunggu zuriat akan diberikan tak lama lagi.. amin.
janji Allah tu pasti, antara cepat dengan lambat Allah tu nak bagi
ok! guys. sambung nanti.
ni pun senak perut duduk lama-lama.


10 Komentar untuk "Expecting for number 3"

Alhamdulillah tahniah Zie 🌹🌹🌹
Akk ni dah tergerak hati nak WA zie semalam tapi kalut2 lupa. So happy for u. Apa yg zie alami ni memang sebijik macam akk bila pregnant, every pregnancy. Peak dia 10th-14th week. Time ni la akk selalu kena warded & drip.

Apapun kuatkan semangat. Akk doakan dipermudahkan semuanya dan selamat aamiin.

Congrats dear. jauh jarak tu. mcm anak pertama ni nanti.

tahniah awakkkk
moga segalanya dipermudahkan, aamiin

PH ; tq kak.. harap semua dipermudahkan

k.yan.. tu la bedebar juga ni.. hahaha. doakan sy dipermudahkan ye

Semoga dipermudahkn urusan Zie. Entahla ada ke tidak rezeki saya nak rasa semua tu. Tahniah to u n famili nak dapat baby baru. Boleh bayangkan budak berdua tu jaga adik diorang nanti

Sal : tq Sal.. amin.
insyaallh ada rezeki utk Sal. rahsia Allah tu pasti. Zie doakan sal dipermudahkan urusan & di petemukan jodoh yg baik2.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top