Bonding time with kids dan Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%



Salam Jumaat yg barakah.

Lama tak bersiaran kat blog kesayangan ni..Sekarang ni agak busy dengan keje, yela dua minggu tak masuk opis bertimbun keje.. sikit lagi boleh susun jadi replika menara KLCC. ni pon curi masa nak membebel kat sini. Ada yang rindu tak? .. better cakap RINDU kalau tak!.. kalau tak! 'kita bakor'  bahahaa

So hari tu ada masa bawak anak jalan2. Memang plan nak gi Aeon Wangsa Maju sebab nak drop old feeding bottles Avent yg lama then trade-in bottle baru dapat 50% diskaun. promo ni dah lepas, sampai 01 okt je.. jangan pulak korang pergi cari kat Aeon, tak tentu pasal hakak kena maki.. hahahaa

Dulu Aeon ni nama Jusco Wangsa Maju sekarang dah tukar ehhh Aeon Alpha Angle.. yeke!! sebab nak tag location tetiba keluar tu.. lantak laaa .. dah tukar nama pon. aku still nak cakap JUSCO hahaa

Nak trade-in ni pun ikut promoter gak, ada promoter nak complete dengan tutup, puting, botol, ada promoter tak kisah apa jenis bottle pon boleh drop, ada promoter nak drop botol Avent je baru dapat 50% tu, kalau puting memang harga sale RM22 dari normal price RM31.90, kalau siapa yg biasa dengan brand Avent ni, dia mesti tau normal price berapa, bagi aku ni harga dah murah berbanding beli online, biasa kalau takde promo, aku akan beli online, tapi kalau ada promosi macam ni, aku akan beli lebih untuk spare, selalu beli puting lebih dari satu, sebab puting kan kalau pakai lama, dah kuning bekerak2, sepatutnya 6 bulan sekali memang kena tukar. Kadang2 tak sampai 6 bulan dah koyak, mana tak nya umur 6 tahun pun still minum susu botol. Gigi dah beso macam gajah still minum susu botol, tapi biasa Azeq nak susu time malam nak tido. Tak practice lagi minum susu pakai cawan.

Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%
boleh tengok page Facebook : Philips Avent nanti akan dapat info bila Avent buat promosi.

Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%
ni la harga after 50% dis, tak semua pattern ada stok 

Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%
 hari tu dah beli 1 set puting, ni datang Aeon beli lagi 2 set puting.. buat spare satu letak rumah pengasuh

Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%
Normal price RM31.90, bila ada promosi jadi RM22.. banyak gila beza

Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%

Only 3 of us
on repeat .. only 3 of us..
hantar gambar wassap kat laki.. ingat dapat la pujian sebab keluar dengan kids without assistant CONTOH 'waaaa hebatnya mama keluar dgn kids tanpa abah' lagi... 'waaa pandainya mama handle budak2' lagi..'behave nya budak2 dengan mama' realitinya reply wassap 'gi mana tu' itu jeeeee sampai krik krik..

Itu lah my husband, tak suka show tapi sebenarnya bapak2 ni yg sayang lebih kat kami, cuma tak tunjuk je.. mak2 ni memang terkenal dengan over dia.. sikit2 nak mengelabah.. sikit2 pengsan.. ehhhh terkutuk diri sendiri ekahkah macam citer sifat kebapaan dalam citer Bisik pada langit.. banyak review citer tu best gila.. sampaikan tak cukup 1 kotak tisu nak lap hingus.. waitttt  aaaar Pak Jalil Hamid, pastikan aku tengok.. i dengar u dalam citer tu glamor..

Lepas tu pusing2 dalam Aeon, bawak anak2 gi makan Nando's..
Ingat senang nak handle anak dua time makan.. urut dada panjang.. aku kena duduk tengah2 jadi referee.. kalau ada certain perkara jadi perebutan aku kena handle sorang.. hal kecik je contoh plate dia ada corn.. yg sorang takde.. terpaksa lah potong sikit bahagi dua.. buat perangai kan.. rasa nak gigit je dua2 orang ni hahahaa

Balik cerita dengan bapak dia yg indah2 jeeeeee, kes yg cranky tu tak cakap aku yang pengsan handle.. tu belom tambah lagi 3..4..5.. ehhhh


-zie-
Tag : Azreeq, Promosi
5 Komentar untuk "Bonding time with kids dan Trade-in Botol Philips Avent dapat 50%"

dugaan banyak bila kita je yg handle kids kan..hadoii...kalau datang perangai dia tu,maunya pengsan mak dia...hehehe

Akak pun maintain pangge JJ (jusco) je..dah biasa sebut gitu dari dulu lagi..

Akak kalau shopping mall macam ni tak penah gi dgn anak2 je, mesti ada big boss. Tak mampu nak handle. Takat giant tu bolehlah bawak 1-2 org hehe..

Tambah lagi 3 tu dalam tempoh sebelum umur 40. Hahaha.

time promo ni kena beli extra produk Avent tu, mana tau ada rezeki tambah 3,4, 5..eh

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top