List barang keperluan newborn dan ibu ke hospital sebelum besalin.



Biasa lah bila menunggu hari ni kena sediakan barang keperluan newborn dan ibu nak bawak pegi hospital. Dengan pengalaman 2x besalin yg tak seberapa ni, kali ni bijak sikit nak sediakan beg mengikut keperluan bukan kehendak. Pregnant yg ke-3 ni aku lebih bersedia dari segi barang baby dan semasa berpantang. Nak recycle barang abang/kakak dia pun dah takde. Car seat/stoller/baju semua aku bagi kat orang. Kalau fikir memang kos nak beli baru. Tapi cemana nak cakap ehh. Murah rezeki si kecik ni ramai kawan2/sedara mara hadiahkan barang baby untuk dia. Syukur sangat2. Sebenarnya kita ni yg menumpang rezeki anak, bukan anak2 yg menumpang rezeki kita sebab setiap anak yg lahir tu Allah datangkan rezeki bersamanya. Ingat tu!


Barang-barang keperluan baby:

1. Baju baby newborn 3-4 helai - baju newborn baby tak payah bawak banyak sebab nanti pakai baju hospital. Time balik pakai baju sendiri.

2. Pampers newborn - yang ni pengalaman diri sendiri sepanjang 2x besalin yg dulu beli pampers newborn Momy Poko. Konon nanti baby sleep tight. Tapi bila dah ada pengalaman, Baby newborn banyak kali berak-kencing. Dalam sehari lebih 10x tukar lampin. Untuk newborn aku pilih Drypers. Sangat berbaloi pakai newborn Drypers. Jimat pun jimat, kualiti pun ok. nak lagi murah beli kat shoppe beli yg jumbo pack. Bila baby dah besar sikit nak pakai pricey pun tak pe. Macam Momy Poko ke. Tapi aku pakai PetPet je kualiti tiptop.

3. Sarung tangan dan stokin baby (mitten baby) - bawak dalam 2-3 helai. Kalau tak pakai mitten nanti habis muka kena cakar.

4. Wet tissue - bawak 1-2 pax. wet tisu beguna untuk basuh berak-kencing baby kat hospital. Kat rumah basuh pakai spray air. Wet tisu ni kadang memang tulis situ free alkohol tapi tak semua skin baby tahan dengan wet tisu. Basuh pakai air lagi bagus. 

5. Bedung baby - bawak 2 helai cukup. kat hospital pakai kain hospital. Time nak balik baru pakai kain bedung sendiri.

6. Towel baby - bawak sehelai. Kadang tak pakai pun towel baby. 

7. Barut baby - bawak sehelai je cukup. Bawak yg wrap. Biasa tak sempat pakai dah discharge.

8. Pamp susu - taknak bawak pun takpe. Masa kat hospital banyak bagi direct bressfeed. Pamp susu aku pakai Madela swing. Bejasa sangat Madela aku ni. Dulu2 tak banyak jenama pamp susu. Sekarang belambak jenama pamp susu kat pasaran. Pandai cari dapat yg murah lat shopee.


Sekarang barang si ibu pulak. Pengalaman besalin yg dulu bawak barang tah hape2. Macam nak duduk seminggu kat hospital. Now dah bijak sikit bawak yg betul2 perlu sajee. 

Bag si ibu :

1. Nursing bra & panties - bawak 2-3 helai nursing bra & panties. Ikut suka nak bawak berapa helai.    

2. Maternity pad - Biasanya baru lepas brsalin darah nifas banyak keluar,  untuk maternity pad aku pakai jenis overnight. Aku pakai jenama INTIMATE sebab jenama ni je yg sesuai dengan skin. Kalau pro boleh la pakai pad hospital yg ikat tali. 

3. Toiletries - bawak set mandian dalam bentuk travel pack. Pack dalam botol kecik2. Bawak la sabun/shampo/ubat gigi/sikat/getah rambut dan yg korang rasa perlu.

4. Towel mandi - bawak sehelai.

5. Stokin tebal - bawak dalm 2 helai. 

6. Sweeter 

7. Kain batik/skrit - Pengalaman besalin yg dulu masa discharge aku pakai kain batik. Pastu terkial2 nak mengikat. Memang jarang pakai kain batik. Kalau ada pun boleh kira dengan jari berapa kali pakai. Mujur time tu husband ada dia ikatkan kain aku macam kain pelikat. Bantai la labu. Kali ni dah bijak sikit, time discharge aku pakai skrit.  Kain batik aku bawak juga tapi buat stanby.

8. Minyak Panas (semestinya Nona Roguy) - berguna sangat minyak Nona Roguy ni. Lepas mandi sapu minyak Nona Roguy kat seluruh  badan dan kaki. Pastu pakai stokin. Kadang aku titikkan sikit kat pad. Berangin je kat bawah tu. Luka pun cepat sembuh. 

9. Selipar toilet - bagi aku selipar toilet penting juga. Sebab masa besalin dulu selipar toilet tak bawak, pakai sandal yg lawa sikit habis kembang. Dah sakit mana kita nak ingat apa. Apa yg ada depan mata itu yg kita sarung.

10. Tudung sarung (2 helai) 



Barang-barang keperluan lain semasa berpantang 
  • Kapas nak cuci pusat baby
  • Mandian bayi
  • Tuam bayi
  • Pakaian bayi/barut
  • Bantal menyusu
  • Minyak telon untuk elakkan kembung perut
  • Nappy rash cream 
  • Botol susu (stanby kalau susu badan tak berapa banyak terpaksa topup susu formula)


Barang keperluan ibu semasa berpantang :
  • Bengkung - untuk bengkung aku stanby dua. Satu yg wrap satu lagi bengkung tali. Masa bepantang banyak pakai bengkung tali. Masa pantangkan Ajid sempat juga merasa pakai bengkung lilit. Bengkung tu ikat kat gril pastu pusing bagi tegang. Sekarang nak mudah pakai yg tali. Cepat pun cepat. Aku rasa lagi elok pakai yg tali sebab kemas & tak longgar. Kalau pakai yg wrap tu kejap2 longgar. Satu hal nak bukak wrap bagi ketat. Bengkung wrap aku pakai time nak pegi hospital. Takde la perut tu mengeleber tak berbengkung 
  • Supliment - masih continue supliment Shaklee vita-c & ostemetrik (tak amik set). Vita-c menyembuhkan luka besalin dengan cepat tak kisah la besalin normal atau ceaser. Vit C highly recommended jugak la. Sebab boleh menguatkan imun badan supaya tak mudah dijangkiti penyakit (batuk/selsema). Untuk baby juga melalui susu badan. Ostemestrik pulak elok untuk lawas mengelakkan dari sembelit.
  • Mandian herba - boleh pakai 3 kali rebus. 
  • Bertapel - aku pakai jenama Sariayu. Dulu2 tapel ni dalam bentuk serbuk. Kena bancuh pastu sapu kat seluruh badan. Bila dah kering habis berdebu satu rumah termasuk tilam. Sempat jugak merasa yg serbuk. Sekarang dah moden dalam bentuk tiub. Nak suggest kat korang memang best giler tapel Sariayu ni. Lepas mandi sapu kat seluruh badan, badan jadi fresh. Aku memang suggest sangat tapel Sariayu. Ada jual dalam bentuk set.
  • Pilis - pilis pun pakai Sariayu. Masa pantangkan Ajid sempat juga merasa pakai pilis yg bancuh tu. Dah kering jatuh-jatuh pilis kat lantai. Sekarang dah moden dalam bentuk krim, tepek je kat dahi. Best sangat rasa berangin. Pilis bagus untuk mata. 
  • Minyak herbanika Nona Roguy - sapu kat seluruh badan. Kadang aku titikkan sikit kat pad bagi cepat baik luka bawah tu. Seminggu luka dah ok.
  • Losyen Dara bonda Neng Salmah - ni memang aku suggest. Sangat-sangat best gilerr. Losyen bonda Neng Salmah untuk mengempiskan perut dengan cepat. Sebulan pakai dah nampak hasil. Orang dulu2 nak kempiskan perut letak kapur campur dengan limau nipis. Tapi perut aku tak tahan jadi gatal. Kalau korang pun kulit sensitif, aku suggest sangat beli losyen dara Neng Salmah. Tak rugi beli sebab nak sapu pun senang tak melekit. Tak payah nak bancuh. Lepas sapu losyen ni pakai bengkung. Lagi cepat proses nak mengempis.


Minyak bio-oil aku pakai time pregnant. Elok untuk mengurangkan stretchmark kat perut.


Dah siap packing jangan lupa letak dalam keta. Ni aku listkan ikut yg rasa perlu. Untuk barang bepantang kalau ada bajet lebih boleh amik yg set. Macam aku takde keperluan untuk amik set, kadang sampai ke expired tak berusik. Aku beli yg betul2 aku pakai. Masa bepantang segala jamu/pil perapat aku tak makan sebab aku kan breastfeed, risau kat baby kalau tak tahan. Masa pantangkan Ajid dulu pernah makan Phytonatal Nona Roguy pastu baby cirit. Sian dia sampai melecet2 bontot sebab kerap berak. Aku cuma makan Vit C & Ostemetrik Shaklee. Kalau sejenis yg tak suka makan banyak2 supliment, gabungan dua ni dah cukup untuk korang amik. Tak payah pening2 amik set. Sometime rugi. Hihiii.. 


-gee-



0 Komentar untuk "List barang keperluan newborn dan ibu ke hospital sebelum besalin."

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top