DIY meja jepun



Dah lama nak buat, tapi cari wallpaper yang berkenan di hati tak jumpa. Last monday dapat cuti, so dapatlah merayau sorang diri pergi Setapak Central. Nama yang dulu Festival City, lepas tu singgah Kaison. 

Perempuan kalau dah masuk Kaison jangan harap kata kejap. Comfirm lama, tah hape-hape barang terbeli. Dah balik rumah baru fikir, ini keperluan ke kehendak? Jawapannya kehendak..hahaha

Ini meja mainan Azreq, kadang-kadang jadi meja makan sambil tengok tv, boleh jadi meja menulis, meja mewarna. Serbaguna meja ni

 Berkenan dengan corak ni, ala-ala corak kayu jati, jati sangat kan. Beli kat Kaison RM19.90

 Senang nak apply sebab sticker wallpaper.

 Ukur betul-betul, dah tu tampal je.

Tadaaa, siap.
Senang, mudah, cepat dan kemas. Kalau air tumpah boleh lap saje. Sebab meterial adalah pvc. Kat dinding pun boleh apply.

Segala meja yang ada kat rumah tu aku tampal wallpaper ni. Dinner table, side table, meja workstation, dressing table. Punyalah banyak wallpaper Kaison ni., rasa dah banyak benda aku tampal tapi still banyak lagi wallpaper ni.

Kebanyakkan perabut kat rumah aku warna putih. Bila dah lama nampak kuning-kuning sikit. Boleh la deko dengan wallpaper ni.

Apa yang penting, rajin dengan tak je. Bagi aku memang suka dengan deko mendeko ni. Sebab dapatlah merehatkan minda, relax je buat benda ni. Minda kita tertumpu dengan kerja yang kita buat. Lepas tu kita akan rasa puas dengan hasil kretifiti kita sendiri. Cantik ke buruk ke, kita yang buat so tepuk dada tanya selera.



-zie-
...................................
10 Komentar untuk "DIY meja jepun"

Memang cantik design wallpaper tu :)

geram kan kalau masuk kaison...semua barang nampak cam comel jew...cam cantik jew...kikiki...cantik meja tu lepas dah di tampal wallpaper...satu gulung tu 10 meter kalau tak silap akak...puas menampal sana sini

hakak kalu p kaison mmg TAK PERNAH kluar tangan kosong. tah hapa2 je yg haku beli... nyampah!

mgaku+stuju sgt,jgn hasut sy msuk kaison..hahah

tu la rasa puas dah tampal sana sini, tak abis2 jugak..tgh fikir nak tampal mn pulak

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top