Sembang Jumaat



ni bukan kat Kundasang, TAPI kat depan emergency HKL (hos.Kuala Lumpur)
dari kiri my SIL Rose_Nuar_Fazura ehem2_Azhar

Tau tahu nak cerita ke tak. Tapi just untuk sembang pagi Jumaat. Masa ni pukul 2 pagi kat kecemasan, tiba2 dapat call dari adek mak sesak nafas oksigen 80% je dalam badan. Normal 100% la. Terus masuk red zone (kes kritikal), yellow zone (kes separa kritikal), green zone (kes tak kritikal) . adik aku yg si anis tu call nangis2 cakap mak kat red zone. Telefon pulak buat hal, tak boleh nak pickup call. Bincang2 dengan hubby, aku drive sorang gi HKL on 1.30 pagi. Can u imagine, drive sorang2. PEREMPUAN pulak tu. Takut pun hader. yela kalau ada motor lalu pecah cermin tingkap ke, tahan tengah jalan ke. macam2 boleh berlaku. Tapi tawakal lillah je la. Tiap kali motor lalu sebelah keta aku, aku dah fobia. Kat KL pukul 2 pagi pun hidup, macam baru nak up.

Sampai2 terus pergi tengok mak kat red zone, mak tengah pakai oksigen. Lepas ok sikit ready untuk warded.

Tu yang kitorang adik-beradik lepak kat tepi jalan depan emergency tengok 'drama'. Macam2 benda berlaku, ada pesakit PSY (orag gila) maki hamun, jerit2, tangan berikat, takut jugak terlepas. Tapi polis ada stanby. Ada orang mabuk naik motor, jalan terhoyong hayang kepala berdarah. Lepas tu, baby nangis tak berhenti. Ada yang tengah jalan sambil kesat2 air mata nangis, maybe one of family member pass away ke or what. Memang solute sangat medical team yg kerja tak terbenti tolong orang. Tu pun tahu nak complain jek..

Lastly kena warded jugak. Ini bukan pertama kali mak warded. Lately kesihatan mak tak berapa baik. Doa yang baik2 aje. Malam tak cukup tidur, sentiasa fikir tentang mak, setiap pagi masakkan bubur untuk mak. Petang sebelum balik ambik budak2 naik wad kejap tengok mak. Sekarang mak tak boleh free oksigen lagi, kena sentiasa pakai oksigen, sebab paru2 tak kuat dan ada jangkitan kuman. Kencing pun kat pampes.

Tak minta banyak cuma doakan mak saya cepat sembuh sihat seperti sedia kala.






Tag : Lifestyle
6 Komentar untuk "Sembang Jumaat "

semoga mak cepat sembuh ya

Dari jauh kakak doakan semoga mak Azi kuat, sabar dan segera sembuh.

kat hospital tu,macam2 boleh tengok dramanya...hehe

Semoga mak Suzie sembuh dan dapat bernafas secara normal

Allahumma antassalam. Semoga cepat sembuh

kami doakan dari jauh.. aamiin

ppstt: tgk emergency teringat arwah pakngah saat di sambut kedatangan arwah, senyum nampak saya. saat akhir hanya hantar tubuh terbujur kaku. 25 hati di hkl..
al-fatihah..

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top