Grand Lexis Port Dickson dan makan sedap masak sendiri hahaa



Minggu lepas saje jalan2 gan family bercuti kat Grand Lexis Port Dickson, yg best nya kat sini setiap bilik ada private swimming pool, senang citer tak payah share pool gan orang lain. sokati laa nak terkangkang tersiat, berkuak lentang bagai, aurat pun terjaga, tak puas pool kecik.. pool besar ada kat main entrance siap ada slide untuk kanak2. 
Bilik dia pun ada macam2 jenis, harga pun berlainan setiap bilik, ada 3 jenis ;

Tower Block (area banggunan yg sama dengan tempat check in)
- Sky Pool Villa
- Sky Pool Grand Villa

Landscape Garden (area macam rumah teres)
- Deluxe Suite 
- Premier Suite (2 bedroom) 
- Garden Pool Villa
- Grand Garden Pool Villa

Water Villa (atas laut)
- Deluxe Pool Villa
- Executive Pool Villa
- Premium Pool Villa
- Grand Pool Villa

Grand Lexis gan Lexis Pd adalah hotel yg berbeza, jangan tersalah pulak, banggunan depa ni sebelah2 je.. kalau korang nak yg private pool make sure pilih Grand Lexis, nama pun Grand kan, dah confirm more to private.. Lexis PD takde private Pool.. ada glass water yg boleh tengok air laut pasang surut. Lexis Hibiscus pulak yg bentuk mcm bunga raya, situ pun ada private pool jugak, make sure buat research dulu before booking, kalau tak menyesallllllll. 

yg kitorang stay ni landscape garden Deluxe suite.

Grand Lexis Port Dickson
Pintu bilik Scottish sangat di tambah lak model baling mungeee

Grand Lexis Port Dickson

hakikatnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Grand Lexis Port Dickson

kasut pinjam, speck mata itam pinjam.. bilik kitorang depan tu.. tadi tu bilik orang lain. bahahaa

 pijak jalan tar tu panasssss tahap turap jalan. terjingkit2 tahan panas. hahaha

Grand Lexis Port Dickson

Bilik takde la besor mana, macam haremmmm.. tengok picture punya la luas semangkuk.. boleh la muat 5 orang kurus, 3 orang gemuk. yg kitorang amik ni Landscape Garden beli masa kat matta fair dapat RM550, kalau normal price tak dapek harga ni, korang boleh check sendiri kenkadang price berbeza ikut musim.

kalau nak duduk family yg ramai better amik Water Villa - Grand Pool Villa atau premium Pool Villa, harga berbeza ikut villa.

Boleh bayangkan tak duduk dalam ni dengan laki aku, anak dua orang, abah, adik pompuan dua dan family ucu.. berhimpit sikit dalam tu. nasib takde kejadian 18sx.. kot ada yg terlupa bercuti hangkut adik beradik. duduk tu sopan sikit!!..

Grand Lexis Port Dickson
Ada sofa

Grand Lexis Port Dickson
ada peti ice kecik, kecik sangat aiiihh.. muat2 simpan 2 botol air mineral besor

Grand Lexis Port Dickson
ada microwave dan meja untuk tulis2.

Grand Lexis Port Dickson
washroom dia besar, boleh nampak view pool dari sini.. design dia banyak cermin, belakang pintu pun ada cermin so tak payah riso berebut cermin nak pakai tudung. 

Grand Lexis Port Dickson
ada toiletries, don't worry berus gigi disediakan, tak payah bawak berus gigi.

Grand Lexis Port Dickson
Makeup area..

Grand Lexis Port Dickson
separate shower room gan toilet. 

Grand Lexis Port Dickson
macam ni private pool kat Landscape Garden, kalau amik gambar memanggggg meletops cantik, nampak natural, design dalam bilik pun cantik, banyak main warna putih, nampak cozy dan english style

Grand Lexis Port Dickson
belum apa2 budak2 dah tak sabar nak berendam, kita gan luggage pun tak letak lagi, dah terlonjat2 nak terjun, satu hal pulak nak punggah beg cari swimming suits diorang. 

Grand Lexis Port Dickson
berendam.. lapar.. makan.. pastu sambung berendam lagi.. 

Grand Lexis Port Dickson
Model2 Grand Lexis yg gediks..

Belah petang pulak, golongan wanita berendam, NO PICTURE please, sebab ceksi.. siap warning lagi jangan kencing dalam pool. sape kencing dalam pool kena sumpah buasir kelopak tujuh kang. 

bahahaaa... Bagus!! semua mendengar kata. 

Dah berendam basah lencun baru teringat.. spender gan coli bawak tak!! takut pulak jadi kejadian macam kat Hot Spring dulu dah berendam bagai sekali sepender tak bawak, pucat biru muka sekejap.. tak tentu pasal balik togel terkibai2 hahahah

nasib bercuti kali ni bawak sotong kering dua tu, kalau tak aku yg kering togel terkibai2.. vongok'sssss

Berendam sampai nak ke maghrib, dengar azan mencicit naik, sekarangkan maghrib cepat, pukul 7pm dah azan maghrib, lepas isyak sambung lagi berendam, malam untuk golongan orang tuwek (tua) pulak.. anak2 dah keletihan dari  start masuk hotel sampai ke senja berendam. Bila nak keluar dinner semua bantai tidur, acaner nak makan ikan bakar. 

Kitorang ada bawak food before nak ke sini, food tadi banyak lagi, gan ucu masak udang lemak kuning, mira masak spegetti carbonara, aku lak masak rendang ayam gan sardin, sebab fikirkan budak2 ni kalau dah berendam mesti lapar. bawak la food sikit untuk alas perut. Food kitorang bawak boleh makan ulang2 sampai ke malam. 

Grand Lexis Port Dickson
Antara bekal yg aku masak, rendang ayam, sardin tak pedas untuk budak2, sayur petola, nasi impit gan bawak cekedis sikit.

Grand Lexis Port Dickson
Spegethi carbonara mira buat

Malam tu merayap gi pasar PD. Lepas tu abah ajak gi rumah kawan dia kat Sunggala sama2 kerja kat makmal dulu, sekarang pun masing2 dah pencen & bercucu, kebetulan dah sampai PD singgah la jumpa kawan abah.

Abah ni memang jenis kalau gi mana2 mesti cari sedara & kawan. Menantu dia (laki aku) sejenis yg tak reti nak tolak kalau pak mertua dia ajak. Dah la malam2 cari rumah, abah lak guna peta tahun 50an iaitu call tuan umah, dapat derection belok kiri kanan, tak jumpa behenti tanya orang.. Omgeee sakit jiwa.

Menantu dia (laki aku) ikut je direction yg abah bagi, padahal dia kan raja segala Google maps. boleh je search pakai waze.
bila abah turun tanya orang aku terus tanya Amir nape tak suggest abah bagi address kita cari pakai waze.. Dengan nada lembut dia jawab 'biar la itu cara abah, kita ikut je' uhhhh garuk kepala aku dapat orang penyabar mcm ni, patutla abah sayang menantu dia lebih2.. bahahaa

Grand Lexis Port Dickson
Punya gelabah nak snap sampai pakinson gambor aku. Orang kampung kalau hidang untuk tetamu siap goreng bihun panas2 gan telo dadar tabur atas, tak main la biskut kering gan teh o jarang, Amir yg konon mula2 cakap kenyang, ehhh tiba2 dia tambah 2 pinggan..

FINALLY.. Jumpa gak rumah kawan abah, tuan umah datang jemput tepi jalan, ehhhh betul2 mcm zaman dulu cari rumah siap berjemput follow belakang naik moto.. Kelakorrrr kan.. ada satu citer, abah dah call tuan umah tanya jalan, pastu sembang2 macam mana boleh kenal, naik moto merempit, citer flash back tahun 70an, ada word yg abah terlupa.. tiba2 ada orang cakap 'bukan Radicare.. Tongkah' orang dalam tepon yg bersuara .. omgeeee abah tak letak FON CALL, tau tak lama giler menyembang gan abah.. kawan abah tu boleh dengar je apa yg kitorang sembang.. berdekah2 kitorang gelak macam nak pecah perut. 'ekau tak lotak tepon' oooo yeko nasib tak mengumpat hahahaaaaa

Sambung next day pulak.. PART 2



-zie-
13 Komentar untuk "Grand Lexis Port Dickson dan makan sedap masak sendiri hahaa"

Bestnya zie...

Cik Abang tu masuk kolam sekali2 dgn sluor jeans ke hikhik...

Memang win lah abah zie... Sanggup semalam cari rumah kawan..tapi gitulah org tua2 kan. Suka bawa anak cucu bertandang ziarah kawan ke sedara ke bila sampai mana2 tempat. Sama macam mak mentua akak :)

tak besar ek?? cemana engkorang leh tido ramai2 tu nok?? ucu& suami. kamu&amir. Mira,anis&abah.budak2? wahhhh hebattttt ni.. hahaha. ada yg bentang toto tepi pool tak?? sejuk sket...huhu. Btw, scene lupa letak tipon tu win! akk biasa gak kena.. sampai kena jerittt dgn orang sana "weiiiii letak laaa, kaya nau ke nk byr bill??" tb2 terkedu tgk tpong kluar jeritan orang. huhuh

kannnnnnn, ksha dpat bayangkan x caner.. dlm picture nmpak luas, so pengajaran kat sini before nak gi buat research dulu, ni kes main redah je.. compom la bentang toto (off record) bahahaaaa

suar pendek tu kak..hahah..
dulu ms arwah mak ada rajin mak/abah ni jalan.. kemana2 sampai.. ke baling..semua ceruk sampai

bercuti sambil ziarah kwan lama, wahhh, idea yang best..

ada tiga jenis lexis ek...ingtkna dua je..ke IQ salah faham? adehh, pening

Best kan grand lexis ni. Ana hari tu amik yg grand pool villa tak silap. Nak repeat lagi ni. Nk bawa family pula.

wah...memang bagus..sama macam abah kita,dia tak pandai guna waze...nanti bila silap jalan,suka benau menuju percakpan..dulu abah jalan macam ni...macam tu..hadoiih.. jauh benau zaman dulu dengan sekarang..hehehe..untunglah menantu dia tu penyabar orangnya kan

tu dia, baiknya menantu.mesti kesayangan ni..haha.nasib baik bawak bekal, kalau dah letih takde mood dah nak keluar makan

Masak sdri lagi puas hati ...dan dpt bjimat jugak

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top