Review Tamil Movie



Namastee uolls!!

hari ni review 5 lagi movie cerita tamil.
sejak budak2 konker tv (menghadap kartun dari pagi sampai ke malam), memasing bawak haluan masing2. amma layan cerita tamil, appa layan cerita china.
Insyaallah yg aku review ni cerita best-best.

Review Movie


1. Raatchasi
Rating : 7.4/10
Language : Tamil

tadda!!

cerita ni pernah di viralkan kat FB sampai menteri pendidikan pun suruh tengok cerita ni.. sekarang menteri tu dah letak jawatan pulak. caner tu. 

Kisahnya bermula dengan seorang pengetua sekolah - Geetha Rani yg memilih sebuah sekolah di pendalaman yg barai.
Dia bawak banyak perubahan kat sekolah tu.

cerita macam ni selalunya dah boleh agak ending dia macam mana.
dari sekolah buruk, jadi sekolah yg cantik. pelajar-pelajar bersemangat nak belajar, mengubah atitut cikgu yg haprak. akhirnya menjadi sekolah yg gemilang. contoh cerita melayu macam cerita Lagenda yg Azean Irdawati belakon tu.

cerita ni takde la buat aku rasa macam berdebar2 tengok. sebab dah boleh agak ending so takde teruja sangat nak tengok. cara penceritaan je yg berbeza.
ada satu part yg aku rasa cannot brain.
konon nak jadi cikgu yg sporting. boleh panggil cikgu dengan nama je. cuba buat kat sekolah kita dulu 'Assalamualikum, Hashim'
nak mampos! silap2 kena kejar satu sekolah dengan rotan .

kat ending baru Geetha Rani cerita kenapa dia pilih sekolah ni. tapi cerita macam tak sampai. patut kena details kan lagi baru aku puas hati.


Review Movie

2. Super 30 (2019)
Rating : 8.1/10
Language : Hindi

kalau korang rasa cerita Raatchasi dah cukup hebat, korang kena tengok Anand Kumar yg lagi padu.

sebab? cerita ni true story by Anand Kumar yg pandai Mathematik. 
setiap minggu Anand akan pergi ke perpustakaan awam untuk baca jurnal Matematik & selesai kan masaalah dalam jurnal.
one day manager library halau Anand keluar dari library sebab Anand ni 'tak layak' sebab miskin. one staff kat situ bagi tahu Anand kalau nak access unlimited baca jurnal kat sini dia kena get name himself dalam newspaper dengan automatik dia boleh masuk free.

then, Anand berjaya solve satu jurnal math yg susah dan dia masuk surat khabar.
Anand jadi terkenal dan dapat perhatian dari prof University of Cambridge, UK. prof tu jemput dia ke UK tapi dia takde duit nak pegi. Mintak sana sini, merayu dengan menteri tetap takde duit. sampai la bapak dia kena heart attack. pastu meninggal.

Anand give up. dia rasa genius macam mana pun tetap tak ke mana. jadi dia amik keputusan untuk jual papadom.

satu hari ada seorang assistant minister (Lalan) ajak join kolej dia untuk jadi cikgu math.

Lalan amik kesempatan kat atas Anand untuk naikkan nama kolej dia. ramailah student yg register sebab nak belajar math dengan Cikgu Anand.
that time Anand jadi lupa diri. terjebak dengan duit.
satu hari, Anand baru lepas enjoy kat club ternampak ada satu budak miskin yg bijak tengah buat math. sebab miskin budak tu tak dapat sambung belajar. Anand baru sedar budak yg miskin tadi tu adalah dia.

Anand berhenti jadi cikgu di kolej tu dan bukak sekolah sendiri - all free.
makanan & tempat tinggal disediakan. kira macam asrama lah. sekolah dia sangat buruk.
boleh muat untuk 30 puluh orang pelajar.
dia offer pada budak2 yg bijak dan miskin sahaja.

Super 30 is real struggle seorang cikgu membina sekolah untuk membentuk anak-anak orang susah boleh berjaya dan boleh keluar dari kesusahan bukan suatu yg mustahil.
aku suka bila Cikgu Anand pecahkan mindset anak murid dia yg English bukan tembok siapa bodoh siapa pandai, bagi Anand English cuma bahasa, bukan alat nak tunjuk pandai. Tiba2 ternampak muka Tun M dengan kata2 dia dulu 'perkasakan Bahasa Melayu kuasai bahasa Asing' hahahaha

Pelakon utama Hitrik Roshan, banyak moment touching dalam filem ni yg buat korang rasa bersyukur dapat pegi sekolah hari-hari. dapat belajar tinggi2. dapat pegang degree/master/Phd tanpa ada halangan. kalau ada pun yg MALAS!

lepas tengok cerita ni aku pun search biodata Anand Kumar ni.
sekolah Super 30 ni pernah mendapat pujian dari Presiden Obama sebagai institusi terbaik di India. korang patut tengok cerita ni dari Raatchasi.


Review Movie


3. Athiran
Rating : 7.2/10
Language : Malayalam
genre: Misteri/thriller

adegan mesteri dengan penemuan 3 mayat disebuah rumah dalam keadaan yg tidak dapat dijelaskan mengapa dan kenapa? beberapa tahun kemudian ada seorang pakar psikiatri, MK Nair (Fahadh Faasil) telah pergi ke sebuah hospital mental yg jauh di kawasan pendalaman.

aku pelik laa ada ke hospital yg jauh dalam hutan, redah sungai baru jumpa hospital. pasakit tak ramai dalam 3-5 orang. pelik kan. Dia di hantar pihak kerajaan untuk memeriksa aduan yg tentang salah laku pihak pengurusan hospital yg tidak menggunakan kaedah rawatan yg betul ke atas pesakit. rawatan pakai kejutan elektrik. 

MK Nair terjumpa seorang pesakit wanita - Nithya (Sai Pallavi)
nama dia takde dalam list rasmi pesakit hospital. pastu dia dikurang kat bilik bawah tanah.
Nithya ni autism.
bapak Nithya ni dulu jurulatih martial art. bapak dia ajar Nithya ni martial art.
bapak dia berharap Nithya ni boleh defend diri dia kalau ada orang nak kacau dia.

Nithya adalah pewaris tunggal, doktor ni ambil kesempatan gunakan kekayaan bapak dia untuk kepentingan diri sendiri. MK Nair ni datang nak selamatkan Nithya. Tapi cerita boleh twist face yg MK Nair ni pun delusion/halusinasi/melihat benda yg takde/mencipta luka pada diri sendiri/paraniod. lagi dasyat dari Nithya.

sape MK Nair? apa kaitan dengan Nithya. korang kena tengok apa kesudahannya.


Review Movie

3. Kabir Singh (2019)
Rating : 8/10
Language : Hindu

Kabir Singh remake dari movie ARJUN READY (2017) Telugu.

Arjun Ready adalah original movie inspired dari kisah benar. bezanya bahasa. Telugu / Hindi

Kabir seorang doktor pakar bedah yg hebat tapi ada poblem alcoholic & anger management issue. Hidup dia bertambah teruk apabila gf dia kena paksa kawen dengan orang lain padahal diorang bercinta start dari zaman medical collage lagi. masing2 dah kerja dan berpisah sebab gf dia dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga.

bapak gf ni jenis yg pentingkan kasta. bapak dia tak bagi kahwin dengan Kabir.
Kabir berkeras nak kahwin dengan gf dia ni jugak
Kabir bagi masa 6 jam untuk gf dia get back to him then diorang plan kahwin lari.
balik rumah Kabir frust giler. dia minum arak sampai mabuk. amik morfin then tak sedarkan diri.
gf dia try contact dia malam tu untuk kahwin lari sama-sama. gf dia frust tak dapat contact kabir then gf dia setuju kahwin dengan pilihan bapak dia.

Kabir sedar selepas 2 hari gf dia dah kahwin dengan orang lain.
Kabir frust. dia bawak diri jadi seorang doktor surgeon yg terbaik tapi alcoholic.
on day. dia terpaksa conduct satu emergency surgery dalam kedaan mabuk.
padahal dia off day hari tu tapi tak tahu kenapa hospital nak dia jugak buat.
Dalam keadaan mabuk, surgery berjaya dan pesakit tu hidup.
tapi dia kena tindakan tatatertib, after surgery dia collapse sebab mabuk sangat.

Dia di gantung tugas selama 5 tahun.
masa Kabir lalu kat satu taman. dia ternampak gf dia mengandung duduk kat kerusi.
dia taknak kacau sebab gf dia dah jadi isteri orang. tapi Kabir pelik kenapa muka gf dia sedih.

esoknya dia tekad nak jumpa jugak gf dia.
jumpa-jumpa dah dapat penampar. Kabir baru tahu malam tu gf dia bersungguh nak kahwin lari sama-sama. tapi masing-masing salah sangka ingat salah sorang dah give up padahal masing2 masih sayang sampai sekarang. 
3 hari kahwin gf dia becerai sebab dah mengandungkan anak Kabir.

korang tengoklah sendiri. sebab cerita ni jauh lagi best dari aku cerita.


Review Movie


4. Kaabil 
Rating : 7.1/10
genre : action/Thriller

Rohan (Hritrik Roshan) seorang yg buta sejak dari lahir. Dia buta tapi celik macam orang tak buta. biasa memang macam tu kan. Dia bekerja sebagai dubber/voice kat sebuah syarikat rakaman kartun.

kawan Rohan memperkenalkan seorang perempuan bernama Supriya (Yami Gautam) yg sama buta untuk di jadikan teman hidup. after dah kenal-kenal diorang becinta and diorang kahwin.
diorang hidup bahagia dan percintaan diorang indah. orang buta becinta lagi indah dari orang celik ni.
ada satu group jahat selalu kacau this couple.

one day, Rohan balik rumah dia terdengar orang mengerang kesakitan. Rohan terkejut Supriya kena ikat tangan dan kaki kat katil. mulut di sumbat dengan kain. 
Supriya kena rogol. 

Diorang buat laporan polis.
tapi macam2 hal berlaku. diorang kena culik. pastu kena campak kat laut.
polis nak tutup kes sebab yg rogol tu adik menteri. (bodo punya polis)

diorang bahagia tak lama sebab Rohan balik dari kerja terjumpa Supriya dah mati. gantung diri kat kipas.

after Supriya mati. Rohan terjumpa satu surat yg di tulis oleh Supriya.
apa kandungan surat tu? korang tengok la sendiri.
dari situ Kaabil membalas dendam atas kematian isteri dia. macam mana orang buta boleh membunuh?. polis pun tak boleh issue dia sebagai membunuh.


Review Movie

5. Badla 
Rating : 8.5/10 - Hindu
genre: thriller
Hero : Amitabh Bachan

Lama tak tengok cerita hero Amitabh Bachan.
Cerita berkisar satu hari je.
Kisah perjumpaan seorang peguam yg belum pernah kalah dalam apa2 kes (Amitabh Bachan) dengan seorang wanita yg di tuduh membunuh.

Naina di tuduh membunuh kekasih gelapnya (Arjun)
Lawyer Naina recommend Badla (Bachan) untuk handle kes Naina ni

Dalam perbincangan dengan Badla, Naina menceritakan tentang pembunuhan terjadi.
Ia bermula dengan Naina & Arjun bermalam di suatu cottage. dalam otw nak ke airport kereta Naina belanggar dengan sebuah kereta.

Masing2 jadi gabra sebab diorang declare driver tu dah mati. Takut rahsia scandal diorang terbongkar.
Arjun suruh Naina humbankan kereta ke tasik (dengan mayat) untuk nak hapuskan bukti.

Arjun tunggu kat tempat kejadian sebab kebetulan kereta diorang tak boleh start.
Masa Arjun tengah tunggu ada kereta berhenti nak tolong diorang.
Husband & wife.
Kebetulan husband dia mekanik. couple ni offer untuk singgah rumah diorang sementara husband dia repair kereta Arjun.

Masa kat rumah wife ni bersembang dengan Arjun tentang the only son yg diorang ada sambil tunjuk gambar anak dia.
rupanya mangsa yg kena langgar tadi tu anak couple ni.
mak dia membebel mana anak dia tak balik2. mak dia try call hp anak dia.
tup tuppp hp anak dia berdering kat poket Arjun. mengelabah la member.

selepas itu...
ada twist cerita kat situ yg korang kena tengok sendiri.
penat la aku layan 2 jam tapi korang tak feel kalau tak tengok.
cerita ni mengajar yg salah tetap salah, takde yg boleh lepas dari melakukan kesalahan.



cukup 5. nanti sambung lagi.
aku ada layan cerita hindu yg best.
3 Komentar untuk "Review Tamil Movie"

Bagusnya, rajin layan movie siap buat rumusan lagi. Terbaiklah! Kadang2 ju suka juga layan cerita tamil, seronok melayan lenggok bahasa dia yang semua fast action hahaha

hamboih... mentang-mentang tak payah berebut nengok tv, rasanya akak pernah layan movie yg raatchasi tu je movie lain tak pernah layan... sekarnag banyak layan movie n drama korea je hehehe itu pun time aiyan tido

kite takdak la minat sangat citer2 hindi ni.. tapi baca anand tu rasa nak tengok haih.
hehehe..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top