Making of Dalgona Coffee



Hai everything!! bahahaha.. tak boleh blah ada sorang pondey ni confident giler cakap Hai Everything instead of Hai Everyone!! tiap kali tengok mesti ketawa. and now, dah jadi trend kat rumah ni kalau terserempak each other even kat dapur pun mesti says Hi Everything!! tiberrrrr kan. kahh kahhh. PKP di tambah lagi 2 minggu. hows korang? ke dah gila terpaksa terperap kat rumah? sebelum ni tak pernah bake. tiber hari tu beli tepung 2kg nak buat kek milo kukus. gigih nak mencuba. dah ikut sebijik sejibon resepi kat FB tu. masa kukus elok kek menjadi naik dengan jayanya. after 20 minit kukus, aku angkat nak terbalikkan letak dalam pinggan. rupanya kat bawah tu tak masak lagi. 3 kali keluar masuk periuk kukus.. the end! terbantut kek aku. atas je boleh makan. belah bawah mencair macam larva kek. tak jadi takpe. laki aku cakap cukup la orang yg bantut, jangan kek pun nak bantut jugakkkkkk.. kwanggg jaqqqqqq kahh kahhhh. So now, trending Dalgona Coffee. duopolohpatjam lalu lalang kat FB aku cannot tahan. buat jugak dengan budak2. 1st time buat whisk dengan garpu. lengguh tangan nak whisk sampai kembang. lepas tu buat pakai mixer, cepat gebu Dalgona Coffee aku.




Making of Dalgona Coffee :
nak buat Dalgona Coffee senang je. letak gula, serbuk Nescafe & air panas. whisk dalam 8-10 minit sampai warna nescafe tu jadik light. 

cara hidang:
  1. letak ais batu dalam cawan
  2. letak susu cair
  3. letak coffee yg dah whisk tadi kat atas susu cair.
then, dah siap. amount gula & nescafe tu korang agak2 je. kalau suka manis lebihkan gula. kali ke-3 aku buat tambah susu cair. perrrrrrhhh sedappp dari yg before. rasa dia macam coffee starbucks (sajerrr nak up) 

gebu macam ni. cantik tak Dalgona Coffee hakak?

petang tu buat karipap. macam biasa laaaa kalau makan karipap aku tak suka makan yg klim tepi tu. aku makan part inti je. klim tepi aku tinggal bahahaha.. kalau nampak karipap yg herot itu aku punya. 

Making Dalgona Coffee
yg ini Fina punya. nak uli tak pandai. dia buat bentuk bulat terusss. nasib tak rupa janin.. hahahha ada viral orang buat karipap bentuk janin.. bentuk jenazah pun hader.. tak lalu nak makan.

Making Dalgona Coffee

ada orang share tak boleh minum Dalgona Coffee sebab jadi hyper & jantung jadi laju. ada yg experience cirit taik jadi warna Dalgona Coffee. eeeuwwwww yekkkk. siapa yg belum try & tak biasa dengan coffee better tak payah minum lah. kang tak memasal sakit time covid ni. kalau tak suka coffee boleh try Dalgona milo, Dalgona coklat, Dalgona Green Tea. banyak benda lain yg korang boleh try. itu jee nak cerita. 

Stay safe everything ! ehhhhhh everyone bahahahahaha


-gee-
Tag : Food review
15 Komentar untuk "Making of Dalgona Coffee"

memang sikitttttt je lagi nak gila dok rumah niha haha. Eh haritu kat rumah ni pun buat jugak.. uat sama2 dengan anak dara.. pakai whisk instead of garfu & hand mixer.. elok menjadinya kembang semangkuk.. agak2 kepingin starbucks, buat je dalgona ni. dapat feeling teguk air starbucks hehe

wah..nak sikit. kita tak terjebak lagi nak buat..hahaha

mmg ramai dok buat dalgona coffee...kita pn buat tp yg kali ke2 buat trus tkleh tido..nasibaik work from home...hehe..lps tu dh buat juga dalgona milo

Nampak fluffy betul... akak jugak yg tak pernah try lagi heheheh

Sikit lagi nak mereng ni. Haha. Dalgona coffee hanya mampu kutengok. X boleh minum sebab tak tahan caffeine sangat

Kat rumah ni dah ke sekian kali dah asyik request dalgona ja. Last2 akak ajar, depa buatlah sendiri hihi...

This comment has been removed by the author. - Hapus

Bestnya kalau ana boleh minum coffee ni. Xpe kita try buat coklat plak lah. Hehe

Tak terjebak lagi dengan dalgona coffee nih 😅😅

Sedapnya dalgona tapi bab nak memukul tu jenuh betul nak kena sampai likat pekat

nmpk sedap je dalgona coffee tuuuh., ;p

kalau tgk kat IG Story akak pun merasa lah air viral ni.
gara2 anak bujang yang buat lah ni.
tapi tak leh selalu ni. sebab akak suka manis sikit rasanya.

my dear. tgk kat sini ye address Warung D'Bagan Awang tu.
http://yan-yanjournal.blogspot.com/2019/07/lunch-di-dbagan-awang-restaurant.html

then kat newest post pun akak ada letakkan phone number warung tu.

Time tengah viral tu anak Mrs. A si Aryssa tu rajin buat.
Okaylah boleh layan.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top