Lifestyle|Parenting|Food|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Resepi tempe goreng bercili vs Punten

Zie Azi | 11 July 2018,12:26 |
semalam Sulyana (kawan opis) tiba2 up kat fb dia buat Punten.. kwang jor tau Su ni buat Punten tak helo2. ini boleh mengundang marah tahap gadoh baling telo. geram je nengok Punten tu tak sampai ke tekak. ada gak aku jilat screen hp bagi lepas gian kang. before pegi jauh. tahu ke Punten tu apa? Punten tu makanan orang jawa pernah share kat SINI. nanti la one day kita citer pasal Punten. baru-baru ni ada yendeng2 kat ucu suruh buat Punten. kitorang kalau mengidam ape2 suruh je ucu masak, soto ke, lontong ke. dapat rasa air tangan ucu pon jadik la. memang tak sama macam arwah mak masak at lest terubat rindu dgn air tangan mak laaa kan..  it's ok it's alright.. sis ok.

geram punya pasal aku pun up tempe goreng bercili. sapa ongjawa tak makan tempe memang cari pasal! mcm ore klate looh.. tak klate boh mulut tak dop bau budu!! gitu hahakkk

hari ni nak share cara aku masak tempe goreng bercili resepi aku sendiri. resepi style jawa aku tak reti ya.. ini pon masak ikut tekak sendiri

Resepi tempe goreng bercili vs Punten

cili padi tu aku suka goreng dulu supaya biji dia tak melantun2.. tapi ikut kerajinan jugakkkkk kalau malas tahap dewa aku terus tumbuk gitu je. pastu ambil pinggan jernih buat visor helmet.. kalau biji cili tu melantun2 takde la kena mata.. better melantun kat tangan dari melantun masuk mata mengagau cari paip kang..
tempe pulak letak garam gan kunyit sikit.. kalau tak suka tak payah letak. biar pucat tempe gitu

Resepi tempe goreng bercili vs Punten

goreng tempe dengan ikan bilis dulu.

Resepi tempe goreng bercili vs Punten

bahan-bahan

tempe 1 packet (digoreng)
ikan bilis (digoreng)
cili padi (di tumbuk)
bawang merah (di tumbuk)
bawang putih (di tumbuk)
air asam jawa
garam

cara masak
tumis bahan yg ditumbuk tadi. dah naik bau, masukkan air asam jawa. masak sekejap. masukkan hirisan bawang besar. kemudian masukkan tempe & ikan bilis yg telah digoreng tadi. kemudian perasakan dengan garam. gaul sehingga sebati.. last sekali. tutup api..siapppppppppp

Resepi tempe goreng bercili vs Punten
pedas berdenggung

Resepi tempe goreng bercili vs Punten

simple. makan dengan nasi panas2 gan telur dadar dahhhhhh cukup sedap weh. tak caya? tolong la buat. penat dah share resepi ni. kalau taknak makan berat2 nilah terpaling senang masak.. kadang-kadang makan kering macam ni pun dah cukup sedap. before nak membuta kejap lagi. mata ni dah tak boleh dibendung lagi, layu semacam ditongkat dengan lidi mencungkil gigi. mana taknya baru lepas bantai nasi lemak telo mata kebau kuning caiyakkkk sebungkuihh.. kita bagi tengok Punten yg Su buat semalam. sajer bikin panassssssss .. zassssss
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ini lah P.U.N.T.E.N

k. bye!!




-gee-
Tag : Food, Resepi
5 Komen untuk "Resepi tempe goreng bercili vs Punten"

Yumm yummm! Saya suka tempe dan suka punten jugak. Dahulu ada kawan dari Serbak Bernam yang suka buat punten. Susah nak cari huhuhu

Bukan orang jawa pun suka ni....hehehe..nanti nak cuba masak la..selalu beli je

Feveret ni sambal tempe.

Punten tu rasanya tak pernah try lagi. Nanti ucu dah buek, anto mai sepinggan :D

Oit sedap tu. Tak cukup sepinggan kalau lauk cenggini.

eda bukan orang jawa,tapi masakkan macam tu memang dekat jugak dengan eda..mungkin sebab dah membesar dikelilingi orang jawa..eh...ok.petang ni jugak nak beli tempe...sedap oooo

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top