Cuti sekolah nak pergi mana? Aquaria KLCC - Jepun Mari

Lifestyle|Parenting|Foodie|Story Teller|Beauty Blogger. seorang yang periang dan sukakan cabaran.

Cuti sekolah nak pergi mana? Aquaria KLCC

Jepun Mari | Monday, 9 December 2019,09:30 |
Assalamulaikum uolls!

cuti sekolah ni uols bawak anak pergi mana?? sebelom anak bujang ni kena sunat bawak jenjalan KLCC luuu. dah lama janji nak bawak diorang tengok ikan kat Aquaria KLCC. tapi takde masa.

exactly.. dah lama beli tiket Aquria KLCC ni kat Wonderfly Asia Online tiket. beli online senang sikit sebab boleh skip queue. murah dari walk in. masuk Aquaria bukan pertama kali, pernah pegi beberapa kali. aku suka pegi sini. sebab ada satu dunia lain kat dasar laut. relax je tengok jerung tu berenang walaupun gigi berlapis. dapat bawak tengok ikan dalam tank pun jadi laaa. bawak time umur 3 - 6 tahun lagi best. sebab diorang lebih faham & enjoy.

Baca juga : Lawatan sekolah ke Aquaria KLCC

nak sama level dengan mak dia. bukan ajid yg cepat besar. tapi mak dia yg cemetot..

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
with anak dara yg suka gentel perut mak dia.

pegi naik lrt je senang. malas nak fikir rate parking. parking kat KLCC boleh tahan mahal. naik dari Wangsa Maju ke KLCC. saje bawak diorang naik train. dah naik banyak kali pun dia punya excited macam tak pernah naik lrt. tiap kali stop kat stesen. mesti tanya dah sampai ke mama. stress mak!

sampai stesan Dato'Keramat Fina tanya lepas ni apa mama?
aku jawab Datok Harimau
terbelahak diorang gelak sampai uncle depan tu pun gelak sama.
kwangg kwangggg

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC

jauh jugak nak menapak ke Aquaria 
anak dara sorang tu memang malas jalan, jalan sikit kang tiba2 dia duduk. sebab dulu2 train dia duduk dalam stroller. sampai ke besar malas jalan. terpaksa apak dia dukong macam yonyet.

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
ehh.. kawan spongebob pun ada kat sini.

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
big tank kat belakang tu trademark Aquaria. kalau tak begambar kat sini tak sah

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
at terowong tunnel
dah beberapa kali pegi kat sini. aku boleh hafal binatang apa yg takde. dulu ada octopus. sekarang dah takde. 
mangkali dah kahwin kot. tukar dengan ketam gergasi. besar gileee 

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
besar gile obor-obor ni. tak tahu jadi pe kalau melekat kat manusia.

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
seahorse.. yeyyyyy
binatang yg terpaling aku nak tengok ialah seahorse. dulu kecik sebesar ibu jadi. sekarang perut dia buncit sikit. 

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
throwback..

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC
seketul lemon manis. satuuuu

pegi time cuti sekolah macam ni mengemut orang. siap ada rombongan from India. not from kids. but adult. elok belakang sis diorang queue. terasa berada di Mumbai. ada yg lawa. lawa laaa.. yg kureng.. astagfirulallahalgazimmmmm..

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC

Cuti sekolah nak pegi mana? Aquaria KLCC

1 jam lebih pusing2 kat dalam tu.
perut mak dah lapar. diorang ni macam biasa laa mintak Chicken Rice Shop. cemuihhh dah makan CRS ni. tapi takpe la asalkan tak mengaruk mintak yg bukan2 it's ok. budak2 ni bukan pe. kalau lapar tu yg buat perangai.. tips dia jangan bagi spoil mood

when perut kenyang. happy.
when perut lapar. menyinga.

keluar cikai macam ni pun dah habis beratus2. habis kat makan gan benda mengarut. ni belum ikat tepi. dengan roti, ais krim dia. kalau takde 100 dalam tangan toksah keluar. dok kat rumah diam2. bak kata dalam citer p.ramlee 'orang kaya pun sesak deekkkkkkk'

HAHAHAHAHA

-gee-
9 Komen untuk "Cuti sekolah nak pergi mana? Aquaria KLCC"

bestnya, mesti anak-anak seronok kan tengok segala isi dalam aquaria tuh, akak jugak tak kesempatan lagi bwak aiyan ke sana. Plan nya takmo pergi time cuti sekolah sebab mesti sesak

Nak selamat poket baik dok rumah diam-diam. Tapi yg tak tahan tu asyik gaduh, makan, main ulang itu juga. Baiklah bawa gi jalan2 hihi :)

cuti sklh ni pegi mana mana pun ramai orang. sesak. last pegi klcc masa anak sulung 6 tahun. skrg dia dah 15 tahun. lamanya tak pegi.

dana: time school holiday toksah gi la.. sesakkkk giler. gan owang dewasa pun excited sama.. caner tu hahaha

k.hazel: betolll kak.. duk rumah pun berkelahi jugak. yg sy dua pun peninng. akk yg rmi lg bnyak peningnya haha

ibu lala: sy pun baru2 ni je gi. lm jg x masuk klcc

seronok masuk dalam ni kan..kena repeat lagi laa..bw sikecik yang bungsu belum sampai lagi..hehe

bestnyaaa. memang betul, kalau pergi aquaria rasa macam masuk ke alam yang lain.

tapi jangan jadi aquawoman pula hahahaha

ketam besar tu kalau buat masak lemak kenyang seminggu

Sebarang bentuk komen yang tidak berhemah adalah tanggungjawab anda. Komen yang baik inspirasi blog ini.

Terima kasih atas komen anda.

Back To Top