Shampoo untuk kurangkan rambut gugur



Hai olls!

Cerita dia gini. 
Lepas besalinkan Fina, rambut aku gugur tahap *&^ga%$#ban@$%
walaupun budak yg aku besalinkan tu dah umur 7 tahun rambut masih gugur sampai sekarang. setteresss mak!. sebabnya nak kena kutip rambut yg gugur tadi after sikat. hangin je. dia punya tahap gugur tu tak payah tunggu sikat rambut. guna jari pun boleh. sekali sauk rambut.. haaahhhh kauuuuu segulung. tu belum kat shower. kat lubang shower tu penuh rambut kita sajerrr. sampai aku takut nak basuh rambut hari-hari.. dah tuuuuu! takkan tak cuci rambut? satu hari tak cuci rambut boleh gatal kepala. kita pakai hijab hari-hari. rambut pun kena cuci hari-hari.. kalau tak rambut bau kuda.


Shampoo untuk kurangkan rambut gugur

Shampoo untuk kurangkan rambut gugur.


hari tu ada satu mommy ni share pasal pengalaman dia pakai shampoo Himalaya. pakai shampoo ni rambut dia kurang gugur. takde la tak gugur langsung. tapi % rambut gugur tu kurang. aku dah cuba bermacam2 jenis shampoo tapi tak bekesan. lagi banyak aku tukar-tukar shampoo makin banyak gugur. sampai satu tahap taknak pakai shampoo sebab takut rambut gugur. once ada yg share Himalaya good aku pun zassss pegi beli shampoo Himalaya. seumur hidup aku tak pernah cuba produk Himalaya.


Shampoo untuk kurangkan rambut gugur


Shampoo untuk kurangkan rambut gugur

sebab dah teruk sangat aku beli Anti-Hair Fall Shampoo dan conditioner . beautician tu bagi tahu kalau nak result yg bagus for the first timing pakai conditioner sekali. sebab conditioner ni buat rambut jadi complete. rambut jadi lembut & kuat. kalau korang taknak pakai conditioner pun takpee. it's up to you. because rambut korang bukan rambut aku hahaha

botol shampoo yg besar 400ml. if ada sale around RM25. shampoo herbal macam ni memang mahal. lagi mahal dari tu pun ada. aku pernah try satu shampoo natural tapi tak bekesan (mahal pulak tu). Shampoo Himalaya yg besar ni boleh tahan 3-4 bulan (bergantung pada kuantiti guna) kalau rambut panjang banyak la pakai. kalau rambut pendek up to 6 months still tak habis guna.

Shampoo untuk kurangkan rambut gugur

3 barang yg aku beli untuk selamatkan rambut dari botak :

  1. Shampoo Himalaya anti-hair fall
  2. Conditioner
  3. Anti-hair fall cream (pakai lepas mandi, macam krim rambut gittew)

ada satu lagi Anti-hair fall oil.  pakai ni before sejam nak mandi. urut sampai serap ke kulit kepala. Minyak ni bau pelik sikit. korang tahan je la bau dia. pastu cuci bersih-bersih shampoo macam biasa. tapi aku tak beli sebab malas nak perap before mandi. (perap ayam pun malas. lagi nak perap kepala kahhhhh kahhhhhhhhh)



Shampoo untuk kurangkan rambut gugur

Himalaya ada travel pack 100ml. kalau korang takut nak beli yg besar boleh beli yg kecik dulu. dah serasi beli yg botol besar.

Shampoo untuk kurangkan rambut gugur


masuk ni dah 3 botol shampoo aku tukar-tukar pakai tapi still jenama yg sama. means aku tukar jenis. before ni aku beli protein shampoo. shampoo diorang ni takde bau wangi & tak buih banyak. Hair oil (minyak rambut) dia bau macam pelik sikit. macam bau bunga india yg buat semayang tu.. aku tak beli la. aku kan penakut kang malam-malam tiba bau pelik. dah fikir hantu. sebenarnya datang dari bau rambut sendiri tak ke sengal bahahahahahah. 


:: Himalaya produk boleh beli kat mana-mana pasaraya/Watson/Guardian



Himalaya Herbal Healthcare
Jalan Universiti Petaling Jaya
46200 Petaling Jaya


Tag : Gaya Hidup
5 Komentar untuk "Shampoo untuk kurangkan rambut gugur"

akak dulu masa rambut gugur, mesti akan potong rambut pendek, bila dah potong pendek selalu masalah gugur tu akan hilang...
so, sampai sekarang lah kalau gugur melampau akak potongla rambut, sampai sudah tak merasa rambut nk panjang...

Sama lah.. rambut berguguran mcm haper je. Sikat wig pun tak berguguran mcm rambut kita. Boleh lah try shampoo himalaya ni. Mudah2an tambut tak gugur teruk lagi..

Dulu pernah pakai. Potong rambut jelah pakai syampu sebamed sekarang. Conditioner cocoa butter. Ha macam nak makan diri sendiri

alhamdulillah produk feveret ramai ni ^_^

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top