Ariff Sufi is here




After 7 years i'm offically mommy of 3 kids.

Wahh..
suka tengok gambar 3 beradik ni. 
Macam2 dugaan mengandung yg no3 ni. Dengan mabuk yg teruknya. Pastu kena buasir pulak time pregnant. Macam-macam hal. Tapi Allah balas dengan bersalin yg mudah.

Macam senang je bunyinya beranak banyak kali (3 je dah)
Nak simpan sini sebagai satu pengalaman besalin di musim pandemik covid19. Besalin di musim pandemik covid19 ni bagi aku susah. Semua benda kena ikut SOP. Suami tak boleh teman, hantar pun sampai depan pintu, kat situ la kita nak peluk cium, minta ampun kat suami. Lambai2 pun sampai depan pintu. Lepas tu masuk dalam, pandai2 la bawak diri.  

Dalam kalut2 nak beranak, dapat berita dari kawan2 kat office tengah kalut buat swab test, sebab one off our klik +ve covid. Allahuakbar! Syukur sangat2 Allah selamatkan kami anak beranak, kalau tak hari tu aku kerja. Kalau ikutkan due aku lambat lagi tapi beranak awal 8 hari.
 
Now, aku baru naik keje setelah enjoy cuti besalin selama 3 bulan.
Nak mula balik ada baby ni bukan mudah.
Tido sentiasalaaa tak cukup, makan nak cepat, mandi kena laju. Semua benda nak kena buat dengan pantas. Kalau boleh berak pun nak cepat. Tapi berak laju2 tak boleh la wehhh... ingat kambing ke taik bulat-bulat. Kalau tengah berak dengar anak menangis terus potong stim. 

Hari yg mengerikan bila baby melalak lambat bagi susu, mana nak mengepam susu. Tido 2 jam bangun bagi susu kat baby. kepala pun dah naik miong. semua benda buat sendiri takde helper (bibik). Ada hari tu nampak baby dah tido aku pun bangun slow-slow. Toleh je belakang tengok dia dah celik mata terkuit-kuit kaki. geram nengoknya. Pernah makan tengahari sambil tangan sebelah dukung baby, makan berdiri je belum. hahaha.
Lama sangat tak beranak kecik kann. now rasakannnn 


Lepas Asar aku dah rasa contraction tapi dah lama sangat tak beranak lupa rasa contraction tu caner. After Ishak turun tanda-darah. Bagi tahu suami, dia yg kelam kabut macam dia yg nak beranak. Yg aku relax lagi siap cakap nak mandi kejap. Dia pulak tak bagi aku mandi. Tapi aku mandi je sebab dulu arwah mak pesan sebelum beranak suruh mandi bagi segar badan senang nak push. Tapi ikut mana yg sempat la. Kalau nak teberanak sangat takkan ada masa nak mandi bagai. Mandi pun just siram air kat badan bagi segar badan.

Otw nak gi hospital. Dalam kereta contraction tu datang 5 minit sekali. Aku kata ni memang nak beranak sangat ni. Jalan pulak sesak dengan polis buat roadblock. Time tu kan PKPB

Dalam pukul 11 malam sampai Hospital Tuanku Azizah, KL (HTA) doktor check jalan dah bukak 9cm. 
Doktor terkejut!
Aku lagi la terkejut. Takut pun hader.
Terus berdebar-debar. 
Biar betik aku nak besalin dah ke?
Keadaan jadi kelam kabut.
Baju tak sempat tukar, jarum tak sempat cucuk (masuk drips).
Punya la laju diorang tolak, sedar2 dah ada kat labour room.

Sampai kat Labour room
Dalam tu ada sorang nurse, sorang doktor. Tak ramai pun macam besalin yg before. Sedih laaa suami tak boleh teman (cakap lagi, tadi dah cakap kah kahh). Memang dah alert pun benda ni. Tapi nak la jugak suami tu ada kat sisi saat kita melahirkan. Apa boleh buat, SOP dah gitu kita ikut la. Tak dapat felling pegang tangan. Aku dah pesan kat baby hanya awak & mama je ada kat dalam ni. Baby keluar mudah je tau. Memang menurut kata, aku push sekali terus keluar. Aku hanya fikir nak keluarkan baby cepat2

Tak lama pun kat dalam LR. Sejam lepas tu aku beranak. 

tepuk-tepuk punggung 'nguweekkkkkkkkkk' dengar baby nangis

Lahirlah baby BOY - ARIFF SUFI seberat 3.4kg pada 12.18 am dengan bersalin normal yg koyak besar & jahit banyak sebab bidang baby lebar. (taip ni pun ngilu ghaserrrrrrrrr) Lega rasa segala sakit yg amat sangat tadi terus hilang. 

Aku terus menangis. Menangis bukan sebab sakit meneran. Menangis sebab takde orang yg boleh aku peluk. wawawa Kalau dulu time bersalinkan Ajid ada juga Amir boleh peluk. Hilang juga rasa sakit dapat peluk walaupun kat bawah tak siap jahit. Kali ni aku sensorang. Sedihhhhhh!! Tapi aku bersyukur sangat-sangat Allah permudahkan urusan bersalin aku. Kejadian tu berlaku dengan pantas, kejap je sakitnya.

Bertahun-tahun tunggu Alhamdulillah diberi peluang untuk merasa pegang baby lagi. Rindu sangat dengan bau sedap baby. Tengah tido pun aku cium-cium dia. paling sedap bau kat leher dia. Bau mashammmmmm ya ampun sedap lahai. Laga-lagakan pipi dia dengan pipi aku lembutttttttt gilee kulit bayi. 


Lepas beranak, doktor check baby, lepas tu timbang, ukur lilit kepala. Dah siap semua pastu baby dibedungkan letak kat sebelah kita. Kita boleh tengok apa yg doktor buat kat anak kita. Semua buat kat dalam bilik yg sama. Best la hospital baru.

Part beranak selesai. Ni nak menjahit pulak. Redho je la nak buat pe pun. Tak kisah la nak jahit tulang belut ke, mata lalat janji cepat2 la selesai. Sepanjang proses menjahit aku sedut gas. Biar lalok kepala ni sedar2 dah siap. 

Dengar pengalaman orang lain kena jahit lagi ngeri. Jahit berkali-kali sebab kulit lembut macam taufufa, asal jahit je koyak, asal koyak je jahit. Memang berkali-kali la orang tu menahan sakit. uhhhh. Tu belum kisah jahit terbukak. Wawawa. Ngilu pulak ghaseeee!! 

Pengalaman aku kena jahit takla teruk sangat. Jahit tetap kena jahit. Setakat ni luka ok & sembuh dengan cepat. Seminggu macam tu aku dah boleh jalan laju. 

Time covid sekarang ni, pelawat tak dibenarkan masuk.
Barang2 semua pass kat guard. Dapat beg aku terus mandi. Memang best la hospital HTA bilik air dekat, ada shower hot & cool. Setiap row ada 2 bilik air. Kalau dulu (Hospital lama) satu tempat tu satu bilik air. Pastu hujung nunnn sana (macam dorm). Sakit2 pon terpaksa jalan nak pegi bilik air.

Tu je pun yg best sebab hospital baru. 

Lepas mandi nak rehat kat katil. 
Baru nak lending kepala, baby dah melalak. Terpaksa bangun amik baby. 
Nak turun katil satu hal. Bukan boleh turun kaki macam tu je. Nak gerak pun kena slow2. 
Baby dah melalak mintak angkat ni.
Hospital gomen takde nya letak baby kat nursing room. Duduk la sebelah engkau ni. Pandai2 la jaga anak sendiri. Melalak ke nak susu ke sumbat la nenen walaupun rasa letih giler baru lepas meneran. 

Petang tu dah boleh balik. Time Discharge suami boleh masuk tapi tunggu kat kaunter. Nampak suami kat kaunter rasa nak belari pi peluk.

Azankan baby pun masa dalam keta. 
Behenti tepi jalan azankan kejap. Amir sendiri yg azankan pada hari yg sama dia lahir. 
Ada yg aku baca minta doktor azankan anak dia tapi doktor taknak. 
Ada betulnya juga.
Takkan doktor nak azankan yg bukan anak dia. Kalau kita pun nak suami sendiri yg azankan. Kang sorang doktor azankan, nampak orang lain pun mintak azankan. Dahhhh satu keje doktor azankan semua baby. 
Kalau yg ceaser tu paling kurang 3 hari duduk hospital.
Pandai2 la nak hidup, bukak youtube azan letak kat telinga anak.

Sakit bersalin memang tak boleh elak. so takde istilah bersalin kat hospital private tak sakit. sakit bersalin tetap sakit. Cuma kelebihan hospital swasta kita di layan baik. Mana tak baiknya, tunggu je la time discharge nanti. Memang baheeekkkkkkk punya bil. Mungkin sebab tu kurang sikit rasa sakit sebab kita di layan baik

Bukan kata hospital kerajaan tak bagus. 
tiga-tiga orang anak aku beranak kat HKL.
Tiap kali after solat aku doa banyak2 permudahkan urusan bersalin aku. 
Alhamdulillah sepanjang bersalin sampai ke discharge semua smooth je.
Pengalaman bersalin ni berbeza-beza. Walaupun dah bersalin banyak kali tapi setiap anak tu tak sama sebab Allah dah tentukan bahagian masing-masing. Bersalin ni pun rezeki. Ada yg besalin normal/ceaser. Dua2 pengorbanan ibu yg melahirkan

Now vaksin covid dah sampai.
Semoga Allah ampunkan dosa2 kita & cepat2 la bawak virus ni pergi. Amen..
Dapatlah kita hidup macam biasa. Rindu nak bersesak-sesak kat Jalan Tar cari baju raya.
Raya ke kita tahun ni? 

Nah, lanjer picture baby, fresh from oven. Baru keluar dari LR

Pehal pandang-pandang. ada masalah ke? Kacau je orang nak tido kejutkan bangun minum susu

Merasa jugak la check-in 2 malam sebab jaundice. 
Tapi disebabkan hospital baru, bilik air pun ok. Takde la stress sangat. Katil pun jarak-jarak selesa sikit.

yeyyy dah balik umah.
Lain pulak rupa dia. Ikut muka Ajid pun adee.

Terus bekepit 3 beradik ni

Selalu kena buli gan kakak tepek bedak. Si adik redho jee.

Terkejut aku. 
Suruh tengokkan adik, kakak dia pegi bedakkan. Adik pun redho tido dengan lena (dah macam red indian)

Alhamdulillah selamat dah semuanya.
Semoga Ariff membesar dengan sihat. Menjadi anak yg sholeh, sayang pada orang tua kamu, taat pada agama. Semua yg baik-baik untuk kamu, doa yg baik & nama baik. Abah, mama, abang, kakak semua sayang kamu. 

-gee-

3 Komentar untuk "Ariff Sufi is here"

Alhamdulilah..tahniah!!

suka bau baby..

Seronoknyaaaaa...senang bersalin...eh nampak besar la baby...bidang dia besar ye..patut mama koyak banyak...tp xpe laa.. pengorbanan seorang ibu kan...

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top