Artritis reumatoid !!
Apa itu Artritis Reumatoid?
Bahasa perubatan ni kadang2 buat kita tak faham, senang cite radang sendi la. Peyakit ni bukan saja menjejaskan sendi, tapi boleh juga menyebabkan masalah komplikasi kesihatan yg lain. Memberi kesan kpd paru2, kulit, saraf & masalah lain. Penyakit ni lebih cenderung di kalangan wanita.
Penyakit ini la yg mak aku alami sekarang. Datang secara tiba2 sejak selepas raya puasa tahun ni. Mula2 tangan rasa sakit dan tiba2 jadi bengkak2 mcm kena gigit tebuan. Mula2 mak ingat gaout, pandai2 je buat andaian sendiri, lepas tu fikir la yg bukan2 takut terkena buatan org la. Rawatan hospital still continue, rawatan islam pun buat jugak. Nak pulihkan semangat, berubat tak kira tempat, kita usaha & tawakal kpd Allah.
Tak lama tu, keluar pulak artikel penyakit Artritis reumatoid ni kat Utusan. eh2 semua sama la >>>
'Pesakit akan mengalami kesukaran mengenggam & menggerakkan tangan semasa melakukan tugas harian seperti memakai baju, mandi, memasak & kerja rumah'
Bermula la buat rawatan di hospital. Badan jadi lemah & letih. Bahagian tangan sakit sangat, sampai kan nak bukak tombol pintu pun sakit, boleh di katakan sentuh apa2 pun sakit. Macam bisa kat badan, kain lalu kat kaki pun sakit. Nak masak memang tak boleh la, nak pegang senduk pun tak kuat. Abah dengan adik2 la banyak tolong, pakai bra pun kena mintak org lain pakaikan.
Punca ?
Jangkitan bekteria atau virus adalah salah satu faktor yg disyaki menyebabkan Artritis Reumatoid.
Nak kata tak jaga makan, mak aku tu lagi jaga makan. Fast food tak makan, western food tak makan, speghetti, chicken chop ni ke, takoyaki, chese leleh ke, tak makan. Mak aku kan owang kampong, memang tak kenal benda2 macam ni. Kalau masakan kampong, ulam yg pahit2 tu mak aku makan dgn sedap ye. Kalau kita ni org muda, nak makan benda pahit memang tak hingin. Tapi Allah tu maha kaya, dah tertulis ye begitu, jgn kita mempertikai kan ye WHY ?
Bagaimana nak merawat ?
Sekarang ni mak tengah dapat rawatan hospital, ulang alik dr rumah ke hospital. Setiap bulan ada apointment. Pyshio pun still continue. Kat dalam artikel ni ada cakap perlu mendapatkan rawatan awal kerana boleh menghentikan perkembangan penyakit & mengurangkan hilang upaya.
Baru2 ni, mak sesak nafas, tiba2 nafas jadi laju. Terus pergi emergency then terus admitted. Doktor pakar yg biasa merawat mak tu yg monitor kesihatan mak. Raya haji kitorang sambut kad wad la. Bila dapat berita mak masuk wad, berduyun2 sedara mara dtg melawat. Kitorang dr keluarga yg besar, sampai untie kat katil depan tu cakap 'ramai sedara mara u datang, dari tadi tak berhenti'
Raya kot, takkan tak masak rendang kan. Aku tau masak ayam masak kicap je. Lepas tu, mintak resepi rendang ayam dengan k.aini, dah macam mak2 sgt ni. Jenuh la aku mintak resepi rendang ayam dengan k.aini, sebab jumaat hari tu dia tumpang kereta aku, sempat la ceduk resepi dia. Sekali abah request nak rendang daging pulak. alamakkk, semalam menuntut ilmu rendang ayam, ni nak masak rendang daging. Terus wassap tanya resepi rendang daging..hihii
Picnic kat luar wad takde hal la, macam ni kitorang kalau dah berkumpul. Tak kira tempat.
setiap hari aku masak lauk mangkuk tingkat, masak la pe2 pun..dari tak reti boleh jadi 120% tahu semua tau.
sambal udang lagi, hihi ni utk kami
sup tulang menu wajib kalau raya haji, sedap hingga ke tulang. Kuah sup pun tonggeng kasi licin, uiii sedap sgt sup tulang hakak!! Makan dengan cili kicap, perhhhh
see2, rendang daging in the house. Kejap2 aku panggil Amir suruh rasa, eeei kenapa warna lain, aih ni perli ke per, lepas tu amir cakap sedap2. yahooo menjadi rendang daging ai !! Lepas tu, amir tanya mana rendang daging mama tadi. eeeee dia tanya pulak, dah habis la..jangan suruh aku msk lagi udah.GANTUNG.KUALI.
next, rendang ayam pulak. Petik jari je la masak rendang ni. Mentang2 dah terror exsen pulak..hahaaa
tak abeh lagi, kari daging pulak. Ni la jadi ye bila kita terpaksa buat sendiri, tiba2 jadi pandai masak.
Mak ada senyum sikit, beransur pulih, tapi tak boleh discharge lagi. Dah stabil sikit, doc bagi pindah wad yg ok sikit..hihii
eh! mcm mana budak dua org ni boleh naik..tetttt!!!
berkampong di hospital, raya aidil adha kitorang sambut di hospital, ada anak cucu, ada rendang ada ketupat dah cukup buat mak bahagia.
love mak
Doakan mak sy cepat sembuh, boleh gelak tawa, masak sedap2, boleh jln2 bercuti, boleh pergi surau mcm biasa. Rindu masakan mak. Tak sanggup nak cakap banyak2 sebab aku ni cepat nangis. Aku ni suka nangis, tapi suka buat2 garang, sebab kita ni kan anak, mesti ada tercalit perasaan sedih. Dulu mak kuat, ligat boleh main netball lagi sekarang jln slow terendap2, rasa mcm tak percaya mak kita dah tua, secara tak langsung kita ni pun dah kategori tua jugak la.
Ini lah erti raya korban AKU !!
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha....
Lepas tu adik antar gambar wassap. 'dah berjalan2 pesakit ye'
*negeegee
-zie-
Tag :
Mak
2 Komentar untuk "Wanita dan artritis reumatoid, mak raya haji di wad"
Pandai dah masak2. Lepas ni boleh ajak kawan2 datang makan2😆😆😆
moga dipermudahkan segala urusan.. n moga mak cepat sembuh k..
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.