Makin menjadi-jadi Mykori Dessert lalu lalang kat wall aku ni. biaseeeee dia!! Mentang2 next week dah start puasa semua nak pulun nak makan ehhhhh.. Hari tu after settle keje2 Biro Kebajikan Wanita yg tak di iktiraf menturap jalan kat Jalan Tar terus membawak ke Setapak Mykori Dessert Cafe. Elok pulak cuaca kejap panas kejap hujan ni mendapat sakit tekak tewos!! Padan la muker.
Disebabkan aku suka buah honeydew. Dah masuk list siap2 nak order Honeydew Kakigori. Kalau korang tanya aku, aku cakap sedap je la.. kat bawah dia rasa susu
adek cakap Mont Fuji Kakigori sedap. yg bergunung macam gunung Fuji tu. pastu kat atas dia macam ada salji. adek cakap sedap tak manis sangat, kalau korek-korek bawah dia ada buah strawberry gan buah mango.
makan benda2 macam ni time cuaca panas-panas sedap la. yg aku pegi ni Mykori Dessert Setapak. kat menu dia macam-macam kakigori ada, bentuk tembikai la. aku suka la makan dekat sini, sebab semua menu ada. ada setengah tempat buah Honeydew tu diorang letak dalam mangkuk. kat sini siap dengan buah2 dia kasi. dah habis boleh buat helmet.
Chocolate Banana Taiyaki , Ham & Cheese Taiyaki
Kenko Kakigori. dalam ni ada yogurt ice, mango, dragon fruits, almond flakes, corn flakes, granola oats.
yg ini Chocolate Strawberry Toast. yg ni manis sikit.
Honeydew Kakigori
before kejadian
semasa kejadian
after kejadian
izati (anak ucu) geram je dengan honeydew ni di keruk-keruk tak dapat. aku cakap tonggeng kan je zati kitorang coverrrrrrrrr line! sekali betul dia buat bahahahahaa... asyik nak membahan je kejenya. makan ramai2 macam ni takde malu sangat kalau buat perangai tak senonoh pun tak peeee.. .hahahaa.
Alhamdulillah habes licieeennn! takde satu pun yg tinggal kecuali kulit honeydew yg boleh di buat helmet. ucu cakap 'apo panganan iki sing dipangan, ora cukupppppp' membebel ucu dalam bahasa jawa dia tu.. hahaha
lex arrr ucu. food macam ni bukan untuk kenyang.. untuk manis2 mulut jeww. pastu kang kita sambung makan kat kedai mamak pulak.
before kejadian melantak. suci murni je semua muka masing2
ni total yg aku makan. ada je yg dm nak tahu harga. bukan boleh kalau letak kat ig story tu nanti ada yg dm berapa harga? bahahaha tapi takpe at least korang boleh bajet kan.
tapi aku suggest Mount Fuji Kakigori. yg lain-lain pun ok. tapi kalau tanya aku, honeydew tetap aku nak order sebab aku suka honeydew hahahaha.
Baru2 ni before nak menyambut bulan Ramadan alMubarak ni. repeat lagi Mykori sebelum terbatal puasa kempunan menjilat skrin tepon.
Baru2 ni before nak menyambut bulan Ramadan alMubarak ni. repeat lagi Mykori sebelum terbatal puasa kempunan menjilat skrin tepon.
k.bye
Mykori Dessert Cafe
Plaza prima Setapak, A-1-1,
Jalan Genting Kelang, off Jalan Prima Setapak 5
53000 Kuala Lumpur
Tag :
Food
5 Komentar untuk "Mykori Dessert Cafe"
Hadoi.. sedap sesangat.. masalahnya tak ada pula kat sini..
honeydew fav..mn gmbr mount fuji kakigori
Sedapppnya
Apa yang ucu cakap tu? Akak tak faham hihi...
Nasi baik up post ni before puasa, kalau tak habis batal puasa huhu
Selamat berpuasa zie!
buat pasal kau niiii.. baru kol 10.30am niiii.. demmit ahhh... *hentak2palakatmeja*
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.