Tonik Pelebat Rambut SAFI Shayla Mengatasi Masalah Rambut Gugur.



Tonik Pelebat Rambut SAFI Shayla Mengatasi Masalah Rambut Gugur | Alahai, lately ni macam risau setiap kali sikat rambut mesti segumpal rambut gugur. Lepas bersalinkan Ariff rambut aku gugur tahap teruk. Dia punya teruk bukan tahap sikat rambut gugur, guna jari pun boleh. Memburukkan lagi bila kita berhijab, rambut terperangkap kemudian masalah lain timbul seperti kegatalan kulit kepala, rambut berminyak, rapuh dan senang sangat gugur.

Ada orang akan cakap no worries laa sebab rambut akan tumbuh semula. Memangla rambut akan tumbuh. Itu pun kalau dia nak tumbuh, kalau tak di rawat dari awal, lama-lama boleh mendatangkan kebotakan. Tak perasan tiba-tiba tengah dah kosong, seram!

Now, nak share kepada semua yang berhijab dan mengalami masalah rambut gugur atau rambut menipis. Yang tak berhijab also can lahh takde masalah. SAFI Shayla memperkenalkan inovasi penjagaan rambut berhijab terbaru iaitu Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar (SAFI Shayla Hair Fall Control & Hair Tonic) rangkaian lengkap produk penjagaan rambut untuk wanita bertudung. 


SAFI Shayla Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar

SAFI Shayla Hair Fall Control Hair Tonic dirumuskan dengan teknologi Biotik kulit kepala Hijab Terobosan, 7 Kompleks Habbatus Sauda dan Ginseng Merah Korea gred tinggi. Melegakan kulit kepala, tidak berminyak dan menyegarkan seperti bau bunga.

Terbukti secara klinikal dapat menguatkan folikel rambut dari akar rambut sebanyak 73%, dengan ketara mengurangkan keguguran rambut dari akar rambut sebanyak 57%, dan menjadikan rambut 4.6x LEBIH LEBAT.
-97% ahli panel berpendapat rambut gugur berkurangan.
-100% ahli panel berpendapat rambut lebih padat dan tebal


Arahan penggunaan: 

  • Semburkan pada kulit kepala
  • Urut secara beberapa minit, kemudian biarkan ia kering.
  • Gunakan 2x sehari.
Untuk hasil yang lebih berkesan gunakan secara berterusan bersama Syampu Kawalan Rambut Gugur SAFI Shayla. Biasanya ketika rambut dalam keadaan lembab lebih cepat untuk menyerap. Seriusly, sedap pakai kepala rasa nyaman dan fresh. Memang best.



Rangkaian lengkap penjagaan rambut mengatasi masalah rambut gugur

Nak share dengan korang 5 step mudah untuk mengatasi masalah rambut gugur. So, untuk dapatkan kesan yang lebih berhasil korang boleh guna set rangkaian penjagaan rambut SAFI Shayla.

1. Syampu - Syampu Anti Rambut Gugur SAFI Shayla dirumus dengan protein untuk menguatkan struktur rambut. Diperkaya dengan Habbatus Sauda untuk melembabkan, melicinkan dan melindungi rambut. Untuk membersih dan rambut sentiasa wangi.


2. Refeshing Scalp Mask - Membantu menghilangkan bau hapak dan minyak berlebihan dari kulit kepala dan rambut. Selain itu, mengurangkan rambut gugur yang berkesan selepas hanya 5 cucian. 



3. Tonik Pelebat Rambut - Terbukti secara klinikal untuk mengurangkan rambut gugur, lebih kuat dan tebal. 



4. Serum rambut - menguatkan struktur rambut untuk membaiki rambut yang rapuh dan lemah. Ia mengurangkan rambut bercabang yang rosak dan menjadikan rambut lebih lembut, licin dan ringan tanpa rasa berminyak. Rambut berbau harum sehingga 72 jam. Disapu pada hujung rambut  



5. Hair Mist - Mengekalkan kelembapan dan nutrien pada rambut yang lebih kuat dan sihat. Cepat kering, tidak melekit dan wangian tahan lebih lama sehingga 72 jam. Sesuai disembur pada rambut dan tudung.


Tips untuk korang, kita kena sayang kulit kepala kita macam kita sayang kulit muka kita. Barulah cantik itu akan datang dengan sendirinya.

So, apa tunggu lagi. Nak tunggu botak baru nak rawat ke? Jadilah antara yang terawal untuk mencuba sekarang. Set penjagaan rambut SAFI Shayla boleh juga terdapat di pasaraya berdekatan, Watson atau pembelian secara online. 

Aku sendiri dah cuba dan memang puas hati. Selain dari dapat mengurangkan rambut gugur, tiada lagi masalah kegatalan kulit kepala. Rambut sentiasa berbau wangi dan segar.

Tag : Gaya Hidup
1 Komentar untuk "Tonik Pelebat Rambut SAFI Shayla Mengatasi Masalah Rambut Gugur."

Wah safi dah ada tonik rambut. Nak kena cuba sebab rambut ana pun banyak yang gugur.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top