Berjaya jugak pujuk Azreq ke Konvokesyen



yeyyy berjaya jugak pujuk Azreq gi konvokesyen..

tapi dia punya syarat kemain kalah watikah seri paduka baginda.
masa umur dia 5 tahun, konvokesyen tahun lepas dia tak gi, semua tiket dah bayar termasuk dewan dan makan, sekali dia taknak pergi, menangis2 taknak turun kereta sebab kena buat persembahan atas pentas. Dia kan tak suka ramai2 orang. Cikgu puas pujuk, aku feedup terus balik, dah bayar burn macam tu je. Serupa macam dia taknak turun gi kenduri kahwin, kalau ada event apa2 macam open house ke, kami jarang involve, sebab anak buat perangai.. join event pun rumah kawan yg terdekat & sedara mara rapat je.

ucu gan tok zali dah janji kalau Azeq gi konvo, atok belikan mainan APA SAJE yg dia suka.. dengan syarat kena naik atas pentas amik sijil. lepas tu amik gambar send kat tok zali..
dia dengor je 'mainan yg dia suka' terus berdiri tegak nak gi konvo.

dia sebut bukan konvo.. bunyik macam 'bongo'
aku cakap kat Azreq.. bukan di sini, di sini sambil tekan anak tekak.. bunyi 'bhonggoooo' macam cerita P.Ramlee tu.. terus mendapat sedebik tangan Azreq..tapak tangan dah la padat gemok debab, sakit bahu mama kena debik bahahah

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
 konvokesyen ni buat kat kampung Pengantin jalan Setapak tu, nasib dewan ni full aircond.. bergabung 7 buah tabika buat sekali, penuh dewan tapi tak crowded.

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen

kanak2 konvo duduk depan.. parent duduk belakang..dah macam konvo universiti pulak, tapi still boleh nampak rambut pacak dia dari belakang..

Dudukkan Azreq kat group kawan2 dia. kawan2 dia jerit 'Azreq Sufi.. Azreq Sufi.. sini!. sini' Dah settle tu aku cari seat duduk kat belakang, cakap kat Amir kawan2 Azeq bising jerit nama dia.. Amir cakap memang macam tu.. dia popular gak kat sekolah.. ehh yeke.. yela. amir cakap dia tiap2 pagi hantar gi sekolah, dia tau laaaaaa

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen

dapat buku program, belek2 sekali terbaca SENARAI NAMA KANAK-KANAK CEMERLANG, ada nama Azreeq Sufi.. kedip2 mata jap.. macam tak caya anak aku ni tersenarai kanak2 cemerlang, tengok banyak main, tapi kalau dia buat keje memang dia fokus betul2. Ada pakar motivasi cakap budak laki ni belajarnya sikit, tapi dapat banyak, orang pompuan lak belajarnya lama, dapat sikit (itu aku) bahaha sebab orang pompuan ni banyak berangan..erkkkk ish tak betul niiiiiii bahaha

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
 tahniah anak2.. semua dah konvo.. next year dah masuk darjah 1..

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
 Kanak2 cemerlang beratur depan, Azeq baris yg ke-tiga.. aku ada amik video masa dia jalan.. kelakar dia jalan kedek2 bontot tertinggal.. berani pun naik atas pentas !! dia ni kurang confident level sikit, parent kena banyak membantu, lama2 confident tu datang dengan sendirinya.

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
 turun pentas Fina terus amik coklat abang, Fina ni pulak apa abang dapat dia nak jugak.. nasib abang jenis tak kisah.. tapi kadang2 naik hangin jugak aku.

yg kelakarnya, turun dari pentas bisik kat aku 'mama amik gambar Azeq tak? jangan lupa send kat atok zali'
adoiii ingat dia janji atok dia nak belikan dia mainan.. 

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
 Azeq gan Qaseh.. rapat diorang ni.. muka pon lebih kurang sama montel.. badan pon sama gak.. debab. Qaseh dapat tempat ke-2, Azeq ke-3.. diorang ni memang bersaing.

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
Sama tak dua orang ni..macam twin *ngegee.. turun pentas, tudung Qaseh pun tah kemana.. mana taknya asyik ke depan je dengan rambut terkeluar2 terus mak dia tanggalkan.. haha..

Berjaya jugak Azreq ke Konvokesyen
kemain ko Fina bergaya dengan spec mata hitam nko..

So, semalam atok Zali call tanya Azeq nak mainan pe.. sekali dia mintak Kamen Rider yg tengah top sekarang ni, aku pun tak tahu amenda la Kamen Rider ni, tak banyak pun toys Kamen Rider kat pasaran. Punyalah gigih atok dia cari mainan tu sampai ke Jalan Raja Laut, tokey kedai tu cakap toys Kamen Rider ni mahal, dia pun tak berani amik. Kamen Rider ni belt yg boleh tukar2, itu pashall la mahal. lebih kurang macam power rangers gak la dibawah Bandai, kalau salah info aku ni, korang semua kena kencing gan tokey kedai tu..hahha  Atok dia suruh pilih mainan lain.. last dia mintak kereta kontorol.. dah la buat loud speaker, tergelak2 beso dengar dia cakap kontorol.. kereta controllllllllll la Azeq.. it's quite expensive gak la, aku pesan kat dia, main elok2 toys ni, kena hargai pemberian orang tak kisah mahal ke murah.

Korang perasan tak, gambar aku satu pun takde.. cishhhhh !! sibuk buat video je..
bahahaa


-zie-
6 Komentar untuk "Berjaya jugak pujuk Azreq ke Konvokesyen"

Alhamdulillah..tahniah Azreq! siksa gak cari Kamen Rider, tu sebab saya takut nak janji dengan bebudak. nasib baik dia x kisah tukar hadiah

Tahniah Azreq. Cik ana doakan semoga Azreq terus berjaya ye. To mommy.. Yeah akhirnya naik juga pentas ye. :)

kalau bab mainan depa ni update je apa yg trend..kenkadang tak kuasa nak layan hahaa

tq untie Ana.. nak uwetttttt hahahaa

bertabah la kak, kalau jadi videographer memang gtu la nasibnya. hahaha!!

tahniah azreeq !! hee~ biasa la tu sis.. anak2 ikut mood dia jek.. bertabahlah.. saya pun berhadapan dengan minion yang boleh - tahan perangai gak nye sama macam azreeq ni..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top