Alhamdulillah dapat pasangan yg pemakan durian. ada friend yg pasangan dia tak makan durian, kesian member nak makan durian tersorok2 sampai ada yg terpaksa makan terceruk kat dapur di tepian gantang. Nak simpan durian dalam peti ais pon tak boleh sebab bau 'busuk' citttttt sape cakap durian bau busuk... lagi aku makan dekat2 kat dia. siap sendawa bau durian lagi bahahahaa kijam!! tak boleh bau durian sila laaa duduk jauh2, jangan salahkan orang yg pemakan durian. durian memang tak boleh sorok ya.. bau diaaaaaaaaaa pun sebatu dah boleh bau !! sila la bawak diri yee.. bahahaaaa
Honestly, kami laki bini memang 'hantu durian'. kitorang kalau makan siap pejam-pejam mata, betapa nikmatnya dapat makan durian sampai jilat-jilat jari (jilat jari sendiri laaa, jari orang boleh jadi kembang tekak bahahaa). sampai macam tu sekali tau !!
so, hari tu pak mertua call cakap durian kat kampong dah gugur. anak dia kat sini dah menggelupor nak balik kampong hujung minggu ni.. tup tuppp tup pak mertua call nak datang rumah abang kat Rawang. apaaaaaaaa lagi, durian punya pasal. petang habis keje terus shoootttt pegi Rawang. sekali 2 guni pak mertua bawak bagi anak menantu dia rasa. mekasih bapak!! bahahaha
mostly memang durian kampung. pak mertua memang ada dusun durian. ada la 5-6 pokok durian. tiap kali musim durian memang tak pernah tak makan. kalau anak dia tak dapat balik kampong pak mertua mai KL. begitu sayang sekali menantu hantu dia. kah kah
balik keje mengelupor cari durian. dah makan 2-3 ulas snap picture send kat suami.. dia pun panas bontot tak zabar nak balik. siap warning 'jangan habesssssss kan' pastu aku snap biji-biji gan kulit durian send kat dia.. panas hati member. pendengki!!
maggis pun ader. lama giler tak makan si tampok manggis. nikmat betol dapat makan manggis. isi dalam putih gebu & sedap2 buah dia.. batak giler sebab dah lama tak makan manggis.
rumah aku dah macam pemborong buah-buahan tempatan. dengan durian, manggis, pelam, nangka lagi. sikit lagi nak bentang tikar jual depan rumah. dapat gak untung. durian dah la free bahahahaa.
esoknya aku panggil adik-beradik gan ucu datang rumah makan durian. malam tu dah macam pesta durian sampai semuaaaaaaa dah muak nengok durian. hambikkkkk !! makan la puas2. dulu nak beli durian mahal sekarang berlambak2 orang jual durian. harga durian pun dah jatuh. ni durian tak payah beli durian free. puas hati dapat kongsi rezeki dengan orang lain. bab makanan ni jangan kedekut. lagi luas rezeki yg Allah nak bagi dengan cara lain.
malam tu memasing dah santak kekenyangan. aku siap hulur bantal sebab memasing tak larat nak jalan bawak perut bahaha. Malam tu wani rajin buat pulut nak makan dengan durian. siap buat santan sekali. makan la korang selagi musim droyan ni.. kang takde musim jangan meroyan wassap aku tanya durian kampong ada gugur tak. kah kahhhh
aku sejenis tak reti nak makan durian yg dah campur2. means macam pulut durian, serawa durian.. bukan tak makan langsung, setakat semulut dua mulut tu makan la.. kalau nak bedal 1 pinggan memang tak habis. aku makan durian yg fresh kopek terus masuk mulut. tak reti nak cicah2.. tapiiiiii tempoyak aku makan ya, tumbuk gan cili padi.. gaul2 colek makan dengan nasi.. memang sedap wooooooooo !!
nanti kita sambung citer durian.. bukan takat sini je.. ada banyak citer pasal droyannn !!
kate hantu durian. compom la bukan takat ni jeeeeee
bahahahaaa
-gee-
Tag :
Durian
3 Komentar untuk "Hantu durian"
Sampai ati tak ajak akak huhu...
Akak pun suka durian fresh. Kat kg dulu dengar je durian jatuh, berdesup pergi kutip. Kacang tu terus kopek bawah pokok je. Ngap! Nikmat sungguh.
ratah durian gtu je xmkn..ngan pulut tu makan..manggis tu fav
belum sempat lagi makan ni. teringin nya
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.