Assalamualaikum ulossss.. apa haibbaqqqqq !
marah betul Wani kalau kitorang buat main bahasa kedah dia.. dia tu lahir di Kedah tapi duduk kat Selangor, macam tak caya je wani cakap Kedah walaupun muka jawa bahahahaa
Raya tahun ni terpaling busy rasanya dengan every week ada jemputan open house. Minggu sebelumnya, team orang KL datang beraya ke Puchong. last week tibalaaa pulak orang Puchong 'baraan' beraya ke KL. diorang kalau sekali datang serbu 10-15 biji kereta, dah macam escort rombongan pengantin. tak kisah memang suka tetamu datang. tetamu ni kan pembawa rezeki. Every year memang akan sambut tetamu datang ke rumah walaupun masing-masing dah jumpa kat kampung. Akan teruskan tradisi kunjung mengunjung sampai bila-bila sebab arwah mak tu tinggalkan sirraturahim untuk kami panjangkan.
ini beraya kat rumah cik yana kat Kampung Tengah, Puchong. Cik yana ni baru buat rumah banglo. kira festime sambut raya kat rumah baru dia, sambil2 tu warming house juga la. bestnya dapat laman yg luas, ruang tamu luas, ada tanah boleh tanam2. Ini antara family yg last minute sampai before gerak nak ke rumah yop..
ootd bergambar depan rumah cik yana, c.yana ni memang pandai menghias... paling kemas pun rumah dia la.
last week, tiba laaaa pulak team baraan orang puchong datang beraya ke KL. rumah yg wajib pegi rumah mak kat Gombak & rumah ucu kat Wangsa Maju. dua rumah ni wajib pergi. kot ada tambahan yg jemput datang rumah nak selit2 bagi perabih kuih raya silakan..
lepas subuh aku bingkas bangun nak siapkan pe yg patut.. ruang tamu rumah mak sedia kala macam ni laaa takde perubahan.. cadangnya tahun depan nak tukar langsir baru. kena tengok bajet jugak sebab tingkap rumah mak ni sekali tukar langsir beribu.. sliding je 3.. pitam hahah elok rumah aku tu tingkap utama satu je. itu pun dah 3 tahun tak tukar bahahaha
kerusi tu pulak import dari indon naik tongkang sebulan baru sampai.. orang tua kan suka perabot kayu macam ni, usia kerusi ni lebih dari 10 tahun, jenis kayu jati kalau tersepak mau sakit nak mamposssssss.. stress sampai boleh magrain. sakit gila macam sengaja ketuk dengan hammer !!
rendang nesmilan by wani yg sangat sedap. rendang daging ni request by abah.. abah nak makan rendang daging gan nasi impit.
nasi ayam by me yg dibantu oleh adik2. tak reti jugak sebenarnya masak portion yg banyak.. kitorang main belasah je masak ramai2. mana yg compius mintak bantuan mocik google.. naseb menjadi fuhhhhhh!!
hari tu masak 7 ekor ayam, nasi ayam 5 kilo. amik kou masak pakai periuk nasi yg besor tu macam nak buat kenduri. pestime masak banyak macam ni. Alhamdulillah food semua cukup untuk tetamu, belum campur aku punya mentekedarah lagi beround-round aku belasah
tauhu begedil in making.. senang je buat tauhu bedegil ni.. yg lecehnya nak sumbat inti dalam tauhu. becinta nak buat satu2.. cara buat kat SINI.. sila la terjah
tauhu begedil by kak ya terpaling win. laku keras sampai letak jeee habis.. pastu topup lagi, toleh belakang habis.. aritu buat dalam 50 biji tauhu. sekejap je habis licin.
cheesekut by Rose. sempat lagi Rose mencheesekut dengan umar yg memanjat2 nak dukung. naseb takde cop tangan umar dalam ni.
Hari tu buat roti jala. pastu wani cakap pewarna kuning takde. ada pewarna hijau je kat rumah tu. ada yg cakap pakai serbuk kunyit sikit. pastu wani cakap kita buat je roti jala warna hijo.. jadi la roti jala versi mak ko hijo. ada yg compius ni kuih ketayap ke roti jala. takut2 je orang nak makan sebab ingat kuih ketayap
tiap kali tetamu datang, tiap kali tu la ada tukang explain ni 'roti jala bukan kuih ketayap' baruuuuuuuu orang nak makan bahaha.. tu laaaa memandai lagi buat warna hijou. nasib takde kejadian orang korek2 tanya inti kuih ketayap mana. lepas ni tobat taknak buat warna hijo.. bahahaa erkkkkkk
roti jala vs kuih ketayap.. bahahahahaaa
Adik masak pe? adik pun masak jugak.. disebabkan dia yg bongsu dan taknak fikir banyak.. keje dia mengorderrrrrrr je.. kek brownies.dessert-dessert serahkan kan dia. semuaaaaaaa dia order. kejap-kejap ada orang call nak antar kek la.. nampak tak tahap pemalas camne? bagus jugak dia order, takde la dia memekak suruh orang tolong dia.. buat keje sikit bisingnya lebih bahahahaaaa
menu hari tu ;
- set nasi ayam
- rendang daging / nasi impit
- roti jala mak ko hiijo
- tauhu begedil
- kek brownies / kek coklat cheese
- cheesekut
- air oren
makan sampai lebam. makan ulang-ulang sampai nak duduk pun terpaksa bukak zip sikit. mana taknya tiap kali group lain datang tatkala ada je pinggan aku menepek.. pastu baru teringat, kena tinggalkan sikit ruang kosong untuk rumah ucu kang, rumah ucu tak pegi lagi ni.
lepas maghrib. settlekan kemas rumah baru gerak ke Wangsa Maju beraya kat rumah ucu.
ready nak serbu rumah ucu
ni satu penemuan baru.. aku ada cerita pasal lontong jawa ni kat SINI..
memang sedap la lontong jawa. ada orang tak reti makan. kalau rupa macam ni tahu pecel je.. lontong jawa ni ada nasi impit, kuah mee sanggul, sohon, taugeh, pucuk ubi, last sekali letak sambal pecel.. cara makannya gaul2 bagi sebati kuah dengan pecel.. rasanya pedas-pedas kacang..
sekali makan memang sedap wehhhh..
kuah mee sanggul ucu power.
sambal pecel ucu sedapppppp gila.. puas hati aku makan.
sampai ke malam beraya. perut dah santak kekenyangan.
paling suka pulut cicah sambal.. sebenarnya ucu buat pulut mangga. tapi hari tu takde mood nak makan manis2.. aku request sambal ikan bilis.. kebetulan dalam peti sejuk ada sambal ikan bilis, sekali aku dengar suami ucu cakap dah berapa hari ntah sambal ikan bilis tu ada dalam peti sejuk.. tak kisah... aku belasah je janji boleh makan..
sedap wehh makan pulut cicah sambal ikan bilis, memang kegilaan..
satu hari tu, melantak je keje aku dari pagi sampai ke malam. makan macam2 dah duduk menyandar..
esoknya, aku tekad nak PUASA..
yes.. esoknya memang puasa.. tapi nak menyampaikan ke petang kejap2 tengok jam.. macam budak kecik. huwaaaa dugaan betol !! semalam dah melantak makan macam2.. so, hari ni kena puasa jugak bagi perut rest. akhirnya berjaya jugak puasa sampai ke petang.. nasib takde kejadian puasa yangyuk.
puasa pagi, tengahari bukak periuk !!
bahahahahaaa
-gie-
Tag :
Hari Raya
9 Komentar untuk "Team baraan orang Puchong beraya"
Timbang balik tak berat badan tu. Hahaha
Tapi serius wei banyak makanan sedap kot. Kalau aku pun mahu makan tak henti2. Eh eh
Rasa laparlah pulak hehe... Semua nampak sedap tu.
Bila nak share resepi lontong jawa tu zie :p
hahah.. tgh cari mood ni nk mengarang..
naik 3kilo wehh... nak trun balik mmg susah la.. haremm
Tak pernah tak meriah dengan Makanan kalau baca entri zie ni. Seronok dpt gather reramai kan
Meriah dengan makanan wei. Lapar terus kita yg tgk ni. Seronok gather reramai kan.
Semangat betul makan2 raya dia..haha. Menu semua sedap2, ni yang terasa nak gi open house aje ni hehe
Meriahnya sambutan raya! Macam2 menu ada,..
pasni buat roti jala warna pink plak..haha.. yang penting OOTD raya ko letup kak jee.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.