Review Tamil Movie



Lama giler menahan diri dari tengok cerita tamil. Sekarang ada mood nak layan. Masa mengandung tak boleh tengok movie lama-lama sebab sikit-sikit nak muntah. Ada beberapa movie yg dah aku tengok. 




1. Khuda Haafiz (2020)
Rating : 7.4/10
Language : Hindi 

1st kena tengok filem ni sebab thriller jenayah inspired by true stories. 
2nd sebab pelakon dia Vidyut Jamwal. Aku start terminat sejak dia belakon dalam cerita Commando. Base from army family, watak yg kasar, ganas sesuai la dengan muka yg petak dia tu.
Kisahnya Sameer (Vidyut Jamwal) berkahwin dengan Nargis (Shivaleeka Oberoi) setelah diorang di jodohkan oleh orang tua mereka. 

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2007 yg berlaku kegawatan ekonomi.
Krisis kewangan tahun 2008 menyebabkan diorang menggangur.
3 bulan selepas itu diorang dapat kerja di Noman dari sebuah oversea agency. Tapi Nargis perlu dulu Sameer pergi kemudian.
Lepas Nargis sampai kat Noman, dia call Sameer dalam keadaan panik, dia bagi tahu dia kena culik.
Apa lagi tak senang duduk kawan tu.
Sameer terus fly ke Noman.

Kat sana Sameer berkenalan dengan seorang taxi driver yang bernama Usman.
Dia cerita tujuan dia ke Noman. Usman ni yang banyak bantu Sammer.
Sampai sana dia buat report polis atas kehilangan isteri dia, tapi macam takde progress. Pergi kedutaan India pun takde progress.

Sameer terpaksa menyamar jadi telecom company untuk dapatkan maklumat dari phone number yg Nargis guna hari tu. Owner phone tu Shirazi. Shirazi ni pula ada rumah pelacuran.
Sameer pegi rumah pelacuran Shirazi sebagai pelanggan dengan tujuan untuk cari isteri dia.
Sedih masa bila Sameer di beri album untuk pilih pompuan mana satu yang nak tapi terjumpa gambar isteri dia.
Jumpa isteri dia dalam keadaan mamai macam kena dadah.
Then what? ingat senang-senang boleh bawak bini dia lari macam tu ajeeeee kee. 
Macam2 benda dia buat untuk melepaskan isteri dia dari mafia pelacuran. Kisah tentang orang biasa yg bermatian menyelamatkan cinta hatinya dari jenayah pemerdagangan manusia. 
Kalau korang tengok cerita macam ni, ending antara dua. Samada dia jumpa isteri dia hidup atau mati. 
tapi ada plot twist kat situ.

Cerita ni lagi best dari apa yg aku cerita, korang pandai-pandailah cari cerita ni kat mana. 
Moral of story, jangan mudah terpedaya dengan sesuatu perkara. Tak semua di depan mata indah. Siasat dan buat research, biar bersusah sikit dari menyesal kemudian hari.



sumber : google

2. Paa (Father) 2009
Rating : 7.5/10
Language : Hindi

Dalam cerita ni anak beranak berlakon Amitha Bachan jadi anak, Abasyek Bachan jadi bapak. Kisah emotional yg berjaya buat aku merembes. 

Kisahnya, Amol Arte (Abhisek Bachchan) Vidya (Vidya Balan) study sama-sama kat oversea. syok sangat becinta sampai terlanjur, Vidya mengandung. Amol suruh Vidya gugurkan kandungan tu sebab diorang masih muda. Amol pula seorang yg bercita-cita nak jadi ahli politik yg terkenal & berjaya. Tanpa pengetahuan Amol, Vidya tak gugurkan kandungan tu. 

Vidya balik India lahirkan Auro. 
tapi sayangnya anak mereka lahir cacat. Auro ni mempunyai penyakit genetik yg menampakkan lebih tua dari umur asal, kepala membesar lebih cepat dan rambut tak tumbuh. Kalau ikut tahun umur Auro baru berusia 12 tahun tapi rupa dan keadaan Auro macam umur 70 tahun.
Walaupun Auro mempunyai kecacatan fizikal tapi dia seorang pelajar yg pintar dan cergas. 
Vidya dan emak dia membesarkan Auro.

After kejadian tu Amol dah lost contact dengan Vidya. 

Beberapa tahun kemudian, Vidya menjadi doktor pakar sakit puan yg berjaya. 
Amol pulak dah berjaya jadi ahli politik yg terkenal. Masing2 dah berjaya dan masing2 buat hal sendiri. One day Amol di jemput ke sebuah sekolah rendah untuk menyampaikan award pada pelajar pintar. Amol tak kenal Auro, tapi dia dapat rasakan sesuatu kat Auro. 

sejak dari tu hubungan diorang semakin rapat. Sehinggalah diorang dapat tahu mereka adalah anak & bapak. 

Korang should tengok sebab cerita ni berjaya buat aku merembes. 
Nampak tak poster yg aku post kat atas? Benda yg paling aku tak percaya pelakon sebagai Auro adalah Amitha Bachchan. What? Banyak kali aku telek tang mana rupa Amitha Bachchan yerrr.. Serius, dengan kuasa makeup watak Auro berjaya di bawa.



3. Drishyam (2015)
Rating : 8.5/10
Language : Hindi

Aku tak jumpa cari poster Drishyam Hindi, yg ada poster Drishyam Malayalam pun jadik. Sama je bezanya aku explain bawah ni.

Filem ni filem Hindustan di tayangkan pada tahun 2015 berdasarkan satu filem tamil (Malayalam) pada tahun 2013. Kedua2 filem ni aku dah tengok. Jalan cerita sama cuma bahasa yg berbeza. Filem tahun 2013 pelakon dia Mohanlal. Tahun 2015 pelakon dia Ajay Devgan dan Tabu. Korang boleh pilih nak tengok versi mana. Kalau aku compom tengok siapa pelakon baru minat nak tengok. Tapi dua2 aku layan. 

Yg aku ni tengok ni versi Hindustan 
Kisahnya, Vijay Salgaonkar (Ajay Devgan) suka menonton filem di kedai setelit milik dia. Vijay jarang balik rumah pada waktu malam sebab dia terlalu taksub dengan genre filem dia. Dia boleh tengok filem all the night.

Then, anak perempuan dia Anju join satu kem yg di anjurkan sekolah. 
After kem tersebut, seorang budak lelaki Sameer datang berjumpa Anju tunjuk video Anju sedang mandi di kem. Sameer ugut Anju untuk jumpa dia malam ni kalau tidak video mandi Anju tersebar. Anju takut lalu dia bagi tahu mak dia. Mak Anju merayu pada Sammer supaya padam video tu, tapi Sameer taknak. Sameer cakap dia boleh padam video tu tapi buat hubungan seks dengan dia. Kurang ajar punya budak. Bawah umur dah pandai seks ni.

Berlaku bergelutan rebut telefon, dengan tak sengaja Anju ketuk kepala Sameer sampai mati. Then, diorang tanam mayat Sameer kat laman rumah diorang. Paling terkejut Sameer ni anak tunggal Jeneral Ketua Polis IG Meera (pelakon dia Tabu). Tabu ni dah tua pun cantekkkkkkk.

Keesokkan paginya Vijay balik rumah tengok anak bini dia menangis ketakutan.
Di sinilah bermulanya cerita ni, Vijay menggunakan ilmu yg di pelajari dari menonton filem bagi menghapuskan semua bukti pembunuhan Sameer. Vijay mencipta satu alibi palsu yg kesemua bukti berpihak pada dia.
Vijay didapati tidak bersalah kerana takde bukti yang menunjukkan dia membunuh. Sampai ke sudah polis tak jumpa bukti.
Sangat bijak di situ & pelik. errmmmm

Matlamat Vijay hanya satu, nak selamatkan keluarga dia dari masuk penjara. Vijay sanggup buat apa saja demi keluarga dia. 
Keluarga diorang ni berkali2 kena siasat dengan polis TAPI macam mana wife dan anak dia boleh stay pada statement yg sama? 
Korang patut tengok filem ni sebab cara Vijay wujudkan alibi palsu sangat psiko. Dia tanam mayat Sameer kat tempat yg korang takkan agak. Sampai ke sudah polis tak jumpa mayat tu. Membunuh memang salah tapi demi menjaga maruah keluarga kadang-kadang tindakan melampau batas. 
Tak tahu nak describe.. ermmm

 
sumber : google

4. Drishyam 2 (2021)
Rating : 8.7/10
Language : Malayalam

Filem ni baru di tayangkan pada tahun 2021 versi tamil sambungan dari Drishyam tahun 2013. Dengar cerita versi Hindustan akan siap pada tahun 2022. Pelakon Ajay Devgan dan Tabu. Kita tunggu dan lihat. Mungkin!

Drishyam 2 aku tengok versi Malayalam. Pelakon Mohanlal.
Filem ni sambungan dari Drishyam (2013) di mana dalam diam polis masih meneruskan siasatan tentang kes pembunuhan anak Jeneral Ketua Polis. 

Pihak polis macam tercabar dengan keluarga Geogekutty (Mohanlal) kerana mempermainkan jabatan polis. Pihak polis tahu keluarga Geogekutty menipu tapi polis takde bukti yg kukuh untuk sabitkan kesalahan membunuh. Disebabkan Geogekutty minat terhadap filem, dia berjaya membuka sebuah panggung wayang sendiri. Kemudian dia plan nak buat satu filem. Tanpa sedar sebenarnya filem yg dia nak buat tu berkisar tentang kehidupan dia.

After 6 years, pihak polis berjaya jumpa tempat Geogekutty tanam mayat Sameer. 
Bila dah jumpa mayat, aku rasa cerita ni berkahir kat situ, tapi tidak yaaaaaaaaa.
yg bestnya Geogekutty dah well plan. Dia dah persiapkan diri dia in future. Setiap perkara yg dia buat ada kepentingan. Dia wujudkan satu persahabatan dengan pengali kubur, pengawal keselamatan forensik semua ada agenda tersendiri.  
Apabila dia meletakkan keluarga di depan tiada benda lain yang boleh mengatasi segalanya. 
Aku rasa ending dia sampai tu. Tak mungkin ada Drishyam 3. 


sumber google

5. God Father (2020)
Rating : 5.7/10
Language : Tamil

Kisahnya, ada seorang ketua gengster mempunyai anak berusia 7 tahun. Anak dia tengah nazak dan ada masalah jantung. Doktor bagi tahu kalau nak dapat penderma jantung yg sesuai que sangat panjang. Doktor bagi cadangan cari budak yg sepadan dengan anak dia, buat mati otak then boleh pindahkan jantung ke anak dia. (Vongok punya doktor)

Konco gengster ni merata cari budak yg sepadan dengan anak ketua dia. 
Salah sorang gengster ni dapat maklumat ada budak yg sepadan bernama Arjun yg tinggal di kawasan rumah pangsapuri. Semua gengster ni pergi cari budak ni.

Adhiyaman bapak Arjun dapat tahu gengster cari anak dia nak jadikan korban.
Bapak mana yg sanggup serahkan anak dia bulat-bulat. Ashiyaman berusaha sedaya upaya selamatkan anak dia dari kena tangkap oleh ketua gengster tu. 
Cerita ni dari awal sampai akhir berlaku di sekitar rumah pangsapuri 12 tingkat. 
Banyak aksi di tangga, lif pun macam hampeh.
Jiran2 kat rumah tu banyak tolong diorang dari kena tangkap. Macam main hide and seek.
Penduduk kat situ dah buat report polis sebab gengster ni mengacau punduduk.
Punya banggang polis tu berkomplot dengan gengster tu. Dia boleh cakap selesaikan urusan kou kat sini cepat, bawak budak tu pergi sebelum sampai ke tuan pesuruhjaya. Bodo kan!
Budak tu selamat atau tidak? Apa jadi dengang ketua gengster? Konco-konco dia?
Itu korang kena tengok. Boleh la nak layan. Jalan cerita tak berat. Biashee biasheee je











5 Komentar untuk "Review Tamil Movie"

For sure akan cari cerita Paa tu. Nice review

This comment has been removed by the author. - Hapus

menariknyaa thanks review! mungkin boleh cuba buat video pula kak

Salam kenal..dah lama follow blog ni

Khuda Hafiz tak pernah tgk. tp hero dia tu my favorite. hehehee.. pandai ek. dia hindu berlakon cerita ala2 islam gitu.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top