Bulan yg lepas-lepas (tak ingat bila) sempat juga aku book satu hotel kat Cyberjaya (Ini kejadian before kes covid mencanak naik) Aku pun dah ok sikit dari mabuk todi yg amat dasyat. So saje nak staycation kat DashBox Hotel kat Cyberjaya. Sian budak2 ni dah lama tak bercuti sampaikan Ajid cakap setahun kita tak tido hotel. Pastu malam tak boleh tido.. tergolek sana, tergolek sini. Asyik cakap benda yg sama ulang2 'tak boleh tido laa mama, dah lama tak tido hotel' kesiannnnn budak2 ni. Ha hahaa
Pernah stay kat sini dulu. Boleh cari kat entry yg lepas.
Melinjor dah budak dua orang ni. Ajid tu kasut sport aku pun dia dah boleh pakai. Time pkp ari tu selipar dia putus aku ukur kaki aku pi kedai beli. Sementara tu pakai selipar mama, merempan2 dia terpaksa pakai selipar fink. Kihh kihh.
kat sini ada 3 jenis bilik
yg dalam kontena.
Studio room (single bed or queen bed)
Deluxe room
Kali ni amik studio room queen bed. Setakat ni longgokkan 4 orang tido atas ni muat lagi. Dashbox ni tak spacious ya. Room dia kecik kalau berjalan berlaga punggok. part bilik air besar pulak, boleh berkuak lentang dalam tu. kalau dah ber-5 terpaksa amik deluxe room yg kat atas.
Bilik air separate macam ni. Ada shower
Pool dia besar dan ada slide. Pool kids separate dengan pool adult. Budak2 ni taknak mandi kat pool kids. Aku memang book taknak mengadap pool view sebab macam takde privicy. Orang lalu lalang boleh nampak kitew kat dalam tu.
Makan malam kitorang makan kat Ayer 8. Mengandung kali ni memang malas gilerrr nak snap gambar. Kalau dulu setiap food aku snap. Yg ni selfie pun malas apetah lagi nak keluarkan fon dari beg pun malass.
Gigih nak possing bagi nampak kurus. Hahaa. Padahal perut tu nak sorok mana? Mengandung yg ni suka lawa2. Keluar nak makeup sikit. Pakai lipstik, blusher, natural eyeshadow. Baju pun nak begaya. Kadang rajin nouu pakai cardigan walaupun cuaca kat Malaysia ni tak berapa nak salji.
Tamat sudah staycatian yg tak seberapa ni. Aku pun tak tahu nape suka pegi Dashbox ni. Padahal tak special mana. Bilik tak spacious, tempat makan jauh sikit, jauh dari orang. Aku rasa part yg best budak2 ni suka sebab senang nak excess ke pool. Pool dia besar & ada slide for kids & adult. Sebab tu kot jadi favorite place, kita layan jewwww.
Dashbox Cyberjaya
Cyberjaya
Tag :
Hotel Review
2 Komentar untuk "Staycation DashBox Cyberjaya Again."
Berseri-seri nampaknya Zie..
Bila due ni? Roger akk tau bila dah deliver 🤗
PH : dah besalin dah kak bulan 12/2020 ritu. Hihi
Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.
Terima kasih atas komen anda.