Lazada Online Revolution Blogger Contest



Assalamualaikummmmmmmm..

Ada orang tak ! 
ni nak cerita, untuk para blogger ada berita baik di mana Lazada ada buat Lazada Online Revolution Blogger Contest.. nak masuk boleh.. taknak masuk pon boleh.. Better masuk la, lagi ramai lagi bagus.

kita ni haaa.. dah banyak kali masuk.. satu pun tak sangkut lagi.. macam orang mancing gak, campak joran banyak kali belum tentu dapat ikan. Ada orang mancing, sekali campak terus sangkut dapat ikan, ada orang campak joran banyak kali, tunggu melanggok lama, last tak dapat ikan, pastu campak lagi.. sampah yg sangkut. Pastu cuba lagi, campak joran lagi, sekali dapat ikan siakap 8 kilo.. arrrrr aku orang yg  dapat siakap tu la hahaa.

so, yg penting kat sini don't give up.. cuba sampai berjaya SANGKUT hahaa.

Ni ada cerita lagi best .. kita masuk topik utama
Bermula 11 November sehingga 14 Disember 2017 Lazada buat Online Revolution Sales (https://www.lazada.com.my/online-revolution). senang citer save the date. sebab rugi kalau tak shopping, time ni la nak pulun barang murah.


Sebelum tu ada beberapa soalan yg perlu di jawab;

1. Do you remember the first product that your ever purchases online? What was it and how was your experience? / Adakah anda ingat produk pertama yang anda beli melalui atas talian dan bagaimana pengalaman anda ?

Dah lama kot, tak ingat.. ni pon ingat2 lupa sebab dah lama berkecimpung dalam membeli barang online. Rasanya bukan barang first time, barang ke dop puluh kalinya iaitu beli sport shoes. mula2 ciwak jugak nak beli sebab takut tak muat, biasa pakai saiz 37, ni amik saiz beso sikit saiz 38,  bila barang sampai dengan harapan kaki ku muat, sekali pakai dah macam kasut McDonald, tak puas ati lagi sumbat kertas kat depan. pastu jalan dengan lagaknya sekali rasa nak terbang kasut haku.. last give up pass over kat adik, sebab kaki dia memang saiz 38, tak ke pasal dapat kasut free dari kakak mu ini. Pengajaran kat sini, MAKE SURE ukur betul2 before beli, kaki takkan berubah dari kecik ke beso kecuali dah dah gemok hahaa

2. Which type pf products would you prefer buying online? / Apakah produk yang anda ingin beli atas talian?

Tak kisah asal ada offer hahahaa..
Biasanya kalau dah usha barang kat tempat lain mahal, tiba2 kat Lazada murah.. apa lagi terus grab la.. takkan nak tunggu.. biasanya banyak beli barang keperluan anak seperti botol susu, puting, pampers, dan kelengkapan rumah seperti cookware, home furniture.. ehhhh bantal pon aku beli online.. pe de kisah ..

3. What to you love about online shopping? / Apa yang membuatkan anda suka membeli secara atas talian?

of coz .. jimat masa dan murah. 
Ada gak barang murah tapi tak kualiti, so kat sini kita sebagai pembeli online perlu bijak membuat keputusan, kadang2 ada review orang yg pernah beli dan ada rating produk, bila baca then ok, kita beli. kalau korang nak tahu klick2 depan PC dekat ratus-ratus pon boleh habis, tah hape aku beli pon tak tauuuuu hahaa

4. Which product did you buy or are you planing to buy on LAZADA during the Online Revolution sales? / Apakah produk yang ingin anda beli semasa LAZADA Online Revolution Sales berlangsung nanti?

sekarang ni aku tengah aim satu benda. barang mainan budak ni bersepah2, kenkadang terpijak boleh luka kaki. cari rak storage yg tarik2 tu tapi makan space. dan paling riso nanti budak2 ni panjat pulak, bukan boleh caya. so, jalan terbaik ni yg aku jumpa, cute pun ye gak, dah bila sepupu dia datang untuk bermain.. senang aku nak hangkut .. nahhhhh main la korang puas2, senang keje mama hahha

Lazada Online Revolution Blogger Contest
Box Storage - klik banner 

comel kan storage ni, agak2 toy diorang ni dah wakafkan.. boleh letak barang aku pulak hahha


ni pulak untuk diri sendiri.

Jangan lupa sale Lazada bermula 11 November hingga 14 Disember 2017




6 Komentar untuk "Lazada Online Revolution Blogger Contest"

ada orang ni haaa. lambat sampai entri ni sebab jalan jammed td. haha

goods luck zie. semoga ada rezeki kita ye. amin.

comel pulak tgk storage beroda tu. nak cr juga lah. pening dgn mainan syafi yg bersepah sana sini ni.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top