I stay at work for you, you stay at home for us



Assalamualaikum uolls!!

I stay at work for you
You stay at home for us.

Sebelum PKP (perintah kawalan pergerakan) hari tu sempat juga sambut birthday si tua. tiap kali Mac comes of coz hakak gumbira. sebab in Mac sambut birthday husband & wife like a king & kong. tapi kebiasaan birthday bini yg over. kadang lajak sampai ke April pun still mood in birthday. 'Happy Birthday to me' manjang. Masa PM Tan Sri Muhyidin Yassin umum date PKP sambung sehingga 14 April semua dah mengeluh. bila PM bacakan doa aku dah start sebak. belum pernah mana2 PM yg bacakan doa. berombak-ombak dada ni menahan sebak. dah la hari yg PM umum tu hari birthday aku. sebak sangat rasa dengan keadaan sekarang 'nothing much to do' (duduk rumah diam-diam). Tak boleh pegi masjid, surau, mall, sekolah, pasar malam - semua tutup. takde usrah agama, takde solat jumaat, tak boleh salam & peluk. sedih! semua kerana wabak coronavirus yg berjangkit. harap teruskan azan berkumandang.

Sangat mudah Allah nak pisahkan manusia dengan dunia luar.

 sambut birthday hari tu kat Grellas Wangsa Maju. elok pulak ada deco birthday macam ni.

 budak waiter tu tanya nak berapa lilin kak. aku jawab nak 4 sebab umur dia dah 40.. bahahahah
birthday boy menjeling sebab umur dia baru 28 tahun dia habaqqqq..
kalau umur dia 28 tahun umur aku baru 18 tahun.. uihhhh k.bye


 K.A.M.I
walaupun keadaan huru hara yg sorang tak sabar nak makan kek.. yg sorang sibuk nak tiup lilin. bersilang-silang tangan nak cabut lilin dari kek. but still under control. berjaya jugak snap 4 ketol in picture. 

I stay at work for you, you stay at home for us

 order ice blended chocolate untuk diorang


balik rumah laki habaq nak repair motor.
sampai rumah dah malam sebab time tu baru balik dari kampung.
aku pun ok la dia nak repair motor.
aku pun mandi/rehat. kemas beg yg balik kampung tadi. keluar bilik
terperanjat aku .......

seketol kuda in my house !!



dia hangkut motor dia bawak masuk dalam rumah. 
omgeeeeeeee
terkejut gile aku.
karpet aku semua dipersilakan ke tepi bagi laluan kat motor dia nak parking..
ghase! nak tercabut jantung ni. 
alasannya takde tempat nak repair. dia tak suka repair kat tempat terbuka nanti orang lalu lalang tengok dia repair tanya macam2. malas nak menjawab. selalu dia repair kat belakang rumah. ni dah malam, lampu kat belakang rumah takde. 
tanpa bincang terus bawak motor masuk rumah.. terdiam aku. (kalau bincang compom aku tak setuju kan)
tak payah tunggu setuju aku dia dah buat keputusan. 
ni sayang bini ke sayang motor dari bini.. 
dari sakit hati aku terus masuk tido. aku cakap bagi tempoh sampai pukul 10 malam je. kalau esok pagi ada lagi kuda ni kat ruang tamu. jangan tanya kenapaaaaaaaa tayar dua tu hilang..

nasib esoknya rumah aku clean.. dan bau wangi..
ntah berapa banyak dia spray febreze
tahuuu pun
hahahahaha



in PKP - 25 Mac 2020 (my birthday) memasing terbongkang depan tv.
pakwe baju belang-belang ni pun tak keje. dia cakap hari ni hari jadi mama, dia pun tak keje.
sebab tak dapat pegi mana-mana dapat teman mama kat rumah pun ok..
how sweettttttttttttttttttttttttttt angat.
beli jiwa nampakk



 tergolek
makan
sembang
makan
makan
solat
whatsapp, tv, fb, youtube
tergolek 
makan
solat
makan 
makan

yg ini lagi pishangggggg
senang lenang duduk rumah atok. segala permintaan atok layan

I stay at work for you, you stay at home for us

dalam tempoh PKP ni aku masih bekerja. pergi keje kena tempoh dua roadblock. hati tu berdebar2 nampak abam polis/pak askar jaga jalan walaupun tak buat salah apa.

balik rumah tak boleh peluk anak, baju yg pakai tadi terus masuk dalam washing machine, pastu mandi. dah mandi bersih-bersih baru boleh terkam anak. walaupun bukan frontliner yg betol2 hadap pesakit covid19. tapi takut tempias kalau diri tu terbawak penyakit balik rumah. keje di balakang tabir sokongan Jabatan Farmasi HKL sedikit sebanyak dapat menyumbang tenaga untuk sama-sama stopkan covid-19. 

love vibes untuk korang

I stay at work for you 
You stay at home for us

#stayathome
#dudukrumahdiamdiam


I stay at work for you, you stay at home for us

ni ucu send dari Hospital Tuanku Azizah. dia cakap musim wabak covid19 ni ramai pulak yg besalin. kak ya pun balik keje semalam muka penat. masuk bilik terus membuta. balas dendam bantai tido yg tak dapat rest tadi. panggil makan pun tak turun. Wani pun non-stop keje. keje 8 hari seminggu.. Sabtu/Ahad pun keje. masing2 penat. KKM keletihan. kadang dia tunjuk picture patient covid yg dalam karung nak hantar ke Hospital Sg.Buluh terus berdebar. 


Stay safe everyone.
sama-sama kita putuskan rantaian covid-19
teruskan usaha dan berdoa dan beserah. moga Allah permudahkan


Tag : my Birthday
9 Komentar untuk "I stay at work for you, you stay at home for us"

Terima kasih kerana masih berkerja untuk rakyat MAlaysia..
Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah..
Stay safe sis..

Terliur nemgok menu sambut bday tuh...sedapnya...
Dia kene kerja ya musim PKP ni, please take care ya

Same!!! we r march baby..kiki
Kami kerja yall doakan kami yee..sama-sama kita support each other kat tempat masing2. #Dudukrumah

ehhhh lupa nak wish

Happy Birthday moga sentiasa dalam rahmah Allah!

Happy belated birthday Zie ❤️

Moga dipelihara dari sebarang musibah dan dipermudahkan segala urusan.

Hepi belated birthday untuk Zie dan husband. Hati2 bekerja. Stay safe ye. Semoga wabak Covid19 akan hilang dari muka bumi. Kesian tengok frontliner

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top