The fairies vs Princess | tema fairytale - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

The fairies vs Princess | tema fairytale

Jepun Mari | Friday, 6 December 2019,09:30 |
Assalamualaikum korang!

Last week before start cuti sekolah hari tu ada children' day kat sekolah Fina. tema 'fairytale'.. aku pun search la amende la fairytale ni.. dia dah mention dia nak jadik princess dalam cerita donggeng tu.. celah mana pulak nak cari dress macam princess kan. memang tak layan.. aku cakap kita jadi fairies nakkkkk.. dia pun tak tahu natang mende fairies ni. aku pun google tunjuk picture. aku cakap nilah fairies dalam cerita snow white tu. ada sayap, pakai skirt kembang, ada crown.. fairies ni kecik macam Fina. pastu dia boleh terbang.. after beberapa second, si gurgurl pun onnzzz.. menjadi jugak pujukan ibunda (padahal aku malas nak renyah.. nak sewa custom jangan harap yeee). jangan dia tanya nape wing dia tak boleh fly macam citer snow white sudehhhhh.. pengsan nak nipu lagi bahahahaha

The fairies vs Princess | tema fairytale

anak girl
drama lebih.
cikgu bagi short notis tema fairytale. mana yg sempat je aku cari. dapat wing & tutu kat diy color pink. crown memang dah ada. dress beli kat Longwan. aku nak cari dress warna putih @ lite pink. tapi takde. yg ada Brown. belasah beli juga. malas nak cari jauh2.. 

The fairies vs Princess | tema fairytale

boy
tengok laki. sempoi...
kemeja & t-shirt kat dalam.. aku tanya 'azeq nak pakai pe'
azeq nak pakai baju iron. aku ingat dia nak custom iron man.
jangan harap mama korang nak sewa baju bagai ehhh.. tak kuasa nak layan.
sekali dia mention  nak pakai t-shirt dia yg ada muka iron man.. kemeja kat luar.. settle.
senang deal  dengan anak boy ni. nampak bujang sangat dah dia. sikit lagi nak sunat ..

then..
selang beberapa hari.
cikgu short notice next week hari konvokesyen & persembahan hari kanak2. cikgu listkan diorang should wearing pe. custom cikgu tak sediakan. parents kena cari sendiri. adehhhhh

tadi baru keluar modal untuk sambutan hari kanak2 tema fairytale. ni modal lagi untuk hari konvokesyen. Fina dapat watak jadi pari-pari. aku ingat boleh la pakai fairies pink hari tu. rupanya tidak. cikgu nak semua white.. dress & wing semua nak white.

habissssssssss!! wing pink yg aku dah beli tu sape pakai. apak dia.. haha

The fairies vs Princess | tema fairytale

gigih aku cari set pari-pari putih.. merata aku cari kat diy/kaison/hari2.. semua habessss! nak beli online tak sempat delivery.. wing pink yg belambak kat diy tu pun habessssss.. kebetulan, ada parents volunteer nak bagi pinjam white dress anak dia. aku kena cari inner putih sebab dress tu sleeveless. inner putih budak pun mahal.. harga macam baju dewasa. mintak kurang tak bagi pulak tu. beli kat Giant permata 15 hingget satu. adehhh..

fina ni bukan jenis macam ajid.. mengarukk selagi tak dapat.. fina ni boleh bawak bincang.. dia pilih mana yg senang.. kita cakap sekali dia dah faham.. kalau tak jumpa barang yg dia nak hari tu.. boleh postpone esok.. tapi jangan cuba buat2 lupa.. sebab momories dia sangat hebat yaaaaaa...

jangan Ajid... 
nak jam itu jugak tak menyabar.. selagi tak dapat selagi tu memekak kat telinga kita. suara memetir mak dia dah biasa dengar, tak jalan. tu kadang geram aku kutil sebijik. apak dia la rajin melayan..  



menjadi jugak nak jadikan dia 'the fairies.. si pari-pari putih. make-up lite-lite letak blusher gan eyeshadow.. kalau over sangat tak lawa. kanak2 touch up lite2 cukup. buat sanggul pun tengok YouTube. main belasah je nasib menjadi. aku happy dapat tengok anak dara tu buat persembahan the fairies. sebab gigih pagi2 siapkan dia dengan buat rambut & makeup.. nasib la tangan mak nko ni berbedung. menjadi juga buat sanggul walaupun macam bonggol unta HAHAHAHA .

The fairies vs Princess | tema fairytale

masa aku kecik aku tak dapat pakai dress macam tu.
ada wing, ada crown, magic stick  kat tangan. macam princess..
masa aku dulu kat tadika aku jadi hulubalang, belakon cerita puteri gunung ledang, yg jadi puteri orang lain.

ada ke hulubalang pompuan??. ishhh cikgu ni nampak aku jantan ke hape.
digayakan macam laki. siap pegang tombak, tanjak kertas, misai kertas. konon berangan nak jadi princess.. sekali hulubalang yg dapat. ceittttt

ada peluang ni aku buat kat Fina betul2. itu impian setiap kanak2 perempuan.. kalau bukan kita yg realisasikan sape lagi kannnn.. kecik2 ni boleh layan. dah besar pandai2 sendiri lahhh. tu yg mampu aku beri untuk realialisasikan zaman kanak2 dia. aku tak ajar diorang nak sewa baju ke hape. jangan mulakan! nanti dia ingat semua senang dapat. padahal mak/apak dia tengah sesak!!


-gee-
7 Komen untuk "The fairies vs Princess | tema fairytale"

best kan melayan keletah anak2. anak bujang tu sempoi, hehe

comei je pari-pari pink dengan putih tu...

patut la ada ibu bapa yang komplen baru-baru ni kat fb kan, psl nak cari baju-baju tu kene ada modal, kalau yg tak berkemampuan susah jugak kan.

nasibla dapat baju utk pari-pari putih tu kalau tak mau merajuk takmo bt persembahan

Sama kes... Cikgu bagi last minute notice, apa yg ada je lah. Mujur boys, tak banyak ragam :)

Alolo... Comellah fina

atototo comelnyaaaa princess nii. nak pinjam dress boleh takk? sekali dengan wingss pink tu hahaha

Fina dah makin dewasa..cantik je tengok baju fairy tale. Tolong jadi ibu peri Auntie Sal.

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top