Qatar Airways adalah yang terbaik



Jom menyembang pasal percutian.

Pada yang kaki travel mesti dah buat survey awal-awal tentang flight kan.. bukan ape kalau kalau melancong jauh-jauh duduk lama-lama dalam flight boleh sakit pinggang, bahu, tengkuk semualah. serba serbi tak kena. so, korang flight yang lebih dari 3 jam kena buat survey betul-betul. Ada satu airlines yang my friends recommend destinasi yang jauh-jauh macam perjalanan yang makan masa 3-5 jam lebih selesa dengan Qatar Airways. Lagi-lagi kalau korang ada anak kecik. Naik dengan Qatar Airways adalah satu penerbangan kids friendly. Satu lagi company ni  bukan tambang budget sebabnya Qatar Airways First Top 100 Airlines in the world.. agaknya macam mana lah naik Qatar Airways ni kan.. 

Qatar Airways adalah yang terbaik
pic google

Baru-baru ni kawan hakak baru balik bercuti dari Hong Kong. Actually Hong Kong ni takde dalam my bucketlist. tapi dia cerita bercuti ke Hong Kong macam best pulak.

Kenapa korang perlu pergi bercuti kat Hong Kong? Sebenarnya ada banyak sebab. Walaupun kalau kat map korang tengok Hong Kong ni kecik jer tapi sebenarnya ada banyak aktiviti and tempat yang korang boleh pergi untuk bercuti. Kalau korang berminat nak ke Hong Kong korang boleh try Traveloka apps untuk book Qatar Airways Malaysia air ticket  online untuk senangkan korang. Mula-mula korang buka Traveloka kemudian klik flight, kat situ akan ada logo airlines seluruh dunia. cuba klik kat logo Qatar Airways. dari situ korang ikut je instruction dia bermula harga tiket yang murah dan pemilihan class seat ikut bajet korang.

Qatar Airways adalah yang terbaik
pic google

walaupun hakak tak pernah sampai Hong Kong. pernah sampai pun dalam mimpi tidur lena sangat dah sampai Hong Kong. nak share dengan korang tempat-tempat yang best kat Hong Kong.

Hong Kong Ocean Park merupakan taman tema yang popular di Hong Kong. Korang boleh menghabiskan masa seharian di sini sambil mengambil pengalaman melihat binatang seperti penguin, ikan lumba-lumba, singa laut serta pelbagai lagi hidupan mamalia. Ocean Park terletak di bahagian selatan pulau Hong Kong. Dengan keluasan 170 ekar, ia merupakan salah satu daripada taman laut terbesar di dunia. Terdapat pelbagai pertunjukan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Qatar Airways adalah yang terbaik

Tsim Sha Tsui terkenal sebagai pusat membeli belah yang terletak di selatan semenanjung Kowloon. kalau korang nak tahu tempat ini antara yang menarik di Hong Kong paling banyak dilawati. Terdapat banyak kedai, pusat membeli-belah, restoran serta bangunan pejabat di situ. Korang boleh bersiar-siar di sepanjang jalan dan merasai sendiri suasana bandar Hong Kong.

Qatar Airways adalah yang terbaik
pic google

Nathan Road merupakan jalan utama di kawasan Tsim Sha Sui. Dari Nathan Road korang boleh berjalan-jalan sambil melihat pelbagai barangan berjenama yang dijual di situ. kat situ terdapat sebuah masjid berdekatan dengan Nathan Road. Selain itu, Victoria Harbour, Avenue of Stars, Hong Kong Museum of Art, Hong Kong Space Museum dan The Cultural Centre juga terletak berhampiran dengan Tsim Sha Sui.

Qatar Airways adalah yang terbaik
Kereta kabel Lantau Island - pic google 

Tak sah jika korang ke Hong Kong dan tidak mencuba kapal awesome ini. Ibarat korang sampai di Venice dan tidak mencuba gondola ikonik mereka. Duk Ling membawa maksud clever duck adalah kapal traditional yang sangat ikonik di Hong Kong dan beroperasi di Victoria Harbour. Memang seronok melihat keindahan dan kepesatan bandar Hong Kong dari atas kapal ini. Untuk korang yang tak takut tinggi, boleh cuba naik kereta kabel Ngong Ping 360 ini. Kereta kabel ini menghubungkan Lantau Island di Hong Kong dan korang akan dibawa merentasi gunung dan lautan apabila menaiki kereta kabel ini. Perjalan pula adalah sekitar 25 minit. Ya, agak lama korang akan ‘tergantung’ di atas sana untuk menikmati keindahan pulau ini ketika berada di dalam kereta kabel.

Qatar Airways adalah yang terbaik
Hong Kong Tramways - pic google

Buat peminat muzik pop Asia, ini tempat korang sebab kat sinilah tempat untuk korang menyelami dan ‘merasai’ muzik pop Hong Kong serta Korea. Di PLAY HKPOP korang boleh melihat persembahan artis ternama secara hologram. Memang rasa real seperti artis berkenaan buat persembahan live khas untuk korang. Artis ternama seperti G-Dragon, Big bang dan PSY akan ‘menemani’ korang sepanjang korang di sini. Perjalanan lebih mudah dengan Hong Kong Tramways. Tidak banyak negara yang mempunyai kenderaan tram ini dan Hong Kong salah satu negara yang masih mengekalkan penggunaan tram ini. Sistem transportasi yang sudah wujud sejak 1906 ini pastinya memudahkan korang untuk bergerak di dalam kota Hong Kong.

Then kalau korang nak tahu cara nak dapatkan harga tiket murah, first sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Korang boleh pergi kat link https://www.traveloka.com/en-my/qatar-airways terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke Hong Kong, atau nak book cheap flights to Hong Kong online, first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion aku korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia keluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Siapa sebenarnya Qatar Airways ni kan? Diorang ni based di Qatar dan boleh pergi ke 160 destination dan lebih kurang 70 negara so korang bayangkan ke mana sahaja korang boleh pergi. HongKong here we come.

Tag : Gaya Hidup
5 Komentar untuk "Qatar Airways adalah yang terbaik"

anum; jom anum ke Hong Kong kita hehehe

Wow Qatar airways memang the best! :)

Heheheheh pi pi.. sis sudaaaa 👍🏼

Bila lah nak dapat merasa naik Qatar Airways ni.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top