Tiba2 kat Fb keluar memories 7 years ago. Time tu ai single mingle slim melim lagi. Seluar jean saiz 24 macam pinggang che ta. Sekarang jangan di tanya saiz seluar berapa, kang ada zip seluar sangkut kat mulut hahaa
Masa single banyak aktiviti lasak yg aku spend dgn kawan2. Ada hiking, jungle tracking, kayak lah tapi banyak gambar dah hilang. Sayang, ada beberapa bukit yg aku hiking, tapi gambar tah mana hilang. Dulu tak heran sangat bergambor ni, asal dapat kepuasan duduk kat atas tengok view yg sangat cantik, hilang semua penat lelah mendaki. Gunung Kinabalu je tak sampai lagi, takde geng nak naik, ajak laki, laki tak minat pulak. hahaa Tapi nak mendaki kena ada stamina yg kuat, mental & fizikal. itu penting, kalau tidak boleh pengsan kat sana, sape nak bawak turun.
Kalau sekarang nak buat aktiviti lasak mcm ni, kena fikir anak pulak nak letak mana. Laki aku bukan suka aktiviti mcm ni, aku je yg over suka. Ajak naik roller coster pun mcm2 alasan dia bagi. Sebenarnya u takut kan, kan! Aku sorang je yg terjerit2 naik. Dia duduk bawah jaga beg, ape barang masuk mahal2 jaga beg. cettt !!
aku dgn yati di 'prank' kan. Serapat mana kami berkawan until now still contact walaupun dah jarang jumpa.
Kelakar gila time ni, bongok mamat rambut merah ni, dah la tak boleh cakap melayu. sebut 'hunga hunga' je pandai, lempang laju2 karang. Boleh pulak dia acah2 kejutkan kitorang dengan kayu api dia tu. Aku rasa dah lari laju2 rupa ye, dia tarik baju aku, terkezut mak jemah tahap lompat2 laaa Abg kerdil depan tu menganjing kitorang jerit 'aghhhhh arghhh' jerit supo ponde.
Kelakar gila time ni, bongok mamat rambut merah ni, dah la tak boleh cakap melayu. sebut 'hunga hunga' je pandai, lempang laju2 karang. Boleh pulak dia acah2 kejutkan kitorang dengan kayu api dia tu. Aku rasa dah lari laju2 rupa ye, dia tarik baju aku, terkezut mak jemah tahap lompat2 laaa Abg kerdil depan tu menganjing kitorang jerit 'aghhhhh arghhh' jerit supo ponde.
Tapi sebenarnya, abg2 duaorang ni baik, diorang ni ada show tiup2 api. Aku lalu dengan Yati boleh pulak tak perasan diorang tengah buat show. Tu pasal la diorang 'prank' kitorang. Abg kecik tu pelakon orang kerdil yg dalam cite Magika KRU tu. Abg pe tah nama dia. Kasut dia pun comel, ikut saiz di lah. belang2 harimau kou hado. Pandai pun cakap melayu.
Kalau uolls nak tahu ni memang kat Malaysia pun, verangan macam ada kat London.
Sporting gila diorang
London sangat nih
Jahat depa tak bagi aku dengan yati bergambar kat Bus London ni sampai tersepit nampak muka je.
i hate uolls
yang debab pun nak jugak sumbat masuk dlm bus ni walaupun diri tu hanya layak duduk kat pintu. Kou tengok pintu pun muat2 dia je kah kah kah
Dalam group ni ada 2 orang jantan yang ikut, tapi jerit supo ponde. Tak boleh pakai hok jate 2ore tu.
Naik train lagi, banyak betul train kat kota London nih.
*ngegeee
yati & me
Ni Mazli, dia ni alahai tangan pompuan sangat. Segala kerja rumah mengemas, mencuci, membasuh dia la buat. Nasib jalan tak senget2 lemah longlai mcm sotong kalau tak dah lama aku sepak jalan bagi elok. Mamat gigi besi ni pandai menjahit, tudung tunang aku dia yang jahit manik, lagi kemas dia buat dari pompuan tau. Tu pasai la sampai sekarang single lagi, tah sape jadi bini ko erk Mali. Sape de calon yg nak keynen kan sila pm tepi, sgt dialu2 kan. kah kah2
Jurassic Park world time
Aku tak ingat macam mana Parrot tu boleh tenggek kat tangan aku.
Dalam gambar ni, ada yg lost contact. Si Adek (yg gemok sekali) tah mana tah menghilang, panggilan adek tapi badan serupa bonzer, sekali dia sepak melambung terus tak turun2. Ada yg dah berhenti keje, yg still contact aku dgn yati je la. Mana lah korang erk..
bye2 London. Nak balik Mesia sudah
*ngegee
#GentingTeampark
#HaHaHaa
#zie
Tag :
Lifestyle
1 Komentar untuk "Nostalgia #LondonMesia"
rindukan masa ni... kalo nak g pun kena bawak anak2... bru dorang happening...
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.