Review Tamil movie



Assalamualaikum uolls!

sejujurnya aku suka tengok movie tamil/hindustan/telugu dan seangkatan dengan nya. cerita omputih pun suka jugak. tapi lebih minat cerita mamat jambang. berjambang takpe jangan bulus lebat kat dada. lemassssssss kah kahhh. kalau tengok cerita 3 idiots tu ulang-ulang banyak kali  tengok tak jemu macam cerita p.ramlee. artis melayu yg aku suka tengok 'Awieeeee'.. pakkal la laki lebih kurang iras-iras artis hindustan. cuma idung jew tak mancung bahahahaha meh la tengok cerita tamil movie ape yg aku dah layan. layannnnnzzzzz


Review Tamil movie
sumber google

1. Ratsasan (syaitan) - 2018
rating : 8.8/10
Hero : Vishnu Vishal

Bagi aku ini adalah filem crime thriller yg teringat2 sampai balik rumah..
cerita ni tentang psiko yg hanya aim budak perempuan belasan tahun. cara bunuh memang ngeri la. mangsa dibunuh masa hidup2 dengan mata dicungkil, kepala di ketuk dengan hammer, badan ditoreh2 dengan pisau sampai mati.

psiko kali ni bawak geng. anak-beranak psiko (gila) mak & anak.. seram!!

ada seorang pemuda yg bernama Arun bercita-cita nak buat buat filem jenayah/pembunuh bersiri. kat bilik dia penuh keratan akhbar pembunuhan yg dia tampal untuk cari idea buat filem. puas dia mencari producer nak buat filem. sampai la Arun ni give-up & buat keputusan nak duduk dengan abg ipar dia jadi polis. mula2 ingat dia ni yg psiko, rupanya bukan

paling sedih. Arun ni ada seorang nak buah perempuan bernama Ammu. umur dalam belasan tahun. masa birthday party Ammu ni hilang. kecoh 1 rumah cari Ammu tak jumpa. aku berharap Ammu ni tak jadi mangsa psiko ni. sekali yes Ammu pun mati sama macam kes remaja yg lain mati.

merembes aku.

sedih sebab Arun (pakcik) ni sayang sangat kat Ammu. Ammu ni manja, yela anak buah perempuan sorang kan. dari kecik dia tatang bila dah besar Ammu ni mati kena bunuh. sadissssssssss.

korang patut tengok. macam mana psiko ni tertangkap & kenapa dia jadi psiko. bila Arun dapat tangkap psiko ni dia bantai sampai mati. tapi liat pulak nyawa psiko ni dah tikam banyak kali pun tak mati-mati.


Review Tamil movie
sumber google

2. Dookudu (2011)
rating : 7.4/10
Hero : Mahesh Babu

Bermula dengan Shankar Nayaranan adalah orang pejuang bebas yg membela nasib orang miskin. Pengaruh Shankar ni sangat kuat. biasa movie macam ni kalau berpengaruh mesti orang jahat kan. tapi Shankar ni baik. suatu hari, Shankar ni nak pegi satu majlis tiba2 datang sebuah lori pasir langgar kereta Shankar. melambung kereta Shankar masuk gaung. Semua ingat Shankar ni dah mati. meraung rakyat dia meratapi Shankar ni. padahal Shankar ni sebenarnya koma.

Shankar ni ada seorang anak bernama Ajay. Ajay ni pulak seorang pegawai polis yg hati kering. kalau dia kata nak bunuh orang tu sampai ke lubang cacing dia cari. Ajay ni antara pegawai polis yg tentang habis-habisan geng mafia di Mumbai dan penyeludupan dadah.

selepas 14 tahun Shankar ni bangun dari koma. family diorang terkejut la. doktor nasihatkan si Shankar ni tak boleh terima berita yg sedih, kejutan atau anything upsetting sebab boleh mengancam nyawa dia. 14 tahun koma, confrim la semua benda banyak berubah, Ajay pun dah besar, menteri dah berubah. lepas tu adik dia pun ada yg mati. 

macam2 benda Ajay ni buat nak bagi bapak dia happy. belakon lah, dia cat rumah pusaka bapak dia bagi baru, upah orang jadi menteri. dalam pada tu, Ajay cari balik orang yg berkomplot membunuh bapak dia. 

korang patut tengok cara dia bunuh kawan2 bapak dia yg khianat tu. kelakar pun haderrrrr



Review Tamil movie
sumber google

3. Anjaan (2014)
rating : 7/10
Hero : Surya

ada satu group gangster yg baik. kalau sebut nama Raju Bhai satu Mumbai gerun.. dalam cerita ni hero dia Surya.. hensem pulak style Surya digayakan jadi gengster..

tak caya.. nahhhhhhh

Review Tamil movie
huwaaa.. hensem kan.. sekali tengok  macam en.Roy pun ada. kahh kahhh. matilanakkkkkk

Raju Bhai sangat sayang kat Chandru. diorang ni macam blood brother. diorang jadi kuat kalau bergabung. tah macam mana satu hari Chandru ni mati dalam tragis. ada orang jumpa Chandru mati kena tikam & di campakkan kat tepi sungai. Raju Bhai mengamuk dan nak cari pembunuh tu sampai jumpa. Raju Bhai tak sedar rupanya dalam geng dia ada pengkhiat dan diorang pakat nak bunuh Raja Bhai. senang citer Raju Bhai pun mati kena tembak.

beberapa tahun kemudian, Krishna datang ke Mumbai nak cari abang dia Raju Bhai. 

Bila muncul Krisha yg mencari Raju Bhai. geng2 mafia tadi menggelabah lah. diorang pun pakat nak pukul Krishna. Tapi bila tengok Krishna ni macam budak nerd, pakai spek, bawak beg laptop, kaki  pulak tempang. pastu diorang tak jadi nak belasah.

aku tak aspect pun Krishna ni sape2. sekali dia la Raju Bhai yg kembali nak cari pengkhianat yg bunuh Chandru. sampai lumat sekor2 Raju Bhai kerjakan. 

cerita tak berat, korang dapat agak jalan cerita. tapi patut tengok sebab Surya dalam ni hensemmmmmm bahahahahahaa



Review Tamil movie
sumber google

4. Kaala (2018)
rating : 6.8/10
Hero : Rajinikanth

hero dalam cerita ni Rajinikant sebagai Karikaalan atau nama glamor Kaala. Kaala ni ketika kecil melarikan diri dari Tirunelveli ke Mumbai. Dia tinggal di sebuah perkampungan setinggan. Kaala ni lah orang kuat yg membela nasib orang Tamil di Mumbai. 

satu hari ada parti yg campur tangan nak buat pembanggunan kat tanah diorang. Kaala dengan pengikut dia tentang habis-habisan.

Kaala ni nampak je gengster tapi takut bini. diorang anak-beranak, cucu cicit duduk satu rumah. aku suka tengok rumah dia, walaupun duduk 1 bumbung ramai2. rumah dia bersihhhhh periuk belanga elok buntot berkilat. satu hari bini Kaala mati.. 

sampai kemuncak, pemaju tu nak jugak orang kampung berpindah diorang buat huru-hara sampai kampung diorang terbakar.

Kaala ni lah orang kuat yg mempertahan tanah diorang dari di jual. word Kaala tanah kita, kita punya, jangan di jual. 

tiba2 aku ternampak Kampung Baru dalam cerita ni. haha


itu je citer tamil yg sempat layan. sambung nanti.


-gee-

7 Komentar untuk "Review Tamil movie "

yemmahh.. patut la bff dgn pubalan hahaha. dah mcm kak di haaaa review tamil. rajinnnn huhu

Agak rare ni, org melayu minat citer tamil hihi... Tapi akak pun selalu layan juga cerita tamil kat tv2 hari Sabtu haha... Byk film yg jalan cerita dia bagus and sometimes 'genius'

3 idiots tu lejen kot :P

k cah : ammak.. pobalan mai tak pe kak.. jgn aru.. haku larikkk kak hahaha

k ina : minat giler citer 3 idiot tu.. lagu2 dia pun best. cerita hibdustan ni sy suka dgr lagu je. layan pulk hahaha

Hindustan ada juga pernah tenguk
tapi tamil tak pernah lagi

perghh,layan sungguh ni...IQ pun nak layan tamil jugak tapi sekali buka crte cikgu tu husband da bunyi macam2..haha..dia xminat!

Nak layan juga citer Tamil tapi asyik tak berpeluang je..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top