Assalamualaikum korang!
Cemana puasa arini? ari ni i hyperactive telebih sikit, sebab pagi tadi breakfast spegetthi carbonara lebihan buka semalam. nasib takde bau sangat. kalau tak buat dosa je kat orang puasa. yg tak faham ni apsal kat opis sunyi sepi tatkala jalan pun seret kaki macam zomba.. ooooohhh lupa diorang puasa .. hik hik.. walau cemana pun i tetap jalez dengan korang yg berpuasa, sebab 10 ramadan terakhir ni la orang berebut kejar pahala. takpe la kan takde rezeki tahun ni menikmati 10 malam terakhir di bulan ramadhan. wrong timing kena bendera jepun. oleh itu, Siti nak mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin.. eh.. bahahaaa yela. i dah raya.. SELAMAT HARI RAYA ullossss !!
sibling.. nampak yg depan tu macam kakak yg tua.. hahahaa
malam minggu ari tu sempat gak ke mood republik 2018 kat PWTC tu. tahun lepas dah pernah pegi. SINI ingatkan tahun ni malas nak pegi sebab semua preparation untuk raya dah ready, tinggal nak raya je ni. sebelum gerak, hal anak2 kasi settle dulu, aku bagi susu siap2 pastu tepuk-tepuk suruh tido. Anak-anak duduk rumah dengan abah yow... takmo nangis-nangis.. tidur nyenyak sampai pagi.. omak ekau nak mengelinjat kat PWTC ni.. hahahaa. gerak dalam pukul 11 malam.. parking kat perkim bayar parking RM10 per entry..
aku rasa Mood Republik kali ni memang ramai yaa amat rakyat menshopping. aku rasa hampir nak pitam sewaktu nak meloloskan diri nak masuk ke mood Republik, akibat terlaluuu ramai manusia yg escort aku, sampai terlupa nak cop tangan (register). dah naik level 4 pastu nak turun bawah register, nak redah manusia lagi.. memang tak laaaaa!! (tangan yg bercop sahaja boleh masuk ye) terpaksa la masuk secara haram seperti ninja menyusup2 dalam kelompok manusia.. tup tup2.. dah ada dalam mood republik .. aucakk bahahaaa
.
terjah ke booth Bokitta.. yg adik pegang tu new release yg baru2 ni. aku tak beli apa pun sebab harga lebih kurang sama, tak jauh beza sangat.. design yg lama dia buat promosi buy 1 free 1 ...yg plain color dia buat 30% offer dari harga asal, color pun tak banyak.. mana yg ada kat situ je. plain basics harga sama normal price, celah mana ntah sale nya.. bokitta takkan turun harga banyak sangat sebab dia nak jaga market price kecuali preloved, main harga kat situ je la.
beli Sephia by Jannah Nick.. elok sephia ni sebab dari argan oli. selalu pakaikan kat rambut Fina.. agak2 kalau tak sempat nak sikat rambut dia aku sapu Sephia ni. elok je lembut .. letak kat muka pun elok, nanti parut2 jerawat boleh hilang.
pastu jalan-jalan lagi.
tengok laaaa. hazabedah mengemut orang.. tak reti tido ke depa ni.. lemas dada nak jalan. nampak hitam je depan tu dengan kepala orang... tak suka sangat bersesak2 macam ni, apa boleh buat. dah sampai kan!! redah je la.. tahu sebab ape depan tu sesak semacam.. jem melekat derr!!
jap arrrrrrr
ada NORA DANISH.. patut la sesakkkkk daeeeek
memang lawa dia, hidung mancung terletak, badan pun kecik molek. dia kan baru lepas beranak badan maintain cun...
aku memang malas nak bergambor... aku lagi artis dari dia.. exclusive hahahaa
sekarang ni, cemana nak melepaskan diri dari tempat yg sesak ni..
caranya aku menyusup2 bawah baju yg diorang gantung untuk jual tu.. aku menyusup sini tembus depan.. rupanya ada dua orang yg ikut cara aku ni.. adik gan kakya.. hahahaa
datang sini memang nak beli Fame..
dah lama pakai Fame, lipstik dia pun ok.. sesuai dengan kulit.
try beli eyeshadow Fame.. dah lama nak beli. sebab tengok macam senang pakai stick je
kalau beli kat mood republik harga dia lain, ofcoz lagi murah laa.. normal price RM39, kalau beli kat mood republik dapat RM30, lips matte dia pun kalau normal RM29, harga sale RM25..
bergambar dengan founder Peej, tahun lepas pun bergambar dengan Peej.. peej jaga shiff malam.. k.filla dengan k.elly jaga shiff siang. tahun ni peej nampak kurus sikit dari tahun lepas.. nampak gayanya aku yg tembum ni.. orang puasa kurus, aku puasa bertambah tembun.. cemana ni!!
ada ramai artis baru2 yg aku tak kenal.. budak-budak remaja macam adik gan kya kenal la. budak2 sekarang yg yg aktif insta memang kenal la diorang2 ni.. insta fames la.. aku tak kenal langsung depa..
ada sorang ni insta fames Aqo Imran, korang kenal?. aku pun tak kenal
hahaha
adik punya la bersemangat cerita pasal Aqo Imran ni, dia follow sejak dari poli la, sejak dari Aqo ni tak femas sampai la dia femes di kalangan artis. Dari dia photographer biasa sampai ke photographer artis..
pastu.. bla.. bla.. bla..
dah la dek.. boring nak dengar. aku nak tido.. krooogggggh
krik.. krik.. krik..
bahahaha
ni la Aqo Imran .. masa ni dia tengah mempromosikan tudung Syafiqah Aina, yg kawin dengan Hafiz Mahamad. diorang ni pun insta fames, yg bawak awek naik limosin tu.. ohhh yeke!!.. soryy tak kenal bahahaa
yg aku nak gelak tu, dia pakai tudung dengan serkup silang ni untuk mempromosikan barang Syafiqah Aina.. semua orang yg lalu dia tegur, tak kisah dia. pastu pakai shawl buat patah2 dia la.. terlompat menari-menari macam frozen.. kelakor dek akak nengok ko!! hahahaa
aku pun google pasal diorang ni.. Aqo Imran followers dia 72k..
sorry la akk tak kenal.. hahaha
yg paling tak menahan tu.. hari ahad adik pegi lagi mood republik. kali ni dia pergi gan kawan2 dia.. sampai rumah dengan bersemangat dia cerita 'kak longggg.. adik dapat bergambar dengan Aqo Imran'
ok..pineeeeeeee
krik.. krikk..krikkk
ni gambar kat insta story dia.. aku cilok.. kemain happy dia dapat bergambar dengan 'artis'
artis katta kowww..
hahahahah
-gee-
Tag :
bokitta,
mood republik
2 Komentar untuk "Mood Republik 2018 "
singgah
Wah! dapat jumpa Peej gitewww... Teringin gak nak pergi mood republik tapi kalau cengginilah gaya sesaknya takpelah sekian terima kasih muahahahaha...
Sejenis instafamous memang cenggitu kenalah berfikir diluar kotak kenkononya for the sake of nak mencari follower tapi jangan melampau macam Faiz Dicky sudah.
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.