Review Tamil Movie



Aku try cari cerita Naamsarat tapi takde pulak dalam list aku. Now tengah trending ramai yg layan cerita turki. Kalau orang tanya cerita tamil mana yg best. Aku tak reti nak jawab sebab best ni subjektif sebab manusia kan berbeda pendapat. So, aku ada layan beberapa cerita tamil yg ok. Kebanyakkan yg aku tengok ni inspirasi dari kisah benar. Korang bacalah review ni kalau menarik pandai2 la cari kat mana. 



1. Mimi (2021)
Rating : 8.3/10
Language : Hindi

Filem ni viral kat fb. Aku pun cari la cerita ni.
Cerita ni santai, komedy, jalan cerita yg tak berat hujung-hujung berjaya buat aku tersentuh.
Kisahnya bermula dengan ada sepasang suami isteri dari Amerika datang ke India untuk mencari ibu tumpang (surrogate mother). John (Aiden Whytock) dan Summer (Evelyn Edwards) merata cari calon yg sesuai untuk di jadikan ibu tumpang. Pasangan ni nak cari wanita muda yg sihat sebab nanti anak yg bakal lahir mesti sempurna sihat. Sebelum aku pergi jauh nak explain ibu tumpang itu menda. Panjang lebar aku cerita hujung2 tak faham. Ibu tumpang ni seorang wanita di upah untuk mengandung dengan masukkan embrio ke dalam rahim seseorang (sekarang macam2 teknologi boleh buat tanpa tidur bersama). Senang faham macam ni, tumpang rahim kau untuk mengandungkan anak aku lepas bersalin baby tu aku punya. haah gittew. 

Then, otw nak pergi hotel, Bhanu (Pankaj Tripathi) seorang pemandu teksi terdengar laki bini bersembang nak cari seorang perempuan muda yg sihat untuk mengandung. Bhanu ni sengal & lurus bedul. mata dutian pun iya jugak, lepas dengar tawaran duit yg banyak tiba2 Bhanu terus cakap ada calon yg sesuai. Padahal takde pun. 

Time dinner, John & Summer tengah lepak2 minum kat lobi hotel ternampak seorang penari muda yg lincah, cergas & cantik. Di sinilah cerita ni bermula, diorang dipertemukan dengan Mimi (Kriti Sanon). Mimi ni terpaling hot kat kampung tu. Pakej semua lengkap, cantik, tinggi lampai, body mantap, pandai menari. Dia mempunyai cita-cita untuk jadi bintang filem tapi takde duit nak pegi Mumbai. John & Summer tawarkan duit yg banyak untuk jadikan Mimi ibu tumpang. Tanpa berfikir panjang Mimi pun terus setuju. sebab dia fikir after dia beranak dia boleh pergi Mumbai kejar cita-cita dia nak jadi artis. Mimi tak fikir apa akan jadi selepas tu, family, orang sekeliling, masyarakat, mak pak dia.

Tak lama tu Mimi pun mengandung. John & Summer happy giler sebab tak lama lagi diorang bakal jadi parent. After beberapa bulan Mimi datang buat checkup routine, doktor bagi tahu ada problem dengan kandungan Mimi kemungkinan baby yg bakal lahir cacat. John & Summer dengar berita tu nangis-nangis, kecewa dan terus lari balik Amerika. Diorang tibeh taknak baby tu. 

eh ehh benih kau, anak kau, tiba-tiba taknak pulak baby ni. Kau yg create masalah then nak lepas tangan macam tu je. What happen? Ingat anak kucing boleh buang macam tu saja.
Maaf teremo pulak hakak baha ha ha..
Rasa nak cepuk je John & Summer ni. 
Mimi nak buat pe dengan anak yg bakal lahir? Apa jadi dengan cita-cita Mimi nak jadi bintang filem? 
Tu korang kena tengok. Cerita ni banyak part yg kelakar. tak pasal2 Bhanu ni di kambing hitamkan.
Banyak bermain dengan emosi & simpati. Seburuk mana pun anak tu, keluarga Mimi tetap terima Mimi semula. 




2. Joseph (2018)
Rating : 8.1/10
Language : Malaylam

Dalam filem ni tak perlukan pelakon yg hensem untuk jadi hero. 
Bermula dengan seorang pegawai polis pencen Joseph (Joju George) yg kaki mabuk/perokok tapi memang superb menyelesaikan masalah jenayah. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan ke betina. haaaah gitu konsep dia bahahaha

Ada satu perkara yg membuatkan Joseph bercerai dengan isteri dia Stella (Athmeeya Rajan). Sebelum Joseph berkahwin dengan Stella dia bercinta dengan Lisamma. After dia back from training polis, Lisamma dah berkahwin dengan orang lain. Josseph frust dan berkahwin dengan Stella. Dia dikurniakan seorang anak bernama Dayana. Satu hari Joseph menyelesaikan satu kes jenayah bunuh, terdapat satu mayat seorang perempuan yg hampir reput dan berulat. Joseph pun buat siasatan macam biasa, sekali terpandang satu frame gambar kahwin. Mayat yg mereput tadi adalah Lisamma. Omg! Sejak dari tu Joseph tak dapat lupakan Lisamma dan rasa bersalah terhadap Stella. Tak lama tu diorang bercerai. 

Anak dia Dayana duduk dengan Joseph. Satu hari dapat berita Dayana terlibat dengan satu kemalangan dan meninggal dunia. Pihak hospital minta kebenaran waris untuk dermakan organ Dayana untuk bantu orang susah. Tak lama tu Stella pulak kemalangan. Stella koma dan tak lama tu meninggal dunia. Organ Stella di dermakan kepada orang lain.

Joseph pelik la. Apesal kemalangan tak teruk tapi boleh koma (mati otak). Joseph pun buat siasatan atas kes kemalangan Stella. After Joseph buat siasat, dia dapati perkara yg terjadi terhadap Stella bukan satu kemalangan tapi satu pembunuhan. Ada satu sindiket jenayah terancang dalam bidang perubatan. Dia cipta semula jenayah untuk perangkap penjahat. Then what. Apa jaminan yg kita ada kalau golongan profesional macam doktor itu sendiri yg merosakkan alibiti sebagai DOKTOR. Even kalau doktor cakap kencing kuda boleh sembuhkan Covid, kita makan. sebab kita percaya atas profession dia sebagai seorang DOKTOR tapi golongan itu sendiri yg jadi pembunuh. 

Cerita sangat sadis, tak sangka ending dia macam tu. Sila la layan. 
Aku cakap awal2 hero tak hensem tapi cerita ni best. Ha ha ha





3. Kaagaz (2021)
Rating : 7.5/10
Language : Hindi

Kaagaz bermaksud KERTAS filem arahan Salman Khan & Nishant Kaushik.
Filem ini kisah benar berdasarkan kisah hidup Lal Bihari Mirtak yg di istiharkan dah mati dalam sistem kerajaan India. Padahal Bharat ni elok hidup, sihat walafiat lagi. Macam kita kat Malaysia sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) la. 

Bermula dengan Bharat Lal (Pankaj Tripathi) seorang petani yg mempunyai kedai muzik. Bharat nak perbesarkan kedai muzik dia tapi takde modal. Dia pergi bank nak buat loan. Bank minta geran tanah/rumah yg boleh di jadikan cagaran supaya pinjaman bank dapat di luluskan. Bharat ni cakap dia ada tanah kat Khalilibad geran milik bersama dengan pak cik/mak cik dia.

So, dia pun pergi jumpa pak cik dia nak minta geran tanah untuk di jadikan cagaran. Pak cik dia cakap dia tak pegang geran tu, kalau kou nak pergi minta kat pejabat tanah. Bharat pun pergi pajabat tanah nak minta geran tanah. Sampai kat pejabat tanah, pegawai tu cakap dalam data kerajaan India Bharat ni di sahkan dah meninggal dunia. Terkejut la Bharat, dia bertekak dengan pegawai pejabat tanah tu, cakap yg berdiri depan ni sape? hantu? aku hidup lagi Bharat cakap. Bertekak sampai nak bertumbuk tapi bertumbuk hahaha. Bharat hangin dia pergi jumpak pakcik dia semula.

Rupanya pakcik dia ni jahat, dia sogok pegawai kerajaan tu supaya istiharkan Bharat dah mati dalam sistem kerajaan India. Bila dah istihar mati, Bharat tak boleh claim apa2. Segala pembahagian harta dapat kat anak beranak pak cik dia je la.  

Bharat down giler, hidup Bharat umpama mayat hidup. Dia pergi mana2 orang kampung akan persendakan hidup Bharat. 
Bharat pun ambik keputusan untuk buat kenduri atas diri dia yg konon dah mati dengan nama Mendiang Bharat. After dia buat kenduri, rupanya ramai yg senasib dengan Bharat 'hantu' dalam sistem kerajaan India. Bila dah ramai ahli, Bharat tubuhkan satu persatuan Pertubuhan Mendiang Seluruh India. Paling yg aku tak sangka Bharat bertanding dalam satu pilihan raya bebas dibawah parti 'Mendiang Seluruh India'. Penyokong dia ramai hokey. Then, dalam pilihan raya tu dia kalah. Dia target bukan nak menang, dia hanya nak nama dia di wujudkan semula dalam sistem kerajaan India. Macam2 benda dia buat untuk declare nama dia dalam sistem India. After 18 tahun Bharat fight, dia dapat semula identiti dia. Cara dia dapat macam mana itu korang kena tengok. 


sumber google

4. Nail Polish (2021)
Rating : 7.4/10
Language : Hindi

Lama tak tengok kemunculan Arjun Rampal berlakon. 
Filem Nail Polish dari ZEE5 Original rata-rata dapat pujian dengan kisah yg menarik. Arahan oleh Bugs Bhargava Krishna terinspirasi dari kisah benar yg membawa ketidakpastian dalam fikiran manusia. Cerita ni banyak berlaku dalam mahkamah 'courtroom battles'. 

Bermula dengan penemuan dua mayat kanak-kanak sedang terbakar hampir rentung yg di tinggalkan oleh pemandu sebuah kereta SUV hitam. Dengan pantas pihak polis terus buat sekatan jalan raya. Tak lama tu ada sebuah kereta lalu tapi tiba2 pemandu kereta tu lari masuk hutan. Kereta yg di jumpai tadi penuh dengan darah mangsa Shyam & Shyamala (mayat yg rentung tadi).

DCP Sunil buat siasatan dan akhirnya terjumpa seorang kanak-kanak di  ikat dengan rantai besi di sebuah Farm House. Farm House ni milik Ranjeet. Ranjeet adalah nama samaran Veer Singh masa dia keje undercover army dulu. Penangkapan Veer Singh (Manav Kaul) sebagai suspek yg dituduh atas tuduhan membunuh dan serangan seksual terhadap kanak-kanak pendatang. Veer Singh seorang jurulatih sukan di Udaan Sports dan seorang yg sangat di kagumi oleh penduduk. Sifatnya yg ramah, baik, dermawan dan sayangkan kanak-kanak membuatkan penduduk kat situ tak percaya dengan tuduhan terhadap Veer Singh. Kes ni jadi isu hangat sampaikan parti politik pun amik port. Parti politik suruh peguam Siddharth Jaisingh (Arjun Rampal) amik kes ni sebagai defend. Sekiranya Siddharth menang kes ini dia dapat tawaran untuk jadi orang kuat parti. 

Peguam pendakwaraya Amit Kumar (Anand Tiwari) di beri tanggungjawab untuk handle kes ini. Amit macam ragu-ragu nak amik kes ni sebab kalau dia kalah dia kena kecam teruk sebab menuduh orang yg sayangkan kanak-kanak sebagai pembunuh.

Masa kes perbicaraan sedang berjalan, segala bukti dan DNA banyak ke arah Veer Singh ni bersalah. Tapi dah hujung-hujung ada element surpise dalam Nail Polish. Veer Singh tiba-tiba boleh bertukar menjadi Charu yg konon mengalami 'Dissociative Identity Disorder' (DID) iaitu berkecelaruan identiti. Veer Singh bertukar watak menjadi seorang perempuan yang lemah lembut, sopan dan berambut panjang. Konon macam roh  'Charu' merasuk ke dalam badan Veer Singh. Nama Veer Singh seolah telah mati, hanya jasad yg hidup. Macam tak masuk akal kan? Samada Veer Singh berpura-pura menjadi seorang perempuan atau taktik dia untuk melepaskan diri dari hukuman mahkamah. 

Manav Kaul membawa 3 watak yg berbeza. Kejap dia kena jadi Ranjeet, kejap Veer Singh dan kejap jadi pompuan - Charu. 

Makin lama aku tengok cerita ni makin geram aku dengan Veer Singh. 
Berpura-pura pun ada. Macam tak logik akal boleh pulak roh hantu Charu masuk dalam badan Veer Sigh, pastu bertukar identiti jadi Charu dengan harapan boleh bebas dari hukuman.
Body Veer Singh perwatakan Charu. Pelik arrrr?
Dalam cerita ni hujah peguam yg banyak main peranan. Hujah peguam ni yg membuatkan kita berfikir Veer Singh ni boleh bebas tak? tetapi bijaknya seorang hakim sangat aku kagum. Aku setuju sangat dengan keputusan hakim. Sangat bijak! Nak tahu ending? kena la tengok. Penat aku duduk mengadap 2 jam. Percayalah best. 






1 Komentar untuk "Review Tamil Movie"

Movie Joseph tu paling menarik nak tengok. Masuk dlm list terus.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top