Mamaway Baby Sling | Sekarang ni Ariff dalam fasa asyik nak berkepit je. Pantang letak sure nangis. Dikendong diam, diletak nangis. Menangis bukan sikit-sikit volume, ni terus high pitch macam kena gigit. Geram je dengan dia padahal bukan pergi mana pun. Pergi dapur buat susu. Buat susu macam amazing race. Ariff ni kalau nak tidur masalah sikit. Penat buat susu tadi tak hilang lagi bersambung pulak perang nak tidur. Walaupun anak dah tiga orang tapi still tak dapat lengguk nak mendodoikan anak. Setiap anak lain karakter.
Satu hari tu dapat idea pakaikan baby sling kat Ariff. Elok dia terus tidur dengan lena. Comel je duduk dalam kantung seketul macam tu. Sebenarnya mengendong bayi sudah lama diamalkan oleh ibu-ibu kita dulu. Orang dulu-dulu pakai kain batik untuk kendongkan bayi. Seingat aku dulupun arwah mak pernah kendongkan Azreeq dengan kain batik. Sekarang ada yang lebih moden dan selamat digunakan iaitu dengan dengan Mamaway Baby Sling. Cara pakai pun senang tak payah ikat dan yang paling best ada ring untuk adjust mengikut keselesaan kita.
Ibu-ibu ni seribu dalam satu kerja boleh buat. Sambil kendong anak pun boleh buat kerja lain. Nak memasak, nak jemur kain pun takde masalah.
see, tepuk-tepuk dah lena.
Cuti bersalin selama 3 bulan aku gunakan sepunuh masa untuk bersama Ariff, ke hulu hilir mengendong anak, no makeup, rambut serabai, no helper, anak yang tak bagi kerjasama. Tapi inilah the moment yang aku akan ingat mengendong budak ni setiap pagi walaupun tak mandi. #realmomlife.
Pemilihan baby sling yang bagus adalah aspek keselamatan untuk bayi.
Mamaway Baby Sling Features :
# 1. Ciri reka bentuk keselamatan
Kualiti bahan yang lebih selamat - Kekuatan Durable Ring yang mampu menampung beban sehingga 50kg tanpa masalah terbukti dengan menjalani ujian (laporan Ujian SGS:SGS-TW11863650). Ring diperbuat 100% Nylon66 bahan yang digunakan pada payung terjun/parachute. Tidak meregang, memusing, membengkok, atau kerosakan panas
# 2. Kualiti Premium Cotton
Mamaway Baby Sling ini diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Kain cotton bersifat lembut, tak panas dan selamat pada kulit memberi keselesaan pada bayi berasa lebih selamat. Ukuran sling yang panjang boleh digunakan sebagai nursing cover.
# 3. Bahan keselamatan
Memenuhi standard keselamatan Antarabangsa-Diluluskan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk 'sihat pinggul'. M-kedudukan apah tidak boleh dibiarkan tergantung. J-Kedudukan joki pinggul bayi dibengkokkan dan lutut sedikit tinggi daripada punggung
# 4. Mudah diguna
Mamaway Baby Sling ini senang di bawa kemana-mana. Boleh diletak dalam handbag/diapers beg dengan mudah. Rekebentuk yang kemas mempunyai hidden pocket memudahkan baby sling ini disimpan. Pack up, grab & go. Senang kan!
# 5. Reka bentuk yang praktikal - Nursing Cover
Reka bentuk yang praktikal boleh dibuat sebagai nursing cover. Kain selendang yang panjang boleh menutup aurat ketika menyusukan bayi di tempat-tempat yang bersesuaian. Kadang-kadang bayi ni kalau nak menyusu bukan kira tempat. Terpaksa susukan bayi bagi dia diam.
Kedudukan spine & M berbentuk C
Rekabentuk Baby Sling Mamaway selamat untuk pinggul bayi. Bayi yang kita kendong mesti betul dan mempunyai tulang belakang berbentuk C semulajadi. Soket pinggul, peha dan lutut harus kelihatan seperti huruf M, lutut sedikit lebih tinggi daripada pinggul. Sendi pinggul-paha-lutut harus disokong sepenuhnya untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada sendi pinggul
Overall, sepanjang tempoh cuti bersalin 3 bulan sangat berguna Mamaway Baby Sling ni pada Ariff. Sesuai pada baby yang baru lahir kerana dapat menampung leher mereka masih lembut. Dengan mengendong bayi dapat merasa diri mereka selamat di dalam dakapan ibu. Nak buat kerja rumah pun senang, cara pakai pun mudah dengan hanya sling melalui ring. Lepas tu boleh adjust ketatkan ikut selesa kita macam pakai tali pinggang. Sesuai untuk newborn sehingga berumur 3 tahun.
Sakit pinggang tak kendong anak lama-lama?
Pengalaman menggunakan baby sling ni, aku tak kendong anak sampai berjam-jam. Nampak dia dah lena aku letakkan dia dalam baby court. Tapi make sure anak betul-betul lena baru boleh letak. So far bawak keluar jalan-jalan pun easy. Baby tidur dengan lena. Nak makan/shopping pun senang. If korang pakai ada rasa sakit bahu atau pinggang. Cara untuk legakan dengan menukar sisi setiap 30 minit, dengan cara ini tidak meletakkan berat pada satu sisi badan.
Good news!! untuk pembaca blog Jepun Mari enjoy RM25 off for purchase over RM200 dengan mengunakan kod MAMABLOG-JEPUN
Kalau korang tengah mencari baby sling yang bagus dan fleksible boleh cuba Mamaway Baby Sling purchase online di https://bit.ly/3k8h5Hc Sekarang ada promosi dari harga asal RM250 less sampai RM189.90. Ada pelbagai pilihan corak warna yang menarik. Bukan itu sahaja, ada bermacam produk bayi seperti maternity & nursing bra, moon pillow, core support, lingerie.
Tag :
Gaya Hidup
2 Komentar untuk "Senangnya ada Mamaway Baby Sling"
Muka sebijik macam Abang dia erk? Geram pipi tu haha...
amboi kemain lena dia tido dalam tu. selesa sangat lah tu ye. kih kih
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.