Full Pack Aktiviti Hujung Minggu




Hari sabtu minggu hari tu, anak mak itam bertunang. Aku wajib la kena datang. Nak kena pelangkung ketuk pala100kali dengan mak itam, mau tak bertegur 44 hari kalau aku tak datang. Budak2 tu mak itam la jaga dari umur Azeq 3bulan sampai la lahir ye Fin. Aku buat apa2 majlis ke mesti mak itam anak beranak datang. Dah confirm aku kena hadir majlis ni, aku kan tetamu VVIP hahaha

 
Ini la pengantin tu. Tahniah Nora, dah letak 1 kaki for more 1step untuk masuk ke fasa baru. 

Nora ni anak mak itam yg sulong, dia ni sangat la sayang kat anak2 aku. esp Fina, banyak baju, mainan tak usah cerita la, beratus2 dah habis. Manja sangat dgn anak2 mak itam, pantang nampak ayah itam tu pakai baju, mesti nak ikut. Kalau tak bawak, melalak sampai ke petang. Sampaikan ayah itam tu terpaksa pakai baju kat luar. Aku datang je, semua panggil 'adekkkkkk adek' tapi Fina kalau ada majlis mcm tu, dia tak layan. Semua org dia buat musuh, pandang jeling2 buat tak kenal. Nape tah, bajet diva la tuh.


Weekend pulak semua sedara mara datang berkumpul kat rumah mak. Sekarang kan dalam mood raya lagi. Kitorang memang macam ni, walaupun dah jumpa masa raya kat kampong dah salam2 raya. Tapi rumah sedara mara wajib datang berkunjung. Minggu ni turn rumah mak, minggu depan rumah ucu, minggu depan 1 lagi rumah area puchong pulak, kita kasi settle sebelum habis raya.

Aku wajid ada la, sape nak jadi assist chef mak masak, terkengkang2 mak masak kat dapur kitorang adik-beradik la yg tolong. Di tambah 2 menantu mak, tapi dua2 tak balik pulak. cishhh !! 

depa keja la, keja shift hospital ni payah sikit, sian kat depa org raya depa keje. Sangat solute kat korang, tak semua org boleh jadi one of medical part, tengok darah dah pening2 lalat nak pengsan, tengok berak, muntah org pun dah tak lalu. Lagi nak cuci, memang respect sgt.

 
baby Ali, pipi gembeh. 

Mulut ye sentiasa ada makanan. Nak umpan dia senang je, hulur makanan confirm duduk kepit bawak ketiak tak bangun2. Pantang nampak makanan, mesti nak masuk mulut. Sampai kan jalan kedek2 bawak balang kuih suruh bukak. dah la jalan macam itik pingu comel sgt nih. Ibu dia sanggup sorokkan semua balang kuih tak bagi anak dia makan. kitorang marah ibu dia 'bagi laaaaa dia makannn' hahahaa

 
tah hape la mak aku sembang ni, sampai joe jambol tersembul keluar

 
 Carbonara ni aku yg masak. Mak aku tak pandai masak omputeh. Tajuk menu hari tu makanan tengahari lauk org kampung. Udang sambal petai, ayam lemak kuning cili padi, ayam gorenng berempah, sambal tempe jawa, tempoyak banyak lagi la. Tak ingat. 

Mak masak lemak kuning, sekawah macam nak sambut menantu, hambek kou. Siap bagi tapau lemak kuning sorang sikit bawak balik, mak aku memang gitu mesti jamu orang makan puas2 sebab tu sedara mara suka datang rumah mak. Memang jarang la kalau orang datang tak bagi makan, walaupun tetamu datang jauh tengah2 malam, aiii mak aku sanggup ceng2 kat dapur. 

3 org dua pupu, yg sorang gentel pusat. 
Nasib gentel pusat sendiri. Kalau mcm Fina nak gentel perut aku, acaner tu

 dua pupu kecil, Fin apsal kekwat sangat, muka macam cari gaduh. 

Minggu depan pun dah de plan, selagi tak habis raya. makan, makan je la keje ye.



-zie-
1 Komentar untuk "Full Pack Aktiviti Hujung Minggu"

wah tergoda tengok Cabonara tu

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top