Percutian yang best di Berjaya Tioman Resort



Assalamualaikum ..

Hai... korang tengah buat apa??? Tengah memikirkan tempat untuk bercuti ke tu?? Kebiasaan pada musim cuti persekolahan banyak hotel yang full booking, better korang decide tempat yang korang nak pergi tu secepat yang mungkin.. yelaaa time cuti sekolah kan ramai yang bercuti takut nanti hotel full house.. 

Tau tak resort yang best kat Pulau Tioman? 
ok lah sini aku nak bagi tau satu tempat yang tak asing lagi didengari di Malaysia iaitu di Pulau Tioman.. kalau korang nak tahu, Pulau Tioman adalah salah satu pulau yang tercantik sebab pulau ni wartakan sebagai taman laut Malaysia serta di jaga rapi okey... so korang tak perlu risau tentang keindahan yang ada kat sini, sebab keindahan yang ada perghhhh !! masyaAllah sungguh indah ciptaan tuhan.. sebab tu la Pulau Tioman ni boleh menjadi salah satu tempat untuk korang lawati pada cuti yang akan datang. 

Percutian yang best di Berjaya Tioman Resort

Percutian yang best di Berjaya Tioman Resort.
Korang tak perlu risau kat mana tempat untuk korang menginap di Pulau Tioman.. kat sini terdapat banyak tempat menginap yang boleh korang tinggal atau bermalam.. so, aku nak suggest kat korang satu tempat penginapan yang berkonsepkan gaya melayu disertai dengan pemandangan laut yang sangat indah dan nyaman iaitu di Berjaya Tioman Resort.. wahhhh serius au cakap, tempat ini boleh buatkan semua masalah korang hilang macam tuh jerrrr.. hahahaa.. untuk pengetahuan korang, resort ini mempunyai 6 pilihan resort yang boleh korang pilih antaranya ialah Standard, Superior, Deluxe, Standard Quad, Junior Suite, dan Deluxe Triple Chalet.. Pasal harga korang tak perlu takut... Harga yang di tawarkan tersangatlah berpatutan. Kalau korang nak harga yang berpatutan korang kena la book Berjaya Tioman Resort ni Website Traveloka.. sebab kat sini menawarkan harga hotel pada harga yang sangat murah taw... rugi kalau korang tak gunakan website ini.. hehehehe

Percutian yang best di Berjaya Tioman Resort

Setiap bilik yang ada di Berjaya Tioman Resort ini diengkapi dengan lantai dan perabot kayu yang kelihatan mewah. Selain itu, chalet-chalet kat sini juga mempunyai balkoni peribadi bukan setakat tuh jer, ia dilengkapi dengan TV kabel dan alat pemanas air.. so korang boleh menikmati keindahan laut.. sambil menikmati secawan teh or kopi.. wahhhh bestnyaaaaa!!! hahaha.. 

Kemudahan yang ada !!
so now aku nak cerita pasal kemudahan yang disediakan di sini.. Antara kemudahan yang terdapat di resort ini termasuklah kolam renang dan pusat kesihatan serta kawasan pantai dan taman peribadi. Korang juga boleh melakukan aktiviti di sekitar kawasan resort ini seperti snorkeling, menyelam, berbasikal, memancing, berkayak dan banyak lagi la u ollss... Memang korang tak akan bosan la kalau stay kat resort ni sebab banyak sangat aktiviti yang boleh korang lakukan bersama family or kawan-kawan korang.....

Tempat makan yang sedap!!
Di resort ini mempunyai dua restoran iaitu Restoran Sri Nelayan yang menyediakan makanan hidangan istimewa Malaysia dan makanan western, manakala pada waktu malam Restoran Coriander Seeds juga menyajikan makanan yang tidak kurang enaknya..  korang kena try makanan yang terdapat di sini bukan ape nanti rugi... Korang juga boleh melawat kawasan-kawasan yang menarik di sekitar Pulau Tioman ni.. Actually banyak sangat tempat yang boleh korang lawati seperti Kampung Salang Jeti, Asah Waterfall, dan juga Gunung Nenek Semukut. For those yang suka akan aktiviti hiking korang boleh la mencuba panjat Gunung Nenek Semukut kerana di situ mempunyai pemandangan yang menarik menanti korang di puncak gunung tuh ... heheheh

Okey ! Kita cerita pulak cara nak sampai kat situ. Berjaya Tioman Resort ni hanyalah mengambil masa dalam 1 jam 30 minit dengan menaiki deri dari jeti Mersing ataupun boleh juga naik dari Jeti Tanjung Gemok. Terdapat pelbagai agen bot yang dapat hantar kita kat sini dengan harga yang berpatutan. Korang pilih je mana-mana agensi yang korang nak dengan membandingkan harga. Kalau korang nak tahu, resort ini dapat banyak feedback yang baik antaranya diorang berpuas hati dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan untuk para tetamu. So ape yang korang nak tunggu lagi ni??   Jom la beramai-ramai book Berjaya Tioman Resort online sekarang!!  Don't waste your time, hurry !


6 Komentar untuk "Percutian yang best di Berjaya Tioman Resort"

Cantik nya tioman zie. Rindu nak ke pulau pula tp nak yg naik feri. I is fobia nk naik speed boat sambil pegang syafi. Kalau boleh naik feri ke tioman harus di masukkan dalam list 2018 ni nampaknya.

Honeymoon dulu di sanalah..asyik nampak komodo dragon.

tempat idaman ni...bestnya kalau dapat pegi sini

Dari jeti tekek nak ke BTR Jauh tak? Jalan kaki je ke? Saya nak pergi minggu depan.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top