Pembetulan nama pada tiket Air Asia - Typo error



ok before ni aku de booking tiket flight (excually bukan aku booking, tapi my sister) 
aku pilih nak naik Malindo tapi diorang nak naik AirAsia (sebab tambang murah la ever kan. tapi sama je bila add luggage jadi mahal la juge). what ever la kan. segala booking tiket aku serahkan kat adik yg handle. redho je laaaaa naik AirAsia pun. Dah redho naik AirAsia typo error pulak. ejaan nama anak aku salah. ceritanyaaaaaaa! sape yg nak selesaikan masalah ni kalau bukan kakak mu ini.. sedap je msg 'kak long eja nama anak ko salah, nak buat caner?' amboii.. asal poblem humban ke haku. haah

Ni bagi orang yg festime booking tiket kapal terbang. 
Jika korang first time booking diorang menitikberatkan soal ejaan nama pada tiket flight. Ejaan nama wajib sama dengan ejaan nama pada ic (pengenalan diri)

kalau penerbangan domestik, ejaan nama pada tiket yg mesti sama dengan ejaan nama pada ic (myKad) atau Mykid bagi kanak-kanak. Jika penerbangan antarabangsa (international flight), ejaan nama pada tiket mesti sama dengan ejaan dalam pasport. 


Pembetulan nama pada tiket Airasia

Air Asia hanya benarkan untuk membuat pembetulan nama pada tiket, kalau nak tukar penumpang memang tak boleh. tak pegi burn la tiket. kecuali ada reason tertentu. Contoh : masa arwah mak aku meninggal dulu dapat full refund. time tu nak bercuti ke langkawi. dapat email dari airasia arwah mak aku entitled full refund. kena rajin-rajin godek website Airasia pasal refund. lagi-lagi kes covid-19 ni ada part yg boleh dapat full refund. 


Pembetulan nama pada tiket Air Asia - Typo error


Airasia dibenarkan untuk edit :

1. Kesalahan ejaan pada nama
2. Perlu masukkan atau keluarkan nama English 
3. Kesilapan menulis jantina (lelaki/perempuan) - Mr - Mrs
4. Nama terbalik - antara first name (given name) dengan last name (surname/family name)


Pembetulan nama pada tiket Air Asia - Typo error
nama Fina salah ejaan. terlebih satu Y

Apa yg perlu buat?

Korang tak payah susah-susah cari no tepon nak call. memang takkkkkkkkan jumpa. diorang tak pakai talian bebas tol. apa-apa hal semua 'chat'. aku hagak kalau Airasia ada talian bebas tol mau semua staf Airasia mental. asal delay je call. lagi banyak memaki dari regards.  
  1. sediakan salinan ic/mykid (nanti kena upload dokumen)
  2. isi e-form AirAsia. Klik link ni untuk akses ke : Air Asia e-Form
  3. lepas isi e-form, korang akan dilayan dengan Chat with AVA now/drop on Twitter/fb
  4. kalau sanggup tunggu boleh 'live chat' tapi nak tunggu turn punya hazab. better chat with AVA
  5. nanti Airasia akan update melalui email.
settle...



Pembetulan nama pada tiket Air Asia - Typo error

Tag : tips
5 Komentar untuk "Pembetulan nama pada tiket Air Asia - Typo error"

Alhamdulillah nasib baik dah setel ^_^

Aku tak reti bab2 ni semua serah kat laki..ehhhhh

tiket wak gi jepon tuari dh burn .. huhuhu

penah jadi sekali.typo nama atok tapi alhamdulillah lepas macam biasa..mungkin sbb domestic kot tu yang boleh lepas tu

wak lat: boleh refund. cer tgok website AA.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top