Assalamualaikum korang !!
Masih ada lagi yg bekerja keee tu? ada!! sabau ye sikit lagi nak raya. alah tunjuk muka kat opis tengahari kang ca but la half day raya... buat menda duk opis lama2 esok dah raya wehhhh... tak keruan dah dari bangun tido bangun tido nak mencukupkan setengah hari. jasad je ada kat sini, hati dan perasaan ada kat kampong kan. untuk pengetahuan korang kak gee engkorang dah selamat mendarat di Amsungkaiderm, walaupun flight delay 1 hour tadi.. tapi aku dah bisik kat pilot suruh cepat sikit. itu yg magic celik mata dah sampai, mana taknya sepanjang perjalanan aku bantai tido. memang sedap la tido petang2 ni sambil mimpi makan ice cream.. sebelum balik kampong hari tu aku ada buat checklist balik kampong.. aku ni yekyek je list kemain nanti ada jugak yg tertinggal.
checklist balik kampung :
1. susu anak
ini penting, susu/botol susu mesti bawak.. bak kata mak aku biar tertinggal handbag jangan tertinggal susu.. bahahaa si Ajid yg darjah satu pun still menyusu.. aku memang tak putus bagi diorang susu.. nasib anak aku dah tak pakai pampes.. kat situ yahhhoooo.kurang beban nak mengendong pampes. kalau dulu balik raya memang penuh bonet dengan pampes dia sajer
2. Sampul raya
nampak macam tak penting.. tapi pagi raya ni la kang mengagau cari.. sampul raya dah isi siap2.. untuk anak buah sampul color lain, untuk mak/bapak color lain.. senang nak bezakan. jangan tersalah bagi sudah la
3. toiletries
kalau balik kampung memang ada bag khas untuk toiletries saja. berus gigi anak, laki, diri sendiri. pencuci muka, mandian, shampoo semua jenis yg botol kecik2.. kalau habis aku top up je shower gel yg ada kat rumah.
4. personal care
personal care yg terpaling penting untuk diri aku sendiri deodoran.. biar rambut busuk dari ketiak masam hoi. Ni kan hari raya kena bawak lebih sikit macam perfume, bag make-up, pin tudung.. takmo la pagi raya muka togel tanpa seoles bedak.. bibir pun pucat.. tak siok laaa..
5. ubat-ubatan
ini seram. dengar macam tak penting, nanti pagi raya dah bedal macam2 kang tiba malam time nak tido tiba2 je perut buat hal. time ni baru tahu tinggi langit rendah.. atas bawah berlumba2 nak terkeluar. aku memang standby ubat ceri berry, pcm, ubat batuk, flu untuk budak.. if happens kita dah sediakan payung sebelum hujan.
6. songkok
tak risau sangat sebab memang terletak je dalam kereta, kot ada yg terlupa bawak ke pakai je kupiah yg lipat tu.. memang banyak simpan dalam dashboard kereta hahaaa
7. plastik baju kotor
kalau balik rumah mertua memang ada plastik baju kotor khas.. aku akan pakai plastik yg sama ulang2.. dia bukan jenis plastik jenis laundry bag yg kualiti sikit.. kalau hilang laundry bag aku mahu meroyan.. hahah.. tapi aku suka basuh kain kat kampung sebab kat kampung pakai mesin basuh manual.. spin rumah lain, basuh rumah lain.. tahu je la budak2 ni kalau balik lampung bukan orang je berlengas, dengan baju2 berdaki.
8. baju raya
untuk baju raya ada sesetengah baju yg aku dah siap2 gosok. baju anak kena bawak lebih, diorang ni satu hari 3 kali tukar baju, bukan sebab melawa ke hape sebab lencun habihhhh kena peluh. masam pulak tu... iron pulak, kat kampong sini tak jadi masalah sebab iron ada lebih dari satu. tak payah nak rebut2 nak iron. cari je plug .. gasak la korang mengosok.
9. wet tisu & telekung
wet tisu ni memang sentiasa standby dalam handbag aku.. kot anak makan coklat tercalit kat kerusi keta ke, senang lap.. tapi yg menjadi kemarahan bila makan coklat tercalit ke tudung haku.. memang spoil mood sampai ke petang.. telekung aku bawak jenis yg travel. jimat space sikit
10. kasut & selipar
aku raya2 jarang pakai kasut.. kang selipar jugak yg aku sarung. tau2 je la kalau raya kat kampung banyak tanah lembik, pernah dulu aku pakai kasut wedges sekali terbenam dalam lumpur langsung tak jadi hapa.. budak2 pun kalau beraya di kampung memang selesa pakai selipar.. kalau pakai kasut, jalan beraya satu rumah dah berjam bukak kasut.. aku pakaikan diorang selipar. habis cerita. aku pun tak susah nak tonggeng sama bukak kasut dia.
11. kuih raya
dah asingkan siap2 mana nak letak rumah mak dengan rumah mertua. ada hari tu laki siap sound awak ni gi keje ke shopping.. hahaa
12. charger / plug extention / powerbank
benda2 ni penting ye.. hp laki je dah dua. hp aku. hp ajid.. extension kena bawak la kang berebut. powerbank ni buat standby kot tengah jalan beraya nak selfie tiba2 battery kong.. tak tentu pasal aku yg jadi king kong kat situ. sumbat je powerbank senang citer.
13. tudung basahan
duduk rumah gombak tak payah tudung la.. kalau umah mertua kena pakai. ada ipar/duai tak elok la togel je kepala tu. aku bawak tudung yg senang serelum.. takde nak berlilit2 bagai. nanti ke dapur jugak aku duduk.
14. clean the house
memang jadi kebiasaan kalau balik kampung rumah mesti nak bersih before keluar. start dari dapur sampai ke ruang tamu aku dah bersihkan segala periuk, kuali aku dah telangkup kan.. takde satu pinggan pun yg tersadai kat sinki.. sebelum nak keluar rumah pasang pewangi siap2.. of coz bila balik dari kampung masuk rumah tengok rumah bersih and clear dari sampah, kan lega sikit.
tu je peringatan untuk diri sendiri balik ke kampung. akhir kata terimalah pantun dua kerat dari kak gee pon ponn ..
Don't worry be happy,
Raya kan setahun sekaliy.
hahaaa punya gigih nak samakan dengan yg belakang tu...asal jadi je pantun dua kerat.. apa2 la janji don't stress and enjoy the HARI RAYA
bahahaa
ok. dikesempatan ini nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin.. kot ada terkasar tulisan ke. bukan kasar bahasa, kasar tulisan.. kekekee.. kot ada tulis ikut sesuka hati ke sampai menguris perasaan orang.. mintak hampun halalkan segala lawak bangang yg tak kelakor yeee.. muahhh ciked..
Tag :
Hari Raya
3 Komentar untuk "Cerita sebelum hari raya"
Salam idulfitri juga.
Selamat hari raya..jaga perut sikit bila makan macam2 tu. Haha.
Selamat hari raya kak gee :p
Naik keta pakai helmet ker hahaha...
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.