Berpantang bersalin. Pantang moden vs pantang tradisional




Bertahun nak kumpul gambar ni.
Gambar ni di ambil pada dah hujung2 nak beranak. (37weeks)
Tahun 2011-Mengandungkan Ajid perut aku comel je macam di sumbat bantal. Nampak kecik tapi mengembang dengan jayanya. Perut aku ni jenis nipis tapi kalau sekali mengandung haah kou besar macam mengandung kembar. 
Mengandung anak sulung tak berapa kembang sangat sebab baru nak mencari ruang kosong. Tapi last-last final berat aku cecah juga 55kg juga dari berat asal 45kg.
Baby keluar berat 3.2kg. 
Time pantang nak turun ke berat asal tak susah sangat sebab baru anak sorang kan. Badan pun tak besar.

Tahun 2013-Time aku mengandungkan Fina semua takut tengok perut aku sebab besarrrrrrrr.
Kalau jumpa semua tanya anak kembar ke? letih nak jawab sebab yg kat dalam ni sorang je. Time mengandungkan Fina aku memang tak larat bawak perut. Perut aku besarrrr. Berjalan pun dah macam pingu. Kaki start membengkak. 
Setiap hari Amir akan tunggu aku kat parking untuk hantarkan sampai pintu office. Setiap hari! 
Faham2 je la parking kat HKL ni jauh-jauh. Kalau hari2 ulang alik bejalan boleh terberanak time bejalan.
Hujung2 time nak beranak timbang berat aku almost 65kg. Tinggi 150cm. 
Boleh bayangkan tak sebesar mana aku mengandung Fina dengan tinggi hanya 150cm berat 65kg?
Dah macam king kong bejalan.
Besalinkan Fina berat 3.7kg

Tahun 2020-Mengandungkan Ariff lagi besar aku. 
tengok pipi aku pun dah tahu tahap gajahnya aku. 
Final berat aku 75kg. Naik 16 kilo kou. Bising tak bising la doktor sebab berat badan aku naik dengan mendadak. 
Sepanjang mengandung takde masalah, kencing manis takde, darah tinggi takde, baby ok, problem aku cuma bp low. Jenuh la nak bagi naikkan bp. Macam2 benda makan tapi tak mahu juga. 
Nak kata makan banyak sangat pun tak juga sebab aku makan still macam biasa. Tapi tak tahu macam mana berat badan boleh naik dengan banyak. Kadang ada juga aku bedal nasi 2 pinggan, dah lapar makan je laaa
Tiap kali checkup berdebar2 sebab risau mesti kena tazkirah dengan nurse.
Time Ariff keluar dengan berat 3.4kg

 

Nampak tak setiap kali mengandungkan berat badan akan naik, tak banyak sikit mesti naik.
After beranak body dah different. Akan ada kembang sana, lebar sini. tu normal kan.
Macam aku setiap kali mengandung mesti naik 10 kilo, time mengandungkan Ariff naik sampai 16 kilo, terkejut aku.
Nampak tak, dari berat 75kg nak kejar ke berat asal 59kg jauhhhhhhhhhh lagi.
Usaha lebih kat situ.
Aku memang target time berpantang je aku boleh lost weight dengan banyak. Sebab time berpantang je kita boleh control makan & ada masa untuk sihatkan badan. 
Kalau aku biar je badan aku membuntal, tak ambil tahu langsung bab pantang2 ni, aku rasa badan aku besar macam di pam-pam.

SEMASA BERPANTANG

first sekali, kurangkan "expectation" dari realiti sebab takut "frustration" pulak yg datang. Memang kita dah bersedia untuk berpantang sendiri tapi realitinya tidak seperti yang kita harapkan. Hujung-hujung frustration yg datang 
Bersalinkan Ariff aku berpantang sendiri kat rumah sendiri. 
Aku tak ambil CL (confinement Lady) sebab aku bersalin time PKP. CL pun tak boleh datang time PKP ni. Nak hire CL pun tak mampu, dua minggu pertama ucu gan husband yg banyak bantu.  
Lagi pun aku dah ada pengalaman berpantang anak pertama & kedua, anak yg ke-3 ni aku berpantang sendiri.

Setiap pagi aku mandi dulu sebelum Amir pegi keje. Sementara tu Amir tengokkan baby.
Setiap pagi aku mandikan baby 
Makanan pantang Amir dah siap masakkan. Nak sediakan makanan orang berpantang tak susah sangat, masak yg simple macam stim/grill/bakar-bakar/no oily.
Tak tahu masak? para bapak pi google cara masak masakan pantang isteri.

Bab berpantang moden vs berpantang tradisional sampai bila2 pun tak habis. Bukan kata berpantang cara orang lama semuanya betul/salah tetapi hakikatnya buatlah sesuatu dengan ilmu.
Berpantang bukan nak jaga body jadi lawa semata-mata, nak elak perut buncit, tapi nak healing boby to total health.
Aku suka bau herba. 
Aku suka lumur badan aku dengan lotion herba (bertapel). 
Aku suka mandi herba. Segar je badan bila dapat mandian herba. 
Semenggah sikit nampak orang baru lepas bersalin. 
tapi jamu je aku tak berapa nak makan sebab aku breastfeedingkan Ariff. 
Bagi aku rawatan herba untuk ibu bersalin dah lama di amalkan sejak beratus tahun dulu. Herba ni semua banyak membantu ibu-ibu yg dalam berpantang.
Kalau  korang suka perubatan moden, taknak herba terpulang pada diri masing-masing.
Ikutlah mana yg sesuai dengan badan dan kemampuan korang.

  • Nak pakai bengkung, pakai. (bengkung memang kena pakai. Kemas perut tu bila berbengkung. Aku ada 3 jenis bengkung (bertali/wrap/pin), ikut mood nak pakai yg mana. Aku suka pakai bengkung yg tali sebab boleh adjust ketat tahap nak mana)
  • Nak makan jamu, silakan (Aku tak makan sebab breasfeeding).
  • Pakai kain batik, pakai. (boleh kira berapa kali aku pakai kain batik, aku memang tak reti berkain batik sebab risou je bila tido kang kain naik ke muka, bawah sejukkkk. Aku banyak pakai skirt. Pakai seluar (palazo) after 3 weeks bersalin. Sebab kalau pakai seluar awal2 nak kencing susah. Better pakai skirt senang nak urus, paham kannnnnnnnn)
  • Stokin pakai, pakai. (aku pakai time sejuk, tengahari aku buka je. Dah kenapa panas2 nak pakai stokin, cuaca kat Mesia tak cukup sejuk nak all the time BERSTOKIN)
  • Bertapel/param, done (yg ni wajib pakai sebab aku suka bau rempah. After mandi aku lumur lotion (bertapel) satu badan, aku pakai lotion Dara Bonda Neng Salmah. Memang terbaik lotion ni best sangat bila pakai badan rasa berangin. Ni bertapel cara moden)
  • Nak bertungku, done (untuk 2 minggu pertama aku bertungku 2 kali sehari - pagi & petang, selepas tu aku bertungku sehari sekali ikut mana yg sempat, kadang petang)
  • Pakai pilis, pakai (kalau rajin beli set Sari Ayu, PARAM, PILIS, TAPEL. Aku tak amik set, aku beli pilis. Pilis dia macam lotion letak kat dahi berangin je. Ada orang tak suka letak apa2 kat muka dia. terpulanglah)
  • Minum air secukupnya. (air kosong tak kira suhunya berapa kalori. Matahari panas lit-lit suruh minum air panas dah kenaapaaaaaa? )
  • Makanan (makan minum seperti biasa. Ikut sukatan suku karbohidrat, suku protien, separuh sayur dan buah) Aku ada share makanan berpantang aku kat bawah. 
  • Berurut, paling suka. (disebabkan aku beranak time PKP nak cari tukang susah sikit. After 3 minggu bersalin baru aku dapat berurut. Berurut ni best, sedap gile badan kena urut. Masa mengandung aku sakit pinggang, ni lah masa aku nak ber Spa.)

Gambar ni ambil after 3 bulan aku cuti bersalin. Sama usia budak botak yg dalam kantung tu. Aku dapat balik berat badan asal aku 59 kg. patut tinggi macam aku ni kena 48-55kg bagi ok. Tak banyak nak kejar sebab dan pulun time pantang.

Umur aku lagi beberapa tahun cecah nak 40.
Alhamdulillah di kurniakan 3 orang anak, di usia gini slim bukan tujuan. Asal jangan overweight sudah.
yg penting takde sakit-sakit dan buat routine check/kolestrol

Korang yg beranak muda-muda ni nak merasa slim silakan.
Takkan anak baru sorang badan macam di pam-pam. Sayang diri.
Kalau tak jaga dari anak yg 1st, bersalin anak yg next akan lagi besar. anak ke-2,3 besar mana korang tu?

Bukan 'pantang' tu yg buat kau berat badan turun
penting kat sini DISIPLIN
Jangan kata makan jamu berbotol2, pakai bengkung 24 jam tapi makan ikut sedap tekak, ais batu pun belasah, boleh turun ke berat badan?

Habis tu apa?
Jawapananya DISIPLIN

Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu dari benda lain. Tak ada sape atau apa yg boleh tolong kita kalau kita sendiri taknak sayang diri kita dulu. Sayang diri sendiri dulu baru benda lain.
Tak heran la orang nak kata apa pun. Yg gemok badan kou, yg kurus badan kou.

Tak payah stress pasal berpantang ni. Hidup macam biasa dengan sedikit limitasi. 
Yang mana dapat cuti bersalin 3 bulan, bersyukurlah. Rehat betul-betul untuk refresh body.

MAKANAN ORANG BERPANTANG

Aku nak share makanan berpantang yg Amir & ucu sediakan. After 2 weeks bersalin, dah kuat sikit aku masak makanan berpantang sendiri. 

Takde pantang larang makan/minum yg tak berasas diwarisi dari nenek moyang kita. Semua boleh makan, TAPI aku nak ingatkan, ikut ketahanan dan alahan pada body seseorang. Macam body aku ni sensitif sikit. Aku tak boleh makan ikan kerisi dan ikan bawal. Masa berpantangkan Ariff aku makan ikan bawal terus bentan malam tu mengigil-gigil sejuk. Ada orang makan ok. Ikut ketahanan body masing-masing. 
Rasa sikit dulu, kalau body boleh terima teruskan. Kalau ada alahan, stop. 


Nasi + sup halia ikan merah + pegaga goreng

Nasi + Ikan merah masak asam jawa + sayur sawi

Nasi + Sup halia ikan merah

Nasi + Ikan selar bakar + Sayur sawi

Nasi + ikan cencaru bakar + sayur bayam

Nasi + ikan selar masak pindang + sayur brokoli

Nasi + Ikan merah masak pindang + sayur bayam/lobak putih + buah oren

Nasi + ikan merah masak black paper + sawi

Nasi + ayam goreng pandan + sawi 

Nasi + ayam kicap + sayur sawi + air kopi

Nasi goreng halia + ayam bakar black paper

Nasi arab + mandy chicken

Nasi + ikan selar masak pindang + air kopi

Nasi + sup ayam + sayur bayam/lobak

Pasta spiral Carbonara + ayam bakar BBQ black paper 

Nasi + ikan tenggiri masak asam jawa + sayur bayam/lobak putih+ pegaga goreng

Nasi + ayam masak kicap+ sayur bayam + buah belimbing

Ikan tenggiri masak ayam jawa

Nasi + ikan tenggiri kicap + bayam/lobak putih


3 Komentar untuk "Berpantang bersalin. Pantang moden vs pantang tradisional"

semua pun bergantung pada kekuatan kesihatan tubuh masing-masing kan, kalau sihat alhamdulillah itu dah memadai. Cuma kak ana dahulu berpantang secara tradisional dan alhamdulillah.

Seronoknya baca pengalaman berpantang suzie tu...SA mmg xde lagi la kot merasa bersalin bagi ni...dh tua dh...hahahaha,...

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top