Aiskrim Malaysia Hipster



Assalamualikum olls!!

selagi tak lepas kenduri kak ya ni selagi tu membizi.. minggu sebelumnya operasi mengemas rumah mak.. (nak pitam) minggu lepas kitorang buat aiskrim Malaysia hipster.. mula2 tak plan pun nak buat aiskrim Mesia ni. sekarang trend orang jual aiskrim Malaysia singgit satu. zaman hakak dulu seposen je sebatang, now seringgit! zaman anak/cucu kita agaknya nanti berapa harga sebatang. lepas tu nak order goreng-goreng macam goreng pisang/keropok lekor.. orang tu amik xx hingget satu kepala.. mahal!! aku cakap kat ucu kita buat aiskrim Malaysia je laaaah.. ice box pulak takde. tumpang ice box rumah angah.. budak2 talakan mandi pool. berkumpul makcik-makcik buat aiskrim Malaysia hipster. yg tak menahan tu macam2 versi ada.. merah, biru, kuning, hijou, ice cream nasi kerabu/nasi dagang. aiskrim vitamin c pun haderrrr.. ikut suka tekak nak buat aiskim ape. kalau orang tanya aiskrim ape? cakap jee AISKRIM MALAYSIA HISPTURRRRRRR.. confirm orang tak tanya dah.. sebab nampak sedapppppppppp...


Aiskrim Malaysia Hipsterpster

makcik-makcik bawang tengah try & error buat AISKRIM.. mengekek-gekek kitorang gelak sampai sakit perut.. time nak ikat tu ada tangan pengkor lembik jadik nya.. husb ucu lagi laa. sakit tangan nak memintal c.zali pintal pakai player.. haah hambik tak pernah2 orang buat aiskrim pakai player..

Aiskrim Malaysia Hipster
 ucu nak buat aiskrim sumi.. aku cakap pakai sumi jelly je ucu. ucu cakap mahal.. sokkey!. pastu rajin ucu buat agar-agar versi blue, green & red..  black jew takde

hasilnya......

Aiskrim Malaysia Hipster

version ice cream nasi kerabu & ice cream nasi dagang bahahahah
takde lagi orang buat aiskrim turquoise macam ni kan? takde kan 

agar-agar biru tu makan semua color jadi turquoise kisahnya. tapi cantik pulak kejadian, warna turquoise terus nampak hipster. korang jangan seram pulak nak makan ice cream ni.. memang takde kat tempat lain. kat kenduri kak ya je haderrr. rasa memang tip top special edition.

Aiskrim Malaysia Hipster

aku punya part buat aiskrim choki choki.. fuhhhh!! berfeluh-feluh kitorang membuatnya. nampak sedap kan! of coz la jari jemari cik suzie yg buat. rasa memang pom !!

Aiskrim Malaysia Hipster

half ice box full.. nampak macam sikit.. kitorang buat dalam 300 pcs. itu pun tak sampai 300 sebab yg tukang ikat dah surrender. sakit tangan nak memintal.. datang Amir dia ikat pakai getah bahahaha..

yg coklat tu bukan aiskrim milo.. itu aiskrim white coffee.. ucu la pegi bancuh white coffee 3 in 1 tu buat aiskrim. nasib la sape dapat white coffee. color brown kat dalam ni ada 3 version. white coffee/milo/nescafe.. pandai2 la bezakan color.

nak menghabiskan 300pcs plastik aiskrim SEMPUT. ntah apa rupa tak standard saiz.. haha ada panjang, pendek, cemetot. agak rajin kemas je buat, dah hujung2 malas.. isi penuh2 bagi cepat siap.. bising ucu!!

kat dalam ni macam2 jenis aiskrim kitorang sempat buat

  • aiskrim nasi kerabu (sumi jelly)
  • selangor (jagung+agar2 merah)
  • kedah (jagung+agar2 biru)
  • anggur
  • sirap agar2 merah
  • sirap asam boi
  • choki choki (resepi kat bawah)
  • sumi jelly (resepi kat bawah)
  • jagung choki choki 
  • bandung cincau
  • bandung
  • milo
  • cocktail
  • asam boi  

itu pun ada balen plastik yg tak habis.. tak larat nak buat dah.. tapi MILO always my favorite.. hik hikkkk

Aiskrim Malaysia Hipster

Aiskrim Malaysia Hipster

bagi aku this is value of air tangan. masing2 ada part dalam buat aiskrim ni. walaupun nampak simple tapi effort tu ada. nak keje senang order je la kan. tapi kitorang nak buat sendiri. sebab nanti makan biar makan sampai habis. jangan ada setitik pun yg membazir. terkenangkan buat aiskrim Malaysia ni bukannya senang. sampai sakit jari jemari memintal, tu belom berlecak lantai dengan air manis. kejap2 basuh tangan, sebab melekit. paling benggang, elok je tuang ingat masuk dalam corong plastik.. sekali tengok kat bawah dah bertakung. ghase nak tinggal pun hader. HAHAHA nak menghabiskan 300pcs nak fengggsannnnnnn!! sakit tulang tongkeng duduk lelamaaaaae.

Aiskrim Malaysia Hipster

ni nak share cara-cara buat ice cream Malaysia paling malas kat dunia ni tapi nak sedap. buat aiskrim korang kena lebih maniskan sikit. sikit je la. jangan manieeeh tahap kencing manis. manis yg sedang2 sedap gittew. nanti makan terus nampak pelangi .. nahhh!

1. Resepi ice cream Malaysia :  Choki Choki

Bahan-bahan

2 tin susu cair *
1 tin susu pekat manis*
4 tin air
secubit garam
2 sudu tepung jagung *
choki-choki (di potong dua)

cara membuat :

kacau bahan *(susu cair, susu pekat, tepung jagung) dengan api perlahan. Masukkan sedikit garam. Potong dua choki-choki bersaiz kecil. Kemudian lenyek choki-choki ke dalam plastik. Selepas itu, tuang semua bancuhan tadi ke dalam plastik. Ikat kemas dan siap!

2. Resepi aiskrim Malaysia : sumi jelly

Bahan-bahan

2 tin susu cair *
1 tin susu pekat manis *
4 tin air
secubit garam
2 sudu tepung jagung *
3 paket sumi jelly - dibelah 4 setiap satu

cara membuat :

masakkan air *(susu cair, susu pekat, tepung jagung) dengan api perlahan. Kacau hingga nampak pekat sedikit. Masukkan secubit garam. Kacau rata.
Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik. Kemudian masukkan sumi bersama-sama bancuhan tadi. Ikat kemas dan siap!



Tag : Resipi
3 Komentar untuk "Aiskrim Malaysia Hipster"

meriah aiskrim malaysia tu...sejuk222 sedapnya

Meriahnya ais krim..macam2 adoo.. hihi..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top